SUAPAN nasi lemaknya tidak konsisten. Mata memerhati jalanraya yang dari tadi tidak habis lagi dengan kereta yang lalu-lalang. Kalau tidak kereta, motor kapcai.
Entah mimpi apa dia berpagian ke kedai Ibu Aina ini. Aina pula tak ada. Entah kandang siapa pula Aina pergi cuci pagi ini.
Nasi lemak yang berbaki lagi separuh, ditolak menjauh. Kejap lagi pasti kuyu matanya. Nasi lemak selalu buat dia mengantuk bila dimakan awal pagi begini.
"Ki, menung apa? Kau pagi-pagi lagi dah terpacak dekat sini. Jarang betul!" Zamri menarik kerusi di sebelah Khidr.
Tangan mereka bersalaman.
"Tak ada apa, bang. Saja bosan dekat rumah."
"Ish! Muka kau ni bukan muka bosan. Ini muka fikirkan masalah dunia ni. Cuba kau cerita sikit. Aku ni memang kaunselor diiktiraf orang kampung."
Tuan Khidr menghirup air limau ais di dalam gelas.
"Bang, salah ke kalau bercinta selepas nikah?"
Kening Zamri terangkat kedua belah.
"Ha? Memanglah salah! Salah kalau tak jemput aku."
Aisey... Abang Zamri ni buat lawak tak kelakar lah....
Mata memerhati sekeliling. Pagi begini, tak ramai yang melepak di kedai Ibu Aina. Tempat duduk mereka pula agak jauh dari pelanggan lain.
"Saya ingat nak risik Airis," bisiknya.
Air yang baru dihirup oleh Zamri tersembur keluar. Mata memandang Khidr tak percaya.
"Airis? Anak si Mustafa tu?"
Tuan Khidr mengangguk. Kenapa semua orang terkejut benar ni....
"Ish! Ish! Dalam banyak-banyak yang kau boleh pilih, Mustafa juga kau mahu buat jadi bapa mertua? Ki, pikir dalam-dalam Ki. Bapa si Airis tu, dia mahu anak menantu yang kaya aje. Kalau budak-budak kampung ni, sebelah mata dia tak pandang."
"Dulu, Tok Imam pernah sarankan Airis disatukan dengan Ansar memandangkan dulu Ansar dan Airis memang kawan rapat. Sejak sekolah. Tapi, mentah-mentah si Mustafa tu tolak Ansar. Katanya, Ansar tak ada masa depan. Jadi pak ustad tak banyak duit."
Tuan Khidr terlopong. Tak sia-sia Zamri jadi kaunselor tak bergaji kampung ini. Bukan setakat kaunselor, ni pak bawang ni. Guru si Adam ke apa ni....
"Mustafa tu semua anaknya kahwin dengan orang berada. Airis pujaan semua lelaki dalam kampung ini. Cuma, tak ada lagi lah yang boleh tembus tembok rumah si Mustafa tu."
"Bang... Hebatlah! Macam mana abang boleh tahu cerita hebat begini. Saya korek dekat Ansar pun tak pernah berjaya." Tuan Khidr bertepuk tangan.
Zamri meninggi hidung. Bangga pula bila dipuji sebegitu. Duduk dibetulkan.
"Daripada Airis, aku lagi suka kau dengan yang itu. Sekurangnya yang itu memang penyejuk mata." Muncung Zamri memanjang.
Tuan Khidr beralih pandangan ke arah yang ditunjukkan oleh Zamri. Serentak itu ketawa meletus.
Aina sedang menolak motor kapcainya. Konfem motor tu mati tengah jalan tadi.
"Ki dah kata. Motor tu dah nazak. Boleh mati bila-bila je. Dia tak percaya...."
Kaki terus berlari mendapatkan Aina. Zamri tergeleng memerhati gelagat dua orang manusia tersebut.
Memang dia lebih senang kalau Aina dengan Khidr berbanding dengan Airis.
YOU ARE READING
KHIDR-RELLA
RomanceHidup seorang Tuan Khidr umpama cerita cinderella. Dia punya keluarga tiri. Ibu kandungnya sudah meninggal dunia dan dia berada sepenuhnya dibawah jagaan ayah tiri dan juga adik beradik tiri. Tuan Khidr. Hanya dia sahaja yang tinggal untuk mewarisi...