5

23 14 0
                                    

"papa tak marah ke Jae jumpa mama ni."

Pinta Alice sambil memandang kiri kanan. Ingin melihat Jungkook ada atau tidak.

"tak. Papa yang benarkan. Mama, duduk situ."

Jae menunjuk ke arah bangku kosong. Alice membawa Jae duduk di situ. Tidak lupa juga untuk mengangkatnya.

"mama, kalau Jae suruh mama kahwin dengan papa semula boleh."

Jaemin memandang Alice dengan mata yang membulat. Dia berharap sangat yang Alice setuju dengan cadangannya.

"kenapa Jae cakap macam ni. Sayang, dengar sini. Mama takkan kahwin semula dengan papa. Tapi tak bermakna mama tak boleh jumpa Jae lagi. Mama sayang Jae tau."

Alice mencubit pipi montel milik Jae itu. Comel.

"tapi, Jae nak kita bersama macam dulu. Jae tak nak mama dengan papa terpisah."

Ucap Jae dengan bibir bawahnya dicebik.

"Jae janganlah risau. Walaupun mama dengan papa berpisah, Jae tetap kena bahagia. Mama akan selalu buat Jae bahagia. Dah, jangan cakap benda macam ni lagi. Mama tak suka."

Alice mengeratkan lagi pelukan itu. Air matanya jatuh secara tiba-tiba.

"ehem."

Sebaik sampai di situ, Jungkook pura-pura berdehem melihat drama ibu dan anak.

"dah siap berdrama?"

Kata Jungkook dingin. Sebenarnya dalam hati dia gembira melihat si anak dan ibu itu. Namun, dia terpaksa dingin dengan Alice.

"maaflah kalau awak terpaksa tengok drama tak berbayar kat sini. Lagipun tak ada sesiapa pun yang suruh awak tengok, kan?"

Ujar Alice pahit tanpa melihat wajah dingin Jungkook itu. Makin bertambah benci Alice dibuatnya. Dia mengangkat Jaemin turun dari bangku.

" papa, jom pergi makan aiskrim dengan Jae dan mama? "

Jaemin mengheret tangan Jungkook dengan tangan kiri miliknya. Tangan kanannya sudah dipegang oleh Alice.

"boleh sayang."

Jungkook hanya akur saja dengan ajakan anaknya itu. Alice menjeling ke arah Jungkook sebelum wajahnya menunduk memandang Jaemin.

"sayang, mama tak boleh pergi. Jae pergi dengan papa sajalah. Maaf tau mama tak boleh nak teman Jae. Mama ada hal nak selesaikan."

Pinta Alice dengan suara pujukan. Wajah Jaemin sudah mencebik sebab tidak dapat meluangkan masa bersama. Sebenarnya Alice malas hendak keluar bersama dengan orang yang bernama Jungkook itu.

"Kau tu dah lama tak luang masa dengan Jae. Lepas tu kau pentingkan hal kerja daripada anak sendiri. Mak jenis apa kau ni."

Balas Jungkook dingin. Sungguh Alice sakit hati dengan jungkook. Perasaan cintanya terhadap Jungkook itu sudah hilang entah ke mana. Yang ada sekarang ini hanya BENCI.

" Okey, kita pergi makan aiskrim, ya."

"yeay!"

Jaemin terlompat-lompat apabila Alice setuju untuk keluar bersama.

Jaemin, Jungkook dan Alice tiba di satu kedai aiskrim. Jaemin kalau sehari tak makan aiskrim memang tak boleh. Dah berbuih mulut Alice melarangnya, tapi dia kalah setiap kali Jaemin membuat muka comelnya. Sebiji macam papanya. Eh--

"mama, papa. Jae nak pergi tandas kejap."

Jae memusingkan badannya untuk turun dari kerusi yang agak tinggi sedikit.

"jom, mama temankan."

"eh, tak payah la. Jae boleh pergi sendiri."

"Macam mana kamu boleh pergi sendiri?Jae tu kecil lagi. Bahaya."

"tak apa. Jae pandai jaga diri. Jae kan ada tali pinggang."

Jaemin pergi meninggalkan Alice dan Jungkook seorang diri. Jaemin memang sudah dihantar oleh Jungkook dari kecil lagi untuk belajar seni pertahankan diri.

Alice dan Jungkook hanya diam. Sepi saja. Terasa janggal di situ bila tiada Jaemin. Selalunya anak itu yang memecahkan kesepian di situ.

"saya nak awak berhenti uruskan kegiatan haram tu."

Alice mula berbicara. Jungkook memandang Alice tenang.

"demi keselamatan anak saya."

Sambungnya lagi.

"pembetulan. Jae tu anak aku juga."

Jungkook bersuara setelah lama mendiamkan diri.

"Kalau betullah awak mengaku Jae tu anak awak, saya nak awak berhenti."

Cepat sahaja Alice barkata. Selama ini dia diam dan sokong saja apa yang Jungkook buat. Tapi anaknya semakin membesar. Dia tak nak anaknya diancam atau menjadi waris untuk hal itu.

" Kau ingat senang ke nak berhenti macam tu je setelah sekian lama uruskan kegiatan tu."

"then, awak suruh lah kawan-kawan awak yang uruskan. Saya tak nak disebabkan kerja haram awak tu, anak saya terkorban."

"mama?"

Panggil jae yang melihat mama dan papanya sedang bergaduh. Namanya tersenyum nipis sambil memegang bahu jaemin.

"sayang, mama kena balik dulu. Nanti esok mama jemput Jae, ya."

Sebelum pergi, Alice mencium kedua belah pipi montel Jaemin. Jungkook sudah terdiam.

&&&

"Kai, aku nak tahu pasal Jungkook."

Suga duduk di atas kerusi sambil kakinya meletak di atas meja. Kepalanya di sandarkan.

"bos nak tahu yang mana satu."

Ujarnya seperti banyak cerita tentang Jungkook di tangannya.

"Aku nak tahu pasal ahli keluarganya."

"erm, pasal yang tu. Apa yang saya tahu, Jungkook dan isterinya, Alice sudah bercerai sebulan yang lepas. Atas dasar apa saya tak tahu. Dan anaknya sekarang ni tinggal bersama dengan Jungkook. Satu lagi, Jungkook langsung tak memberi Alice jumpa dengan anaknya."

Jelas Kai secara detail. Entah dari mana dia ambil information yang Jungkook sendiri pun tidak pasti.

" bagus. Kalau aku kacau keluarga dia, mesti lagi seronok, kan? Atau bunuh? "

Hilaian ketawa yang garang itu bergema di ruangan bilik. Kai turut tersenyum sinis.

&&&

"Macam mana?"

Tanya Jungkook sebaik sahaja masuk ke dalam bilik Jaemin.

"Macam mana apa, papa? Tiberr la papa ni."

Jaemin ketawa terbahak-bahak. Dia yang hendak tidur tadi terbantut dengan soalan tiberr papanya itu.

"ish, Jaemin ni. Maksud papa, macam mana dengan mama? Dia setuju tak?"

Jungkook meribakan Jaemin di pahanya. Tidak sabar hendak mendengar dari mulut Jaemin ni. Memang dia masih sayangkan Alice itu.

"ohh, yang tu. Mama kata dia tak terfikir untuk kahwin kali yang kedua. Dia kata dia dah tawar hati dengan papa. Tapi mama still boleh jumpa Jae."

Ucap Jaemin seperti mana Alice kata. Dia pun tak faham apa yang mamanya kata. Jungkook tersenyum janggal.

Sampai hati awak cakap macam tu.

&&&
.
.
.
.
.
.
.
.
TBC

only uWhere stories live. Discover now