Tok tok
Diketuk pintu itu sebelum Jimin jatuh terduduk di hadapan pintu itu. Ya, pintu itu telah dikunci dari dalam.
"sampai bila chagi nak berkurung macam ni. Tak kesian kat yeobo ke. Dah tiga hari chagi tak keluar. Chagi keluar pun nak masak je lepas tu langsung tak jumpa yeobo."
Luah Jimin di sebalik pintu itu. Sedih.
"awak tipu saya."
Kata Yunji yang duduk di balik pintu juga. Mereka saling bercakap dibalik pintu yang terkunci itu.
"apa yang saya tipu? Betul la apa yang saya cakap yang dalam hati saya cuma ada awak dan eomma saya je."
Jimin cuba mengulangi apa yang dia kata hari itu. Apa Yunji tak faham sampai merajuk macam ni?
"saya tak percayakan awak. Saya nak minta cerai."
"apa chagi cakap ni. Kita baru sebulan lebih kahwin. Keluarlah. Siapa nak cakap dengan saya kalau bukan awak. Takkan ahjumma yang duduk kat tepi rumah kita ni."
Luahnya lagi. Makin sedih pulak.
"apa? Dengan ahjumma kat tepi rumah pun awak nak ajak berbual. Awak memang tak sayangkan saya, kan?
Tangisan yang tergantung itu akhirnya jatuh jua di pipi.
" apa chagi cakap ni? Yeobo sayang chagi seorang je. Mana ada orang lain. "
Cepat-cepat Jimin membetulkan ayatnya.
Ting tong
Dengan pantas Jimin bangun dan berlari ke arah pintu rumahnya. Sebaik sahaja pintu dibuka, dia mengheret lengan Alice untuk masuk.
" apa yang penting sangat kau suruh aku datang ni. Siap tarik tangan lagi ni. Satu lagi, mana Yunji? Aku tak nampak pun."
Alice melihat sekeliling rumah mencari kelibat Yunji, namun hampa.
"Kau diam boleh tak? Biar aku yang bercakap. Sekarang boleh atau tak kau tolong aku?"
Rayu Jimin.
"tolong apa?"
"tolong aku pujuk Yunji. Dah tiga hari dia tak keluar bilik. Dan tiga hari tu juga la dia tak berbual langsung dengan aku."
Alice seakan terkejut. Apa dah jadi sebenarnya?
"kau buat apa sampai dia merajuk sampai macam tu sekali?"
Tanya Alice. Risau juga dengan kawannya seorang ni. Baru je sebulan lebih kahwin dah jadi macam ni.
"ish, aku tak ada masa la nak cerita. Yang penting sekarang ni boleh ke tak?"
Jimin menggepal kedua tangan Alice meminta rayuan.
"mana Yunji sekarang?"
"dalam bilik. Dia tak nak keluar langsung."
Alice menuju ke arah bilik yang Jimin maksudkan tadi. Manakala Jimin pergi ke dapur untuk membuat air.
Alice keluar dari bilik itu dengan sengehan. Jimin yang bermundar-mandir itu terus mendapatkan Alice.
"Macam mana?"
Alice dibiarkan saja soalan itu tergendala. Yunji keluar dari bilik itu dengan perlahan. Wajahnya hanya menunduk.
"yeobo."
Panggilnya. Jimin terus memeluk Yunji. Tangan Yunji dipegangnya erat.
"maafkan chagi tau. Chagi tahu chagi ter'over. Chagi sayangkan yeobo."
YOU ARE READING
only u
Fanfiction> new fanfic about jungkook. < jeon jungkook , seorang duda anak 1 dan sudah 2 tahun dia bercerai dengan isteri yang paling dia sayang. Ya , dia juga mahu bersama dengan Alice semula tetapi kerana ego menguasai diri , sanggup dia hampir mempertaruhk...