25 | TARGET

189 19 1
                                    

Suasana yang selalunya bising bertukar sunyi. Tiada lagi suara Nayli. Masing-masing diam, fokus mengulang kaji. Dalam diam, Adam sedikit bersyukur. Bawa datang ex baru nak diam. Ini tidak, mulut minah ni tak berhenti-henti bercakap.

Tiba-tiba, bunyi jam Tiara memecah sunyi. Serentak semua menoleh ke arah gadis itu. Risau kalau Tiara kenapa-kenapa. Selalunya bunyi jam itu bermakna gadis ini sakit.

Tiara memandang mereka semula. Adam mengangkat kening tanda bertanya kenapa. Tiara terus menggeleng laju.

"Saya tak sakit pun. Jantung pun tak laju. Benda ni rosak kut." Permukaan jamnya itu diketuk-ketuk dengan hujung jari telunjuk.

"Ha, rosak? Pastu macam mana kau nak tahu kau okey ke tak kalau benda alah tu rosak?" Soal Nayli pula.

"Um... takpe. Nanti saya bagitahu papa."

"Tak yah bagitahu papa kau. Aku boleh tolong." Lukman mengeluarkan satu beg kecil dari dalam beg galasnya.

"Mari jam kau."

"Tolong macam mana?" Tiara memandang Lukman hairan.

"Baiki. Sini jam kau." Tangan dihulur meminta jam Tiara.

"Lukman reti?" Fiqri tundukkan kepala sedikit mahu melihat Lukman di sebelah Adam.

"Bolehlah sikit-sikit. Tak teruk pun ni rosak rasanya. Mungkin sensor atau software yang rosak." Lukman menilik jam Tiara itu dahulu sebelum dia membuka skru kecil.

Dengan penuh rasa teruja, Tiara memerhati ketangkasan Lukman membaiki jam tangan pintarnya.

"Actually, Lukman ni reti handle barang-barang elektronik ni. Kalau kau punya laptop, tv, phone, rosak ke, kau suruh je dia baikikan." Dalam tak suka, Nayli menceritakan juga tentang Lukman pada mereka.

"Oh... Mana awak belajar?" Tanya Tiara.

Belum sempat Lukman membuka mulut, Nayli terlebih dahulu mencelah.

"Bapak dia ada electronic repair company. LA Technology SDN BHD. Dari kecil, bapak dia dah tunjuk benda-benda ni semua dekat dia. Kebetulan pula dia berminat dan ada bakat."

"Aik? Kata ex. Banyak benda tahu nampak?" Sindir Fiqri.

"Mestilah. Aku pernah pergi rumah dia, tempat kerja bapak dia, bilik dia, tempat dia baiki-baiki barang ni semua, dapur. Semua aku tahu," jawab Nayli dengan wajah biasa. Tiada riak.

"Boleh tahu tak, macam mana sebenarnya boleh putus?" Tanya Fiqri ingin tahu.

"Sebab dia bodoh. Putuslah." Ringkas dia menjawab.

Lukman hanya buat muka tak peduli. Tangannya lincah membaiki jam pintar Tiara. Tentang mereka, lebih baik dia diam kalau tidak mahu dihempuk dengan majalah lagi.

"Kau dengar dari mulut dia, memang semua orang salah." Perlahan Adam menyampuk. Tangan dari tadi sibuk membelek buku rujukan. Soalan KBAT ini benar-benar memeningkan dia. Sudah tiga buku dia belek namun masih tiada jawapan yang dia mahu. Nampaknya dia perlu ke bilik guru untuk bertanya pada cikgunya pula.

Nayli menjeling Adam. "Kau tu apa tahu? Tak pernah bercinta. Bolehlah sembang."

"Ya, sebab tu aku tak ingin nak bercinta. Banyak benda lagi boleh buat daripada layan cinta macam kau tu."

Nayli mengetap gigi dengan bibir dikemam ketat.

"Oh, sembang bukan main... Perdana menteri dengar pun boleh menangis. Kita tengoklah lepas ni kau ke aku yang sakan bercinta."

"Tak payah tengok aku. Tengok diri sendiri je."

"Cakap aku apahal? Kau ingat aku tak tahu kau suka siapa?" Nayli mengangkat kening sambil tersenyum sinis.

【C】SABAR SEORANG LELAKIWhere stories live. Discover now