1

46 20 39
                                    

"mama."

Seorang budak kecil yang baru saja keluar dari pusat tadika berlari laju ke arah seorang wanita. Dengan terkedek-kedeknya dia memeluk erat pinggang ramping milik Alice.

Akibat budak itu pendek, Alice terpaksa menunduk sedikit menyamai dengannya. Pelukan dilepaskan.

"anak mama macam mana? Sihat?"

Alice mencubit pipi gebu milik Jaemin.

"anak mama sihat je. Jae rindu sangat dengan mama. Dah sebulan mama tak datang jenguk Jae."

Adu Jaemin. Pipinya di pout kan. Alice terasa serba salah pula dengan anaknya.

"bukan mama tak nak jenguk Jae. Mama sibuk, sayang. Lain kali mama jenguk Jae hari-hari."

Pujuk Alice. Dia tahu anaknya rindu sangat dengannya. Dan dia juga tersangat rindu dengan anaknya. Tetapi apakan daya mesti bekas suaminya tidak membenarkan.

"mama, jom pergi jalan-jalan."

Ajak Jaemin dengan seronok.

"mana boleh. Nanti tak pasal papa marah. Jae tunggu papa bawa jalan, ya. Mama kena pergi ni."

Alice mengusap lembut rambut jae. Dia pun ingin membawa Jaemin keluar, namun apakan daya. Dia tidak mampu.

Jaemin memuncungkan mulutnya. Tidak puas dengan keputusan mamanya. Tangannya disilangkan di dada sambil mukanya berpaling ke arah lain.

" mama memang tak sayang kat Jae dah kan? Sebab tu mama tak nak bawa Jae jalan-jalan. Mama tau tak Jae rindu sangat dengan mama."

Protes Jaemin. Dia masih tidak melihat mamanya.

Alice berfikir panjang. Lagipun dia sudah lama tak bermain dengan Jae. Dia buntu. Alice memejam matanya. Lantak lah kalau lelaki itu mahu memarahinya asalkan dia dapat meluangkan masa bersama anaknya.

" Okey. Kita keluar jalan-jalan. Tapi sebelum tu kena bagi tahu cikgu dulu. Kalau papa datang nak ambil Jae, lepas tu Jae tak ada macam mana?"

Jaemin membuat gaya ok dengan tangan kecilnya. Alice memimpin Jaemin masuk semula ke dalam tadika itu.

"cikgu, saya nak bawa anak saya pergi jalan-jalan. Boleh kan?"

Alice meminta izin dengan sopan pada pekerja di situ merangkap cikgu kepada Jaemin itu.

Yelah, waktu persekolahan tak habis lagi. Hanya beberapa minit saja lagi.

"maaf, puan. Bukan tak boleh. Tapi tuan dah kata hanya dia saja yang boleh ambil Jaemin melainkan puan dah dapat keizinan dari dia."

Pekerja itu bukan tak mahu beri cuma dia takut hendak ingkar arahan dari majikannya.

" tak apa. Saya isteri dia. Pasti dia bagi. Lagipun ni anak saya."

"maaf sekali lagi. Tuan dah cakap hanya dia seorang saja yang boleh ambil Jaemin. Dia dah larang puan untuk ambil dia."

Tambah lagi pekerja itu.

Alice memandang Jaemin. Begitu erat Jaemin memegang lengannya sambil menggeleng.

"ok lah. Saya tak bawa dia. Saya cuma nak berbual dengan dia kat sini. Awak boleh lah masuk."

Pekerja itu hanya mengangguk dan berlalu pergi dari situ. Sebaik sahaja bayangan pekerja itu hilang, Alice terus mendekatkan wajahnya di cuping telinga Jaemin.

" mama kira 1 sampai 3, kita lari masuk kereta, Okey. "

Bisik Alice. Dia terpaksa buat macam tu disebabkan cikgu itu masih memerhati mereka dari dalam.

"1."

"2."

"3."

Alice mendukung Jaemin dengan erat lalu mendapatkan keretanya.cepat-cepat Alice membawa pergi dari situ.

&&&

"Macam mana boleh jadi macam ni! Aku dah katakan awasi dia!!"

Akibat tengkingan itu, bahu cikgu itu sedikit terhinjut.

"maaf, tuan. Saya dah larang dia tapi dia tetap nak jumpa. Lepas tu dia bawa lari."

Terang cikgu itu dengan wajah yang menunduk. Takut ingin melihat wajah yang garang itu.

"bla."

Jungkook menyerabaikan rambutnya. Hari ni hari yang sangat stres baginya. Dengan keadaan pejabatnya lagi yang kebelakangan ni penuh dengan masalah. Ditambah lagi dengan kerja haramnya.

Jungkook masuk ke dalam kereta lalu dipandunya dengan agak laju. Dia menuju ke rumahnya dalam keadaan letih.

&&&

"Macam mana? Best tak dapat keluar dengan mama hari ni?"

Alice memandang wajah anaknya yang sedang makan aiskrim. Tak comot memang tak sah. Alice mengangkat anaknya duduk di bangku. Nak naik sendiri tak sampai.

"best. Dah lama Jae tak keluar dengan mama. Kalaulah papa tak ceraikan mama. Mesti takkan jadi macam ni."

Kata Jaemin sedikit sedih.

"hey, kenapa cakap macam tu. Jae tu kecil lagi. Mana tahu apa-apa."

Alice cuba untuk menyedapkan Jaemin. Dia tahu jaemin sedih dengan keadaan sekarang ni. Dia pun sedih juga.

"mama tak payah nak sedapkan hati Jae ni. Walaupun Jae ni budak, tapi Jae tahu maksud cerai tu apa."

Jaemin memandang wajah mamanya. Aiskrim tadi sudah habis dimakannya. Alice terkejut dengan apa yang Jaemin ujar tadi. Budak ni baru umur 4 tahun. Takkan dah pandai.

" Jaemin cakap apa ni. Mama tak ajar tau anak mama cakap benda macam ni. Cakap siapa yang ajar jaemin macam ni."

Alice memegang kedua belah bahu kecil milik Jaemin.

"papa yang ajar."

Spontan Jaemin berkata. Alice terkejut dan menggeleng kepala. Sanggup dia ajar Jaemin hal-hal sebegitu.

"mama, Jae nak tinggal dengan mama boleh. Jae tak nak tinggal dengan papa. Papa jahat. Papa dah tak sayang kat Jae lagi."

"apa kamu cakap ni. Papa tu papa kandung Jae. Takkan papa tak sayang kat Jae pula."

Alice mengangkat Jaemin duduk di atas ribanya bertentangan dengannya.

"mama pun mama kandung Jae. Takkan tak boleh tinggal dengan mama?"

Balas Jaemin. Makin bijak pula budak ni. Alice melepaskan keluhan.

"yelah, nanti mama minta kat papa yang Jae nak tinggal dengan mama, Okey."

"yeay."

Jaemin terus memeluk mamanya.

&&&
.
.
.
.
.
.
.
.
TBC

only uWhere stories live. Discover now