"AINA!"
Tuan Khidr turun dari tangga. Cepat-cepat dia membantu Aina membawa segala lauk-pauk yang dipesan oleh Makcik Esah tadi.
Aina mengekor Khidr dari belakang. Curiga.
Baik sungguh kelakuan abang Ki pagi ini. Selalunya lelaki ini bermalasan. Lagi-lagi di pagi hari. Langsung tidak bersemangat. Ini pula baru pukul 8 pagi. Paling kurang pun, pukul 10 nanti baru semangat abang Ki sampai.
"Kenapa?" soal Tuan Khidr. Senyum terus-terus terlakar di bibir.
"Curiga."
"Curiga?"
"Iye lah! Selalunya orang lelaki kalau rajin sangat, ada makna lah tu...."
Tuan Khidr terkekeh.
"Maknanya abang Ki lelaki yang baik. Rajin. Suka tolong orang. Lagi-lagi yang cantik macam Aina."
"Ha, kan Aina dah cakap! Memang ada makna. Tiba-tiba aje puji Aina cantik." Aina bercekak pinggang.
"Ish! Ish! Tak baik fitnah abang. Apa salah abang nak puji Aina cantik. Aina memang cantik."
Hidung Khidr ditunjal. Nasib hidung mancung, cantik terletak. Tidak sampai hati dia mahu cubit hidung itu sehingga memerah seperti yang selalu diperlakukan kepada Adam dan adik-adik yang lain.
Hatinya sedikit terusik dengan pujian Khidr. Pertama kali dia mendengar pujian begitu dari seorang lelaki asing. Lagi-lagi ditambah perisa senyuman super manis Khidr. Hati mana yang tidak terpaut.
"Hari ini kita nak belajar apa?" soal Tuan Khidr.
Aina tersedar. Lesung pipitnya mendalam tika tersenyum.
"Hari ini Aina akan ajar abang baca surah."
"Serius? Abang dah boleh baca surah yang panjang-panjang tu?"
Aina menggeleng. Tangan memegang antara satu sama lain di belakang badan.
"Abang kena baca surah pendek dulu. Bila dah lancar, baru boleh baca surah panjang."
"Alah... Baca ajelah surah yang panjang. Baru cepat sikit pandai."
Amboi, berangan betul anak teruna ini. Baca iqra' pun bunyi sekejap ada sekejap tiada. Ini berangan nak baca ayat yang panjang berjela. Belum lagi dia terangkan segala hukum tajwid, cara bacaan dan lain-lain.
Aina mengulum senyum. Ada saja abang Ki ini. Mahunya cepat aje, bila disuruh baca nanti ... suara tak keluar. Dia pandang aku, aku pandang dia. Ceh!
Mata Khidr terkebil-kebil. Aina tidak dapat mahu tahan ketawa. Susah dia mahu menahan diri kalau abang Ki sudah buat riak polos dengan mata dikerdip-kerdip.
"Tak boleh. Abang kena belajar surah yang pendek-pendek dulu. Belajar kena sabar. Daki perlahan-lahan. Merangkak pun tak apa. Asalkan istiqomah," jelas Aina. Jari telunjuk bergerak-gerak sambil berhujah.
Tuan Khidr menggaru leher. Makin banyak dia belajar, semakin banyak pula persoalan di benak. Makin jahil pula dia rasa.
"Abang dah lama nak tanya, istiqomah itu apa Na?" Malu tapi itulah kenyataannya. Dia tak tahu.
Malu bertanya sesat jalan. Tak begitu?
Teringat kata-kata guru dan pensyarahnya suatu masa dulu.
'Biar bodoh 5 minit, asalkan tak bodoh selamanya.'
Ya, biar bodoh dulu lepas itu dia akan berpandai-pandai kemudian.
Bodoh di depan Aina, tidak apa. Kalau bodoh di depan Airis ... melepaslah nampaknya.
YOU ARE READING
KHIDR-RELLA
RomanceHidup seorang Tuan Khidr umpama cerita cinderella. Dia punya keluarga tiri. Ibu kandungnya sudah meninggal dunia dan dia berada sepenuhnya dibawah jagaan ayah tiri dan juga adik beradik tiri. Tuan Khidr. Hanya dia sahaja yang tinggal untuk mewarisi...