24

14 12 0
                                    

Alice tersedar dari lenanya. Tangan kanannya mengangkat ke arah kepalanya yang masih terasa sakit. Nampak seperti kepalanya seperti sudah berbalut.

"Jungkook."

Hanya itu yang keluar dari mulutnya. Badannya cuba untuk bangun namun tidak berdaya. Kepalanya sangat berat. Seorang misi datang untuk memeriksa imbasan Alice. Dia hanya senyum pada Alice.

"misi, boleh saya tahu pesakit Jeon Jungkook di mana?"

Soalnya ingin tahu. Dia berharap sangat tiada apa yang berlaku pada Jungkook.

"ouh, dia ada di katil sebelah puan. Baru sahaja lepas masuk icu."

Terangnya. Sebaik sahaja selesai tugasnya, dia keluar dari situ. Alice menyelak langsir di tepi katilnya. Jarak antara katil Jungkook tidaklah jauh mana. Hanya satu atau dua meter saja.

Kelihatan Jungkook masih lagi tidak sedarkan diri. Alice mengeluh kecil sebelum dia menutup semula langsir itu. Dia berbaring menghadap dinding. Cuba berfikir hal yang terjadi padanya. Dia tidak berapa ingat kejadian itu. Yang dia ingat hanyalah Jungkook ditembak kali kedua.

&&&

"kita jalan depan sikit dah sampai, okey."

Kata Yunji menunjuk arah. Jaemin sudah tidak sabar ingin berjumpa dengan mama dan papanya.

"aunty, mana uncle Jimin?"

Soal Mingi baru sedar yang Jimin tiada bersamanya.

"uncle Jimin ada hal nak selesaikan dengan uncle Tae. Sekejap lagi diorang datang semula. Dah, jom."

Yunji memimpin tangan Mingi dan Jaemin. Bilik dimana tempat Alice dan Jungkook ditempatkan, mereka bertiga masuk. Kelihatan Alice sudah sedar sepenuhnya.

"mama!"

Terpa Jaemin ke katil Alice. Dipanjat katil Alice yang tinggi darinya dengan bersungguh-sungguh. Badan Alice menjadi mangsa pelukannya.

"anak mama okey? "

Alice mencium dahi Jaemin dan melepaskan pelukannya. Sungguh dia takut sekiranya waktu itu Jaemin juga berada di rumah. Biarlah dia seorang saja yang kena culik asalkan bukan anaknya.

"Jae okey. Mama kenapa masuk hospital?"

Soal Jaemin kehairanan. Tiba-tiba sahaja dia diberitahu Alice dan Jungkook masuk hospital. Mana tak risau. Alice terdiam memandang sayu wajah mulus Jaemin. Kemudian matanya beralih ke arah Mingi.

"Mingi, kamu okey tak?"

Matanya masih lagi memandang Mingi yang diam dari tadi. Soalan Jaemin dibiarkan sahaja. Mingi cuba untuk mengangguk pelan dan tersenyum ke arah Alice.

"mama, papa mana?"

"papa? Papa ada kat sebelah mama."

Yunji tergamam. Tangannya menepuk lengan Alice membuatkan Alice mengaduh sakit.

"Kau biar betul? Aku tak salah dengar, kan?"

"mana ada. Maksud aku, sebelah katil aku ni. Jae pergi selak langsir tu."

Ujarnya sambil menyuruh Jaemin. Jaemin turun daripada katil Alice dan menyelak kain langsir yang menyekat antara katil Jungkook dan Alice. Jaemin memandang Jungkook dengan sayu.

only uWhere stories live. Discover now