TOPI berwarna coklat pekat disarung ke kepala. Beg camping yang besar digalas ke bahu. Nazir hanya memerhati. Sekali-sekali dia membantu Tuan Khidr apa yang patut.
"Kau ingat tau! Aku bagi kau peluang ni... Enjoy yourself lepastu, balik!" Nazir mengingatkan. Jari telunjuknya tepat di depan mata Tuan Khidr.
Tuan Khidr buat dengar tidak dengar sahaja. Tidak kisah lah apa mahu jadi. Nazir pandai-pandai lah back-up nanti. Nazir ni membebel tak habis-habis.
Dia berjalan ke arah kumpulan lelaki yang sedang berkumpul di depan bas persiaran itu meninggalkan Nazir di kereta. Tangan melambai Nazir tanpa berpaling.
"Alah! Kau jangan risau sangat lah, Zir. Pandailah Ki tu jaga diri." Hafiz memujuk.
Tangan Nazir laju menampar kepala Hafiz yang terkeluar dari tingkap kereta itu.
"Aku bukan risaukan Ki. Aku risau dia lari. Apa aku nak jawab dengan Syed Tamim kalau Ki hilang weh," luahnya.
Hafiz ketawa terbahak-bahak. Nazir sudah seperti baby-sitter Ki pula.
"Mana saja dia boleh lari, Zir. Kau jangan risau sangat lah. Aku yakin Ki tidak lah kebudakan begitu sekali sampai nak lepaskan tanggungjawab. Dah lah! Jom balik pejabat. Ada banyak lagi kerja aku yang tertunggak ni."
Air liur ditelan. Kebudakan? Ya! Ki memang kebudakan. Argh! Apa yang dia fikirkan ketika dia bersetuju sebelum ini. Oh tuhan! Selamatkan dan lindungilah Tuan Khidr dimana saja dia berada.
"Kau ni... Buat aku makin risau lah...." Nazir masuk semula ke dalam kereta apabila bas persiaran itu sudah bergerak pergi.
Ki mahu bebas dan lihat dunia. Ini saja dia mampu beri. Beri Tuan Khidr lihat dunia sebenar. Dunia yang dia impikan!
•••
11 tahun lalu....
"Aduh!"
"Ki!"
Nazir datang berlari mendapatkan Tuan Khidr yang sudah terjelopok jatuh di atas tanah. Nazir terus mencangkung menarik Tuan Khidr bangun kembali.
Pelajar senior yang sedang berkawad di padang itu mentertawakan Tuan Khidr yang tersembam di tanah. Nazir menjeling tajam. Seluar Tuan Khidr yang penuh dengan debu dan tanah itu ditepuk-tepuk supaya hilang segala debu tanah yang melekat.
"Takpe. Aku boleh buat sendiri!" Tangan Nazir ditepis kasar. Pantang sungguh dia bila Nazir perlakukan dia seperti anak kecil. Rasa pedih di lutut di tahan.
Tak guna betul abang senior yang menolaknya dari belakang tadi. Sudah lah dia dihukum lari pusing padang 20kali, entah kaki siapa menjulur menyebabkan dia terjelopok jatuh. Lagi teruk, orang belakang tolak dia sehingga tidak sempat dia mahu mengimbangkan badan.
Malang lagi, Nazir nampak pula. Nazir dibayar upah oleh Syed Tamim untuk memerhatikan dia di sekolah. Hish!
"Aku buat kerja aku je." Nazir faham dengan pandangan mata Tuan Khidr yang jelas tidak senang dengan perlakuannya yang terlebih prihatin tadi.
Tuan Khidr menyambung lariannya apabila salah seorang senior mula menjerit menyuruh mereka berhenti berborak.
Nazir pun sama aje macam abang-abang dan ayahnya. Over-protective. Kalau nak mati, mati juga dia. Tak payah nak terlalu melindungi sangat!
Sekali lagi dia maki namanya. Tuan Khidr. Argh! Benci sungguh dia dengan nama tu.
Dari jauh dia nampak cikgu Rashidi datang menghampiri pasukan kawad kaki persatuan mereka. Mulutnya mendengus marah. Dia tahu sebab disebalik kehadiran lelaki itu. Dengan rotan di tangannya. Apalagi ayah ni!
YOU ARE READING
KHIDR-RELLA
RomanceHidup seorang Tuan Khidr umpama cerita cinderella. Dia punya keluarga tiri. Ibu kandungnya sudah meninggal dunia dan dia berada sepenuhnya dibawah jagaan ayah tiri dan juga adik beradik tiri. Tuan Khidr. Hanya dia sahaja yang tinggal untuk mewarisi...