Alice tertidur di samping Jaemin. Mukanya kelihatan pucat kerana penat menjaga dan merawat Jaemin seharian. Ditambah pula dengan mata bengkak kerana menangis. Mujurlah dia ada Yunji yang sudi menolongnya menghantar Mingi pulang ke rumah.
Jaemin pun sudah lena dibuai mimpi selepas diulik oleh Alice. Memang dia tidak berhenti menangis dari tadi. Mujur Alice pandai memujuknya.
Pagi kian menjelma. Jungkook membuka perlahan pintu bilik Jaemin dan merapati Alice dan Jaemin yang lena tidur. Ubun rambut Alice diusap perlahan. Dan dahi licin Jaemin dicium.
"maafkan papa sayang. Papa tak sengaja."
Ucapnya perlahan di cuping telinga Jaemin. Dia menatap sayu wajah Alice sebelum beredar dari situ.
&&&
"Kau kat mana tu"
Soal Suga menunggu airnya tiba. Badannya di sandarkan di kerusi.
"saya masih kat depan rumah dia. Cuma... saya rasa dia tak ada kat rumah."
Ujar Kai perlahan-lahan. Takut kena marah.
"maksud kau?"
"saya rasa dia dah perasan ada orang ikut dia. Sebab tu dia tak muncul. Rumah dia pun macam gelap je."
Jelasnya lagi sambil memerhati keadaan rumah di hadapannya. Memang gelap gelita.
"Aku tahu dia kat mana?"
Ujar Suga di talian dengan nada mendatar.
"kat mana?"
Kai mengerutkan dahi walaupun Suga tidak nampak. Telefon bertukar dari kanan ke kiri.
"rumah Jungkook. Aku pasti dia tinggal rumah Jungkook. Dan aku tahu pasti Jungkook memaksanya."
Sinis Suga berkata. Dia terdengar yang Kai menarik nafas terkejut di talian.
"biar kebenaran bos. Saya akan ke sana untuk melihat. Bos kat mana sekarang ni."
Sopan saja dia bertanya. Mana tahu Suga berada di luar, boleh belanja dia minum.
"Aku kat Cafe. Bye."
Terus Suga meletakkan panggilan. Malas dia nak mendengar suara Kai. Mesti budak hingus an itu akan menyuruhnya belanja air.
Seorang gadis datang membawa air. Air yang dipesan oleh Suga. Diletakkan air itu di meja dengan sopan. Suga bangun dengan pantas. Mukanya jelas menunjukkan dia sedang marah.
"Kau pandai buat air ke tak, hah? Mana bos kau, aku nak jumpa. Dahla lambat hantar air. Cancel!"
Tengking Suga pada pekerja wanita itu dengan lantang. Semua pekerja dan pelanggan memandang ke arah mereka. Pekerja wanita itu menunduk meminta maaf.
Suga keluar dari cafe itu dengan marah. Rahangnya asyik bergerak mengatakan sesuatu. Kepalanya kusut. Memikirkan hal Jungkook dan kerja haramnya.
"Kalau kau boleh bunuh abang aku, aku pun boleh bunuh anak dengan bekas bini kau kan?"
&&&
Alice meletakkan mangkuk kecil di atas dulang. Kemudian dia menceduk sedikit bubur dan masukkan ke dalam mangkuk tersebut. Baru sahaja dia ingin memusingkan badannya, ada sesuatu yang melingkar pinggangnya. Pantas dia mengundur sedikit.
"Alice, aku nak minta maaf pasal semalam."
Ujar Jungkook. Matanya asyik memandang Alice yang menunduk. Alice meng'em'kan saja. Alice memegang kemas dulang di tangannya. Takut terjatuh nanti.
YOU ARE READING
only u
Fanfiction> new fanfic about jungkook. < jeon jungkook , seorang duda anak 1 dan sudah 2 tahun dia bercerai dengan isteri yang paling dia sayang. Ya , dia juga mahu bersama dengan Alice semula tetapi kerana ego menguasai diri , sanggup dia hampir mempertaruhk...