Bab 8

120 22 3
                                    

RANTING pokok yang berserakan di tanah menghadkan kebebasan langkah mereka. Bukan kecil dan halus ranting-rantingnya. Mahu sebesar penumbuk juga. Beg camping yang digalas di belakang juga agak berat. Sebatang kayu setinggi pinggang dan agak tebal digunakan sebagai pemegang. Ansar yang memberi dia kayu ini sebagai penyokong memandangkan malam tadi hujan jadi tanah agak lembap dan mudah tergelincir.

"Ki, kau pernah masuk hutan sebelum ni?" soal Hairi di belakang.

Nafas Tuan Khidr tercungap-cungap. Nasiblah dia tidak disuruh bawa segala bekalan makanan dan juga barang-barang yang mahu disedeqahkan kepada orang asli nanti. Kalau tidak, memang dia tak akan mampu bergerak pun.

"Ini pertama kali Ki masuk hutan." Tangan menampar pipi dan leher yang dari tadi menjadi sasaran nyamuk.

Nyamuk tak guna! Dia ingat aku ni tabung darah ke!

"Patutlah. Nampak yang kau tak biasa. Mari aku bawakan beg kau."

Beg terlepas dari bahu. Senang saja Hairi bawa beg-nya yang berat. Botol air dan sebungkus roti Hairi hulur padanya.

"Kalau penat, makan dulu. Takpe. Airis ada dekat belakang. Kau perlahan-perlahan pun tak apa," pesan Hairi sebelum melangkah laju ke atas.

Tuan Khidr duduk di salah satu akar pokok. Air di dalam botol di buka penutupnya dan meneguk sehingga separuh kosong. Mata mencari kelibat Airis. Gadis pujaan hati.

Galak dia memandang gelagat Airis memimpin adik-adik universiti di belakang sana. Penuh sikap kepimpinan. Dia jadi tertanya-tanya.

Siapa Airis? Duduk di mana? Umur berapa? Kerja apa? Ah, banyak lagi lah.

Dia mahu kenal Airis yang sebenarnya. Dia mahu Airis pandang dia dan layan dia seperti kawan baik.

Tuan Khidr bangun semula apabila kumpulan pelajar wanita sudah semakin mendekat. Debaran di dada di tenangkan. Raut wajah Airis selalu bikin dia tidak tentu arah.

"Ki tak larat ke?"

Aduh... Suara pun sedap walau terselit ketegasannya.

"Tak. Ki rehat kejap aje tadi." Senyuman dilemparkan pada adik-adik universiti tersebut.

Mulalah sesi menjawab soalan-soalan tidak penting dari adik-adik ni. Ada sahaja yang mereka mahu tahu. Umur lah, asal dari mana, belajar apa, dah kahwin ke belum... Aiseh, bagi 'can' lah abang Ki nak berkenalan dengan kak Airis korang ni....

Airis senyum sesaat sebelum wajahnya dikeraskan semula.

"Airis dulu sekolah di mana?" Tuan Khidr mendaki beriringan dengan Airis.

"Selayang," balas Airis, sepatah.

Mata Tuan Khidr membulat.

"Tapi sekejap aje. Keluarga Airis pindah ke kampung sebab ada masalah kewangan," tambah Airis lagi.

Semakin membulat mata Tuan Khidr. Jantungnya kembali kencang.

"Err... Airis..."

"Ki!"

Airis mendongak ke atas lalu menghantar bahasa isyarat melalui pandangan kepada Tuan Khidr. Lambat-lambat pandangan dihalakan ke atas.

Ansar melambai-lambai menyuruh dia cepat-cepat ke atas.

Pasrah. Terpaksa dia tahan hasratnya mahu bertanya walaupun hampir seratus peratus dia pasti Airis adalah Airis yang dia tunggu dulu.

"Ki daki ke atas dulu. Jumpa dekat atas nanti, Airis." Mata dikenyitkan sebelah.

KHIDR-RELLAWhere stories live. Discover now