Adam dan Fiqri berdiri tegak di hadapan pintu rumah agam Tiara yang tertutup rapat. Fiqri mengerling ke arah Adam di sebelah bersama senyuman nakal.
"Adam nervous, eh?"
"Berani kau tanya aku? Aku yang kena cakap nanti, bukan kau," bentak Adam tanpa memandang wajah Fiqri di sebelah. Matanya lurus memandang pintu rumah. Dari tadi dia serba salah untuk menekan loceng.
Fiqri mencebik sebelum kembali hala pandangan ke hadapan.
"Apa yang nervous sangat?"
Adam laju menoleh.
"Sedapnya... mulut kau bercakap. Eh, kita sekarang ni dah macam nak culik anak dara orang, kau tahu tak? Lewat malam pula tu. Tak kerja gila ke tu kau rasa?"
Fiqri sengih. "Nampak sangat Adam tak pernah bercinta, kan?" Kedua-dua keningnya diangkat-angkat, tanda mengejek.
Wajah Adam berubah geram.
"Kau sembang macam kau selalu tukar-tukar awek kan?" Balas Adam tak puas hati.
"Well, at least pernah ada. Adam tu? Ada ke?" Soal Fiqri tak mahu kalah.
Adam terdiam sebentar. Rasa tercabar pula kerana dia tak pernah sekalipun bercinta sebelum ini. Jatuh cinta pun belum dia tahu bagaimana rasanya.
"Kau ni makin banyak mulut sekarang kan? Sini aku-"
Tiba-tiba, pintu rumah Tiara dibuka dari dalam, sekaligus memeranjatkan Adam dan Fiqri. Encik Syahir berkerut melihat Adam yang sedang mencengkup kolar baju Fiqri bersama buku lima yang sedia untuk dilepaskan.
Mata turun naik memerhati dua lelaki di hadapannya. Betulkah anak perempuannya itu? Dengan mereka ini, Tiara berkawan? Macam tak betul saja keduanya.
Adam pantas melepaskan kolar baju Fiqri lalu mereka berdua sama-sama membetul kedudukan.
"Er. . assalamualaikum, uncle." Adam memulakan dengan salam.
"Waalaikumussalam. Adam dan Fiqri? Kawan Tiara?"
Adam dan Fiqri mengangguk. Adam berdehem kecil.
"Saya nak minta izin uncle untuk bawa Tiara keluar pergi funfair," pinta Adam. Dia cuba sehabis baik untuk bersopan. Supaya dia dapat raih kepercayaan lelaki ini.
"Ya, saya tahu. Kalau ikutkan hati saya, saya takkan benarkan anak saya keluar. Tapi, dia yang nak sangat keluar dengan kamu berdua. Saya terpaksa turutkan juga."
Adam dan Fiqri terdiam. Tak terkeluar kata-kata dari mulut mereka seketika. Adam sudah dapat rasakan aura menakutkan membuak-buak keluar dari bapa kepada Tiara ini.
"Saya nak jumpa kamu ni sebab saya ada syarat yang perlu kamu berdua dengar dan hadam," tegas Encik Syahir.
Adam mengangguk perlahan.
"Pertama sekali. Saya nak kamu pastikan Tiara sentiasa rasa hangat. Jangan biarkan dia kesejukan. Sejuk malam boleh bahayakan jantung dia. Perhatikan dia. Kalau nampak dia kesejukan, belilah apa pun asalkan dia rasa hangat. Saya akan ganti duit kamu dua kali ganda."
Adam dan Fiqri mengangguk serentak.
"Kemudian, kamu jangan beri dia makan makanan yang tak sihat. Kalau nampak je dia nak beli makanan macam tu, larang dia."
"Pastikan dia tak terlalu hyper. Saya kenal anak saya. Kalau dah dia teruja, dia berlari sana sini. Itu yang saya tak mahu. Nanti dia cepat penat."
"Lagi satu, kamu jangan biarkan Tiara bersesak. Kalau boleh, bawa dia jauh dari tempat ramai orang. Dia tu pendek. Dia senang sesak nafas."
"Baiklah. Saya faham, uncle." Adam mengangguk.
YOU ARE READING
【C】SABAR SEORANG LELAKI
Teen Fiction| In Editing (80 Ch) | 『𝓢𝓪𝓫𝓪𝓻 𝓢𝓮𝓸𝓻𝓪𝓷𝓰 𝓛𝓮𝓵𝓪𝓴𝓲』 ● ● ● Adam Daniel Seorang pemilik hati yang tulus namun dikaburi dengan perwatakan kasar. Anak haram? Anak zina? Tak sah taraf? Ya, itulah panggilan tetap dan kekal untuknya. Sabar a...