7

18 13 0
                                    

Suit yang tersarung elok di badannya dibetulkan supaya nampak kemas. Seokjin membuka langkah besar supaya cepat sampai. Dia berhenti tepat depan Suga.

"ada apa kau nak jumpa?"

Ujar Seokjin dengan malas.

Suga berpaling. Bibirnya dicebik melihat Seokjin.

"Aku nak korang stop belasah orang-orang aku. Kalau kau still juga, aku tak teragak-agak untuk serbu tempat korang."

Bentak Suga dengan tenang.

"Kalau orang kau tak kacau tempat kitorang, memang taklah kitorang nak belasah orang kau. Lain kali nasihat orang kau supaya tak kacau tempat orang lain."

Suga tersenyum sinis dengan kata-kata Seokjin. Suga bangun dari kerusi. Dia mendekatkan wajahnya di cuping telinga Seokjin.

" sekali lagi aku dengar orang aku kena belasah, anak bini Jungkook aku bunuh. "

Bisik Suga dengan nada sinis. Seokjin mengepal tangannya. Geram dengan Suga. Kalau boleh dia nak tumbuk je muka Suga ni. Tapi apakan daya, dia seorang lawan sekumpulan lagi orang-orang Suga. Seokjin tak bawa orangnya masuk sekali dalam gua Suga.

" Aku dengar diorang dah bercerai. Lagi mudah untuk aku buat kerja."

Tambahnya lagi dengan tawa sinis. Dia kembali duduk di tempatnya tadi. Seokjin keluar dari situ dalam keadaan marah.

&&&

"ada apa awak nak jumpa saya?"

Alice terus memecut langkahnya. Tidak mahu dia nak berjalan beriring dengan Jungkook.

"Aku nak bincang sesuatu. Tapi sebelum tu aku nak kau teman aku makan."

Kata Jungkook yang berada di belakang Alice. Alice berhenti berjalan. Dia berpaling ke belakang menghadap Jungkook. Wajahnya sangat berang sangat.

"awak nak apa sebenarnya ni. Tahu tak yang saya tengah sibuk sekarang ni. Awak boleh je cakap dalam telefon kan. Awak sendiri yang kata awak tak nak tengok muka saya."

Bentak Alice. Wajah Jungkook masih tenang walau dimarahi oleh Alice.

"noona."

Sapa seseorang dari belakang membuatkan Alice berpaling. Wajah yang marah tadi bertukar jadi ceria.

"Taehyung. Tae buat apa kat sini."

Tanya Alice sopan. Disertakan dengan senyuman yang manis.

"Tae nak jumpa kawan. Ni mesti Jungkook hyung kan?"

Taehyung menghulurkan tangannya. Ingin berjabat tangan dengan Jungkook. Namun Jungkook menghiraukan. Alice mencuit lengan Jungkook tanda menyuruhnya berjabat dengan Taehyung. Dia menghulurkan tangannya sambil menggulingkan matanya.

" tak payah panggil aku hyung. Jungkook je."

Balas Jungkook acuh tak acuh.

"erm, Tae pergi dululah noona. Anyeong."

Taehyung lesap dari situ.

"cepatlah cakap. Saya sibuk ni."

Alice berbicara semula.

"baby, sorry I lambat. Dah lama ke you tunggu?"

Satu sapaan gedik datang dari tepi. Siapa lagi yang kacau ni. Terus gadis itu memeluk lengan Jungkook. Jungkook tergamam. Wajah Alice juga terkejut namun hanya sementara saja. Jungkook cuba untuk melepaskan tapi pelukannya sangat kuat. Dah digam kut.

"sorry terkacau drama pukul tujuh pula. Saya balik dulu, ya."

Alice meminta diri untuk pergi. Malas hendak melihat aksi yang entah apa-apa. Perempuan itu hanya tersenyum sinis saja.

"apa you buat ni."

Jungkook menepis kasar lengan Mina. Mina menghentak kaki tanda protes.

"siapa perempuan tu."

"bekas isteri I."

"nama bekas isteri pun masih nak terhegeh kat you."

Spontan keluar dari mulut Mina. Jungkook hanya membiarkan saja Mina berkata begitu. Entah mengapa?

&&&

Seokjin masuk ke dalam bilik Jungkook. Kelihatan Jungkook sedang berehat. Kerusi di depan Jungkook, dia tarik lalu duduk.

" kau ada jumpa Alice tak?"

Soal Seokjin tiba.

"ada. Baru je." balas Jungkook tak acuh.

"Jaemin sekarang ni dia kat mana?"

Soalnya lagi.

"kat sekolah lah. Tak yang kau ni kenapa tiba-tiba je tanya pasal anak aku ni."

Ujar Jungkook mula agresif. Pelik betul dengan Seokjin seorang ni.

"tadi aku jumpa Suga. Macam biasa. Lepas tu dia ada ugut sikit."

Terang Seokjin perlahan-lahan.

"ugut? Dia ugut apa?"

Tanya jungkook berminat.

"Alice dengan Jaemin."

"maksud kau?"

Tanya Jungkook sedikit blank. Masih keliru dengan ayat Seokjin.

"maksud aku kalau kita belasah orang dia atau rosakkan perniagaan dia, dia akan bunuh Jaemin dan Alice. Satu lagi, dia tahu yang kau dengan Alice dah bercerai. Maksudnya, lagi senang dia nak buat kerja. Faham?"

Jelas Seokjin panjang. Jungkook terkejut. Dia kebuntuan.

" sial lah mamat ni. Apa yang dia tak puas hati lagi dengan aku ni. Aku dah tarik diri kan dalam kegiatan tu buat sementara waktu ni. Apa yang dia nak lagi!! "

Tegas Jungkook berkata. Tangannya menghempuk meja dengan kuat. Seokjin terdiam.

"Kau suruh orang kita awasi Alice. Pasal Jaemin kau jangan risau."

Jungkook memberi arahan.

&&&
.
.
.
.
.

only uWhere stories live. Discover now