Bab 1

279 31 10
                                    

BUNGA ros merah ditangan dipandang kosong.

Keluhan terlepas dari mulut. Baju sut mewah rekaan khas untuknya itu tersarung cantik ditubuh. Warna biru pekat yang diwarnakan pada alur sisir rambutnya membuatkan penampilannya tampak lebih gah dari kebiasaan.

Dia mengeluh lagi. Entah sudah berapa kali dia mengeluh hari ini.

"Tuan Khidr...."

Ah... Benar. Itu nama dia. Tuan Khidr. Kenapa Tuan Khidr? Kerana dia adalah keturunan terakhir kepada golongan bangsawan melayu lama, Tuan Arjuna Dharmabakti dan Dayang Eka Jiwa.

Kalau dulu keturunan mereka terkenal dengan sifat kepahlawanan dan keberanian, sekarang keturunan ini terkenal dengan kekayaan luar biasa.

Lelaki sebaya ayah tirinya itu mempersilakan dia untuk berjalan keluar ke dewan besar rumah agam mereka.

Kaki mengangkat langkah. Sesampai di hujung tangga, mata melingas memandang sekeliling.

Perempuan.. Ya, begitu ramainya calon-calon isteri yang datang. Tetapi sedikit pun dia tidak merasa teruja.

"Ki.. Nanti mana-mana Ki berkenan, Ki beri ayah 'hint'." Syed Tamim berbisik. Bunga ros ditangan Tuan Khidr disentuh.

Dalam hati, Tuan Khidr menjerit. Kenapa setiap kali hari jadinya dia harus diberi tugas memilih calon isteri!

Abang-abang tirinya Wais dan Yasir ligat memilih perempuan di bawah. Tuan Khidr tersenyum sinis.

Sah-sah dia tidak akan memilih mana-mana perempuan di sini lebih-lebih lagi perempuan yang dengan mudahnya disentuh oleh Waiz dan Yasir.

"Relax lah. Kau tutup mata selepas itu hulur saja bunga ni pada sesiapa. Kalau tak sesuai, putus sajalah." Nasihat tidak berapa bernas keluar dari mulut Nizar, teman waktu kecilnya merangkap sahabat karib.

Wajah Nizar dipandang semacam mahu ditelan. Nasihat langsung tidak boleh pakai! Apa Nizar ingat dia lelaki begitu ke? Pakai buang perempuan sesuka hati?

"Bro... Give me some space. Lagi banyak perkataan yang keluar dari mulut kau, lagi stress aku rasa." Dada bidang Nizar ditolak menjauh.

Ah! Dia sudah habis fikir. Ini semua mengarut!

Bunga ros ditangan dicampak ke lantai. Tuan Khidr menapak menuruni tangga mewah menuju ke arah keramaian manusia di bawah.

Beberapa orang gadis mula menghampiri tetapi tangannya lebih cepat menahan mereka. Bibir tidak berhenti meminta mereka untuk memberinya sedikit ruang dan masa.

"How is it, Ki? Have you decide?" Syed Tamim bertanya sebaik sahaja tangan Tuan Khidr menyentuh bahunya.

Seperti biasa, wajah Tuan Khidr tak beriak. Bosan seperti yang selalunya.

"Hm.. Not yet. And I don't think I can do this, Ayah. Again." pinta Tuan Khidr.

Sekalipun dia tidak minta, Syed Tamim harus kotakan juga permintaan Tuan Khidr. Dia lebih berkuasa di sini.

Syed Tamim terkejut.

Sekali lagi? Mengapa sukar benar mahu meruntuhkan tembok hati anak bongsunya ini?

"Why? Is there something wrong? Tak cukup cantik? Atau baik? Atau kaya?" Semua jemputan mereka hari ini adalah dari keturunan-keturunan hebat. Tak kan lah tiada seorang pun yang Tuan Khidr berkenan.

Tuan Khidr menggeleng. Dia hormat ayah tirinya. Dan dia faham akan kerisauan Syed Tamim mengenangkan dia yang masih belum kahwin ini tapi hati dan cinta tidak boleh dipaksa.

KHIDR-RELLAWhere stories live. Discover now