4

27 16 25
                                    

Alice meletak kenderaannya di simpang jalan rumah jungkook. Hanya beberapa langkah saja ingin tuju ke rumah Jungkook. Alice malas hendak meletak kenderaan di hadapan rumah.

Dia tahu Jungkook sudah keluar. Mesti anaknya berada di dalam. Dia rindu sangat dengan anaknya walaupun beberapa hari lalu berjumpa.

Dia menekan loceng rumah berkali-kali. Keluar seorang wanita yang memakai ala bibik. Pintu pagar kecil dibuka.

"Jaemin ada di dalam?"

Soalnya.bibik itu hanya mengangguk.

"saya nak jumpa dia boleh tak."

"maaf, puan. Tapi saya tak boleh langgar arahan tuan. Nanti tuan marah saya."

Ujar bibik itu serba salah.

"saya nak jumpa dia sekejap saja. Lagipun tuan awak tak ada kan kat rumah."

Rayu Alice. Lantak dia lah mahu buat apa. Yang penting dia mahu jumpa dengan anaknya juga.

"Kau buat apa kat sini?"

Sergah Jungkook dari belakang. Entah dari mana muncul Alice tidak tahu. Tapi bukan ke dia dah keluar ke tadi? Alice terhincut dengan sergahan itu. Bibik itu hanya tunduk hormat dan berlalu pergi.

"sekali lagi aku tanya kau buat apa kat sini?"

Dingin sahaja Jungkook berkata.

"saya nak ambil anak saya. Saya tak kisah awak nak kata apa sekali pun, awak nak larang ke apa,saya tetap nak ambil anak saya."

Alice melangkah masuk menghiraukan Jungkook. Baru empat langkah, Jungkook pegang tangannya dengan kuat sambil memalingkan badan Alice menghadapnya.

"Kalau kau berani buat, aku cium kau."

Jungkook mendekatkan wajahnya. Hanya tiga inci saja lagi. Alice menetap bibir. Terus dia menampar jungkook.

"berani awak cakap macam tu setelah apa yang awak buat."

Tengking Alice.

"mama"

Teriakan dari si kecil membuatkan Alice dan Jungkook berpaling. Lantas Jaemin memeluk mamanya. Alice membalas pelukan tersebut.

"mama rindu dengan Jae."

Pelukan hangat itu dilepaskan.

"Jae pun rindu dengan mama. Mama, jom keluar jalan-jalan."

Ajaknya dengan wajah ceria. Alice hanya mampu angguk saja.

"Jae pergi tukar baju dulu,ya."

Jae hanya akur dan pergi ke biliknya.

"Aku tak izinkan kau bawa Jae."

Jungkook bersuara. Dia membetulkan kolar bajunya.

"apa yang awak marah sangat sampai tak benarkan saya jumpa Jae? Dia tu anak saya juga bukan anak awak seorang."

Lirih Alice bercakap. Sudah penat ingin berbalah mulut. Setiap kali jumpa, mesti gaduh pasal anak.

"memang dia anak kau juga tapi aku tak nak dia tahu yang mama dia ada scandal."

Bidas Jungkook tajam. Dia main lepas saja bercakap.

"Jungkook! Saya tak sangka awak macam ni. Saya kecewa kenal awak. Jungkook yang saya kenal bukan macam ni."

Mata Alice bertakung dengan air mata sambil menggelengkan kepalanya beberapa kali.

"mama, Jae dah siap."

only uWhere stories live. Discover now