Bab 22

118 16 1
                                    

"SUKALAH KAU YA?"

Kepala ditunjal.

"Sukalah kau satu kampung kata aku dengan bapak kau ni tak jaga anak? Seronoklah satu kampung tahu bapak kau kaki mabuk!" tempelak si ibu.

Aina mendiamkan diri. Sudahlah dia tidak boleh berjalan apalagi mahu selamatkan diri dari menerima tunjalan oleh si ibu.

"Aina tak cakap apa-apa pun," balas Aina sedikit perlahan. Tidak mahu memanaskan lagi hati si ibu yang sudah sedia panas.

"Kau tak cakap, orang lain yang cakap. Aku dah kata jangan pergi lagi rumah Tok Imam tu, kan? Dengan budak lelaki entah mana-mana yang sibuk ambil tahu hal kau!"

"Abang Ki lah ibu... Nama dia Khidr." Aina membetulkan.

Libasan tali pinggang si ayah di tangan ibunya naik ke lengan. Aina menahan rasa sakit. Diusap-usap lengan yang berbirat.

"Menjawab aje kerja kau! Aku ni dah penat siang ke malam pergi mencari duit! Bapak kau pemalas! Kau pula tak tahu nak jaga air muka aku!"

"Satu kampung mengata aku! Satu kampung tuduh aku pukul anak!" bentak si ibu.

Aina menunduk. Rasa serba salah menyelubungi diri. Manalah dia tahu orang kampung bercerita. Dia tidak rasa Abang Ki yang mencanang cerita. Mungkin ada yang nampak kelibat mereka berdua semalam.

Jelingan si ibu buat Aina berkecil hati.

Kenapa selalu jadi begini? Bukan dia yang merancang apa yang telah terjadi. Kenapa Ibu tidak sudah-sudah meletakkan salah di atas bahunya seakan-akan dia lah yang paling jahat di dalam dunia ini.

Bukan salah dia! Kenapa ibu tak mengerti semua ini! Bukan dia mahu segalanya jadi begini!

Dia tak minta dilahirkan! Dia pun kalau boleh tidak mahu menyusahkan ibu bapanya kerana terpaksa membesarkan dia. Kalau dia boleh ringankan beban mereka dengan mati, sudah lama dia pergi mati.

Laungan salam dari luar rumah buat mereka berdua tersentak. Air mata yang baru mahu bergenang, kering kembali.

"Assalamualaikum!"

Puan Zuriah meninggalkan Aina sendiri di dalam bilik. Berlalu ke arah pintu hadapan.

Aina menapak perlahan-lahan.

"Waalaikumussalam. Ya, Ki. Ada apa datang ni?" Wajah dimaniskan menjawab salam anak muda itu.

Khidr mengangkat plastik di tangan. "Ini untuk Aina, makcik. Ini pula ubat Ki belikan di farmasi dekat bandar tadi."

Puan Zuriah menyambut. Dihulur plastik di tangan kepada Aina dibelakang.

"Aina dah baik? Sakit lagi?" soal Tuan Khidr. Mata mencari anak mata Aina. Wajah dimaniskan demi menjaga adab di depan orang lebih tua.

Bukan dia tidak dengar bentakan mak si Aina ini dari luar. Tapi sengaja dia buat tidak tahu. Jatuh rasa kasihan pada gadis itu.

Dia tidak pernah dibentak-bentak sebegitu. Kalau ada orang yang dengar, pasti malu.

Aina menggeleng kepala. Isi dalam plastik dijengah.

Aiskrim! Banyak pula tu!

"Terima kasih, abang Ki!" Lebar senyumannya.

Tuan Khidr mengangguk kecil.

"Saya minta diri dulu, makcik. Na, abang balik dulu."

Tangan Aina lambai menghantar lelaki itu. Tersenyum tanpa sedar.

Belakang tubuh lelaki itu dipandang tidak lepas. Lama.

"Apa lagi duduk depan pintu tu? Masuk!"

"Ala, ibu ni. Aina tengok abang Ki balik aje." Daun pintu papan disatukan semula.

Puan Zuriah mencebik.

•••

"KI KE MANA?"

Tuan Khidr terdiam. Putung rokok di tangan di campak jauh ke dalam longkang.

Kepala dipalingkan ke kiri dan ke kanan. Mencari susuk yang mungkin ada datang bersama.

"Ki ... Yasir, Wais dan Syed risaukan Ki."

Ben Azir turun dari kereta. Enjin dimatikan. Dia perlu berbicara Dengan Khidr secara berdepan.

Tuan Khidr mengeluh perlahan. Dia turut bersandar ke kereta milik Ben Azir.

"Boleh tak kau tolong diamkan sahaja keadaan aku di sini, Ben?"

Ben Azir menggeleng. "Yasir sudah tahu kau ada di sini. Dia yang minta aku tengok-tengokkan kau."

Dia sudah agak. Patutlah hidupnya terlalu aman di sini. Tiada langsung tanda-tanda ada yang mengekorinya. Dia pasti salah seorang abangnya memang sudah menjumpai dia di sini.

"Yasir paksa aku balik?"

"Tak. Yasir minta engkau balik sendiri. Dia tak mahu memaksa cuma, dia tak pasti berapa lama lagi dia boleh simpan rahsia dari Wais. Wais pun macam sudah syak dia sengaja mahu sorokkan kau."

"Nantilah aku telefon Yasir. Beri aku masa."

Ben Azir angguk. Sebolehnya dia tidak mahu ikut campur. Nanti keluarga dia pula yang terpaksa menanggung kesan di kemudian hari.

Sekadar mengingatkan Khidr sahaja.

"Aku dengar kau dah jadi kawan baik anak aku, Ki... Tolong tengok-tengok anak aku. Dia lasak sikit. Kalau tak ditegur selalu, nanti makin nakal jadinya."

Tuan Khidr mencebik.

"Biasalah anak lelaki. Tak syok lah kalau lembut, sopan-santun macam perempuan."

Mencerlung mata bapa si Adam memandangnya. "Kau jangan ajar anak aku yang bukan-bukan Ki... Entah-entah kau yang diajar oleh anak aku."

"Pergi jelah balik. Pergi cium ketiak bini."

Terbahak-bahak Ben Azir ketawa. Enjin kereta dihidupkan kembali.

"Jeles cakap sajalah. Orang single mana tahu rasa bahagia ada anak bini."

Ceh! Tak guna Ben Azir. Ada saja modal mahu mengalahkan dia dalam berlawan kata.

"Jangan lupa, Ki. Telefon Yasir. Sekurangnya jangan biar mereka risau," pesan Ben Azir lagi.

Tuan Khidr buat dengar tidak dengar. Macam lah dia budak-budak. Bosanlah asyik diperlakukan seperti anak kecil. Dia dah layak jadi bapak budak dah!

"Yalah! Yalah! Dah, pergi balik sana! Jangan datang sini dah." Tangan melambai-lambai.

"Ini kampung aku lah. Kau tu yang pergi balik rumah agam kau. Buat penat aku bersengkang mata menyiapkan pelan rumah mewah sebegitu, senang-senang saja kau tinggal sepi."

Tangan Tuan Khidr memimik bebelan Ben Azir. Macam burung kakak tua. Bising.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
KHIDR-RELLAWhere stories live. Discover now