BAB 2

172 23 8
                                    

"AKU dah tahu apa impian aku!"

Nazir yang baru mahu menghirup air teh'o panas itu sedikit terkejut. Pedih lidah dia.

"Kau ni... Paling pun tunggu lah aku hirup dulu air ni baru menjerit. Pedih lidah aku, Ki...." ujar Nazir. Lidah dikibas-kibas dengan tangan.

Tuan Khidr tersengih. Ditolak ais kosong miliknya pada Nazir.

"Sorry. Sorry. Kau nak aku pesankan ais kosong untuk kau ke?"

Nazir menggeleng.

"Okay, Shoot! Apa dia impian kau?" Air batu di dalam gelas Tuan Khidr dicucuk keluar dan mengumamnya.

Tuan Khidr tersenyum sinis. Dia yakin ini impian yang paling tepat.

"Aku nak princess charming."

Mahu tersembur air batu di dalam mulut Nazir mendengar impian Tuan Khidr. Apa kejadah princess charming pula ni... Dan dari mana datang idea mengarut yang satu ini....

Mata meminta penjelasan.

"Alah... Kau tahu, macam dalam cerita Cinderella." Tuan Khidr memberi penerangan paling ringkas. Kedua tapak tangan dibuka membayangkan di atas tangannya ada sebuah buku.

Nazir mengeluh. Berat. Tak sangka akhirnya terkeluar juga fikiran-fikiran pelik dari kepala sahabat karibnya ini.

"Tapi, kau bukan cinderella. Cinderella hidup dia opposite dari kau."

"That's what I mean. The concept is the same. Cinderella miskin, kena buli dengan keluarga tiri. And then, prince charming datang dan bawa dia keluar dari rumah buruk tu. Dan aku pula, kaya. Tak pernah kena buli malah terlebih disayangi. Dan! aku mahu dibawa pergi dari rumah kaca tu." Panjang lebar dia bercerita.

Nazir hairan. Langsung tidak dapat tangkap apa yang dimaksudkan oleh Tuan Khidr.

"Apa yang sama?"

"Yang sama adalah 'dibawa pergi'. Kau faham? Aku nak dibawa pergi. Cinderella pun nak dibawa pergi."

Keluhan panjang terkeluar dari mulut Nazir. Pelipis ditekan-tekan.

Adeh. Ki... Apa yang telah merasukimu Ki....

"Cinderella tu menderita. Kau elok je."

"Siapa kata? Mental aku menderita kebosanan. Aku dah bosan lah dengan hidup ni. Kau faham aku tak? Hidup aku ni ada segalanya, bro. Segalanya! Aku tiada cabaran, tiada ketakutan. Aku nak rasai kehidupan sebenar. Ada turun naik."

Tangan Nazir membangkang. Memang dia tak faham dan dia tak setuju!

"Mana nak cari princess charming wei !" Dia cuba mematahkan semangat Tuan Khidr. Lelaki ini akan lakukan apa sahaja untuk mencapai apa dia mahu.

"Aku tetap mahu princess charming juga." Tuan khidr membulatkan suara. Tegas. Tak peduli apa mahu jadi. Dia tahu Nazir tak akan faham beban rasa kosong di dalam jiwa dan hidupnya.

Dia cuma mahu menghidupkan sesuatu yang tak pernah hidup di dalam dirinya. Kenapa Nazir tak mahu beri dia peluang menghidupkan dirinya sendiri!

Nazir tetap membantah.

"Tak! Tak! Aku tak setuju. Kau tahu tak apa akan jadi kalau kau dibawa keluar dari rumah kau, keturunan kau? Kau keturunan yang terakhir. Kau dah gila?" tegah Nazir.

Memang gila! Kalau dia bersubahat dengan Tuan Khidr, dengan anak bini dia sekali terpaksa menanggung akibatnya.

Tuan Khidr mendengus. Dia harapkan Nazir untuk faham dia, tetapi lelaki ini tak faham-faham.

KHIDR-RELLAWhere stories live. Discover now