14

16 13 0
                                    

"bubu, Jae nak susu boleh."

Panggil Jaemin pada bibik yang bekerja di situ. Sebenarnya hanya seorang sahaja bibik yang bekerja di situ. Dia yang mengurus Jaemin dan memasak.

"ok. Jae pergi duduk kat kuar dulu sementara bubu buatkan susu untuk Jae. Jae tunggu papa balik."

Suruh bubu. Terus sahaja dia masuk ke dapur dan membuatkan susu buat Jaemin. Jaemin sudah pergi ke tuang tamu. Sambil menunggu susunya tiba, dia mengintai di luar jendela melihat salji turun.

Dia melihat sebuah kereta hitam berhenti tepat di depan rumahnya. Dan dia mencapak satu tubuh yang amat dia kenal.

"papa."

Itu yang keluar dari mulutnya.

"BUBU!! PAPA DAH MATI!"

Laungnya sekuat hati membuat bubu yang berada di dapur berlari ke ruang tamu. Dia mengikut langkah Jaemin yang tergesa-gesa keluar dari rumah.

"tuan Jeon! Apa dah jadi ni."

Dengan gelisah dia menghubungi seseorang. Dia memapah Jungkook untuk masuk ke dalam. Jaemin juga turut membantunya. Mujur Jungkook sedar tak sedar.

Selepas menidurkan Jaemin, dia turun semula ke bawah untuk melihat Jungkook. Resah dibuatnya. Tadi pun dia puas memujuk Jaemin supaya tidur. Akhirnya Jaemin tertidur juga.

Tok tok

Bubu terus membuka pintu sebaik sahaja bunyi ketukan itu.

"tuan, tuan Jungkook ada kat dalam."

Gelisah dia berkata. Mana taknya, majikannya kena pukul teruk kut.

Seokjin terus mendapatkan Jungkook yang masih berbaring di sofa. Dituruti bubu dari belakang.

"Macam mana boleh jadi macam ni."

Tanya Seokjin.

"saya pun tak tahu. Tadi waktu saya buat susu kat Jaemin, dia terus menjerit panggil saya. Dia kata dia nampak sebuah kereta hitam yang campak tuan Jungkook. Saya pun tak pasti."

Jelas bubu resah.

"kereta hitam? Tak apa, awak boleh lah pergi tidur. Biar saya yang jaga Jungkook kat sini. Dah lewat ni."

Suruh Seokjin. Bubu hanya mengangguk dan pergi menuju ke biliknya.

&&&

Alice turun dari kereta dengan senyuman lebar. Hari ini dia cuti. Jadi dia hendak membawa Jaemin keluar jalan-jalan bersamanya. Dia menunggu Jaemin sehingga kelas Jaemin habis. Dia melihat pelajar di kelas Jaemin keluar berpusu-pusu.

"puan tunggu Jaemin ke?"

Sapa salah seorang cikgu di situ. Alice mengangguk perlahan. Pelik. Selalunya Jaemin sudah berlari keluar dari tadika itu. Tapi hari ni lambat pula.

"Jaemin tak datang hari ni. Dia demam."

"demam? Tak apa la. Terima kasih."

Dahinya dikerutkan. Anaknya demam tapi dia langsung tidak tahu. Alice bertembung dengan Mingi.

"Min balik dengan siapa? Jom, aunty tumpangkan."

Sapa Alice sopan. Mingi hanya mengangguk. Terus kereta Alice meluncur pergi dari situ.

"aunty, lepas hantar Min balik, boleh tak aunty bawa Min jumpa Jae."

only uWhere stories live. Discover now