BUNYI kanak-kanak dan orang dewasa berbual-bual dan berjalan-jalan di depan bilik buat lena Tuan Khidr mati. Pantang sungguh kalau lenanya diganggu. Belum pernah dia kurang tidur. Baru beberapa hari di sini, dia sudah rasa mahu amuk sahaja. Pukul 5pagi, semua orang dah bangun berjemaah.
Getaran dari bawah bantal menambahkan lagi api yang sedang memarak di dalam hati. Tak cukup lagikah lenanya diganggu!
Bunyi Azan dari surau terdekat buat Tuan Khidr membuka mata seluasnya. Itu lah bunyi yang setiap pagi tidak pernah gagal meruntuhkan mimpi indah lelaki bernama Tuan Khidr!
Tubuh dinaikkan dari baring. Hilang mood-nya. Tidak cukup 8jam lagi dia dah kena bangun. Heish!
Tangan menyeluk ke bawah bantal. Dalam keadaan mamai, panggilan diangkat.
"Ki! Kau dah bangun? Awalnya!"
Mata dibuka separuh. Kalau boleh dia backhand muka si Nazir ni, memang dah lama dia terbang ke Kuala Lumpur semata untuk backhand muka Nazir.
"Apa kau nak telefon pagi-pagi buta ni...." Hujung dileretkan. Bunyi azan membingitkan telinga. Tak boleh ke sembahyang diam-diam?
"Saja. Nak tanya khabar. Aku tak boleh call waktu siang. Sibuk dengan kerja, tambah lagi Ayah kau tak habis-habis mencari. Aku lah sasaran dia."
Tuan Khidr senyum sinis. Syed Tamim memang tak akan senang duduk selagi tak nampak dia di depan mata. Over-protective! Itu lah yang paling dia benci dan kerana itu lah dia mahu keluar dari sana! Dia tak bahagia. Kalau Syed Tamim mahu, dia boleh serahkan segala hartanya pada mereka bertiga tapi bukan itu yang Syed Tamim mahukan pun. Ayah tidak habis-habis mengulang pesanan Mummy sebelum wanita itu pergi meninggalkan mereka selamanya.
Jaga Khidr... Jaga Khidr...
Kerana itu lah Syed Tamim menjadi terlalu obses menjaga dirinya. Dia tahu kehilangan wanita tercinta memang memberi kesan besar pada Syed Tamim. Mana tidaknya, sampai sekarang Ayah tirinya itu langsung tidak berkahwin lain. Seluruh waktu mudanya dihabiskan dengan menjadi seorang ayah.
Dia sebatang kara dan seorang diri. Dia cuma punya Syed Tamim, Wais dan Yasir sahaja. Tapi bukan ini yang dia mahu. Dia mahu keluarga yang normal! Dia tak suka bagaimana Syed Tamim melayan dia seperti dia ini aset penting pada keluarga!
Dia tak suka bagaimana Wais dan Yasir selalu mengalah padanya! Dia tak suka apa yang dia mahu, dia boleh dapat!
Langsung tak hidup!
"Macam biasa. Kau cover lah apa yang patut," arahnya kepada Nazir. Dia memang boleh percayakan Nazir dalam hal begini.
Keluhan panjang kedengaran di corong.
"Aku boleh tahan Syed Tamim tapi Yasir... Kau faham-faham sajalah. Abang kau yang tu psiko. Dia bukan tekan aku je, orang dia dari semalam ikut aku ni. Bini aku sekali dia siasat. Nak makan pun tak senang!"
Tuan Khidr ketawa. Dapat dia bayangkan wajah bengis Yasir. Yasir nampak saja bengis tapi dia seorang lelaki yang mudah dibawa berbincang tak seperti Wais yang kebanyakan masa memang tak suka mendengar pendapat orang lain.
Tapi, bagusnya ... kerana sikap Wais yang memang tidak mudah dibeli jiwanya itu lah syarikat milik Syed Tamim berkembang maju.
"Dia masih boleh diporak-perandakan. Cuma Wais... Kalau Wais mula curiga, jangan lupa warning aku awal-awal. Boleh juga aku cabut lari sebelum dia jumpa aku."
Memang Wais yang paling dirisaukan. Abang tirinya yang itu memang ramai kawan-kawan dimana sahaja. Sekelip mata dia boleh dicari kalau Wais sudah menggunakan segala sumber yang dia punya. Wais bertindak lebih ekstrim dari Yasir!
YOU ARE READING
KHIDR-RELLA
RomanceHidup seorang Tuan Khidr umpama cerita cinderella. Dia punya keluarga tiri. Ibu kandungnya sudah meninggal dunia dan dia berada sepenuhnya dibawah jagaan ayah tiri dan juga adik beradik tiri. Tuan Khidr. Hanya dia sahaja yang tinggal untuk mewarisi...