22

15 11 0
                                    

Jungkook ingin masuk ke dalam gudang itu tapi disekat oleh Taehyung.

"Kau nak pergi mana ni?"

"Aku nak pergi selamatkan bini aku la"

Bentak Jungkook separa berbisik pada Taehyung. Pantang betul bila ada orang menghalangnya.

"pembetulan, bekas isteri."

Jungkook mahu bersuara tapi Namjoon mencelah.

"sampai bila korang nak bargaduh, hah? Tahu tak sekarang ni kita kat depan penjahat."

Marah Namjoon . Matanya fokus ke arah beberapa penjahat yang mengawal. Jungkook dan Taehyung saling menjeling lalu memandang semula ke depan.

"Aku dengan Namjoon akan tarik perhatian penjahat tu. Kau pergi selamatkan Alice."

Arah Taehyung membuat rancangannta sendiri. Nampaknya Namjoon dan Jungkook bersetuju.

&&&

Wajah Alice yang lena tidur itu disimbahi dengan sebaldi air. Alice terus tersedar sambil mengambil nafas panjang. Dia memerhati keadaan sekeliling. Sangat gelap tapi bilik itu penuh dengan cahaya samar-samar.

Suga tersenyum sinis. Kerusi ditariknya dan meletakkan di hadapan Alice. Terus dia duduk.

"Kau ni boleh tahan cantik juga. Patutlah Jungkook tertarik dengan kau."

Ujarnya sambil matanya memerhati wajah mulus Alice.

"Kau siapa, hah? Apa yang kau nak!!"

Tengking Alice sambil menangis. Dia cuba meronta untuk lepaskan dirinya dari ikatan itu. Namun tidak boleh. Ikatannya terlalu ketat.

"Apa yang aku nak? Simple. Aku nak bunuh korang semua."

Suga bangun dari kerusi dan membelakangi Alice. Rambut Alice dicengkam kuat sambil menariknya. Alice mengaduh sakit. Disepak kerusi yang diduduki oleh Alice. Menyebabkan Alice terjatuh sekali dengan kerusi itu. Kepalanya terhantuk di lantai.

Alice sudah mengalir air mata dengan laju. Kepalanya terasa sakit dan berdenyut. Tubuhnya sangat longlai.

"Aku akan bunuh korang dengan perlahan-lahan."

Suga ketawa sinis memandang dingin pada Alice yang baring di lantai.

"kk-kenapa?"

Alice cuba bersuara wlauapun keadaannya sangat lemah. Suga mencebik dengan sinis.

"Kau nak tahu?kalau Jungkook tak bunuh abang aku, aku takkan jadi macam ni lah. Aku akan bunuh orang yang berada di sekeliling dia."

Nada Suga berubah kepada nada mendatar. Suaranya makin sayu.

"Aku sayang abang aku. Aku sanggup buat apa saja untuk dia. Dan kau, aku akan bunuh kau dulu. Aku nak tengok kesengsaraan Jungkook macam mana aku sengsara dulu."

Sambungnya lagi dengan sayu plus tinggi.

"Aku tahu Jungkook akan datang. Jadi aku akan bunuh kau depan mata dia."

Tawanya bergema di ruang gelap itu. Tangannya mencengkam rambut Alice.

"SUGA!!"

Jungkook menendang kuat pintu ruang itu. Sampaikan pintu itu melayang jauh. Suga yang mencengkam rambut Alice hanya tersenyum sinis. Dia mengangkat wajah Alice untuk melihat Jungkook.

"Jj-jungkook."

Ujar Alice perlahan.

"Kau lepaskan Alice sekarang!"

only uWhere stories live. Discover now