Bab 18

103 15 4
                                    

HEMBUSAN asap rokok yang terakhir dihembus keluar dari mulut. Putungnya dicampak dan dipijak sehingga baranya mati. Beg plastik ditangan dihayun-hayun.

Angin malam di kampung ini memang tidak pernah gagal buat Tuan Khidr leka. Tenang. Damai. Permai.

Dia sanggup berjalan kaki ke kedai runcit berbanding menunggang motor Tok Imam, hanya semata untuk menikmati angin malam. Ditambah pula dengan hembusan asap rokoknya. Memang damai!

Warna putih asap menutup gelap langit untuk beberapa saat dan menghilang. Tidak puas dia melihatnya.

"Abang Ansar masih tak percaya pada Airis?"

Suara Airis mematikan langkah Tuan Khidr. Langkah diatur perlahan-lahan mendekati Airis dan Ansar dibawah pokok mangga depan rumah Tok Imam. Ini kalau Tok Imam nampak, mesti Ansar kena jerit dan belasah dengan tongkat kayu lelaki tua itu.

Bibir Tuan Khidr menyeringai. Lucu membayangkan tongkat lama itu menyebat tubuh Ansar.

"Abang Ansar minta maaf, Airis. Perasaan abang pada Airis cuma sekadar perasaan seorang abang kepada seorang adik."

Senyum Tuan Khidr mati. Dia sudah dapat tangkap topik perbualan mereka sebenarnya.

Jernih air mata Airis yang bertakung itu bagai merentap dadanya. Dahi berkerut menahan rasa.

Sakit? Pastilah! Mana dia sangka yang Airis sebenarnya punya hati pada Ansar. Siapa-siapa pun tak akan sangka!

"Kenapa bukan Airis?" Suara Airis sebak.

Tuan Khidr sedikit bersimpati. Seakan perasaan Airis dapat diselami.

Bukankah secara automatiknya dia pun sedang di-rijek sekarang ini? Wanita yang dia sukai, sukakan orang lain. Tanpa sedar, dia juga sedang mengalami patah hati. Sama seperti Airis.

Tuan Khidr mengetap gigi. Perit tapi kenyataan yang itu harus ditelan sendiri.

Ansar diam membatu. Tuan Khidr pasti yang Ansar sendiri tiada jawapan untuk soalan Airis.

Airis senyum kelat. "Abang tak pernah perasaan kehadiran Airis. Tapi, kalau Aina ... dia tak perlu tarik perhatian abang pun abang sememangnya sudah tertarik pada dia."

"Aina tak ada kena mengena dalam hal ini, Airis. Jangan kaitkan dia."

Mata Tuan Khidr membulat. Wajah Aina terus muncul di fikiran.

"Airis harap Airis adalah Aina. Yang abang pandang sentiasa. Abang prihatin pada dia. Abang sentiasa utamakan dia."

Bibir Tuan Khidr tersenyum sinis.

'Yes!' jerit hatinya. Penumbuk dikepal.

Dia tidak sangka juga yang Ansar menaruh hati pada Aina. Bukankah ini yang terbaik? Dia dan Airis manakala, Aina dan Ansar.

What a perfect fate!

Memang di pandangannya, Aina dan Ansar secocok.

Nyamuk mula berkeliaran di sekeliling Tuan Khidr. Tuan Khidr tidak peduli. Drama sebabak di depan mata lebih menarik.

Hisap lah! Hisap darah dia sampai habis pun tak apa. Yang penting, dia harus tonton sampai tamat kisahnya.

Bibir tersenyum sumbing. Boleh pula dia melayan detik patah hati Airis seperti melayan drama di televisyen. Memang tak bermoral betul lah kau ni, Khidr!

Pap!

Tanpa sedar, tangan menampar lengan yang mula gatal dek digigit.

Kepala dua orang manusia di bawah pokok mangga itu berpaling menghadapnya. Kening Airis bertaut. Ansar pula menggeleng.

KHIDR-RELLAWhere stories live. Discover now