Jaemin duduk di bangku sambil termenung jauh. Tidak lupa juga untuk menggoyangkan kaki pendeknya sambil dia bermain dengan tangan kecil molek itu. Bibirnya dicebik apabila dia memerhati sesetengah rakannya bergembira apabila dijemput oleh kedua ibu bapanya. Dia mengeluh kecil.
"Kenapa papa lambat?"
Soalnya pada diri sendiri dengan nada perlahan. Mukanya menunduk memandang tangannya. Dia faham Jungkook selalu sibuk tetapi Jungkook jugalah yang setia mengambil dan menghantarnya ke sekolah walaupun sibuk.
"papa Jae tak datang lagi?"
Soal seorang budak lelaki yang sama umur dengannya. Dia turut duduk di samping Jaemin.
"tak. Kenapa Min tak balik lagi?"
Soal Jaemin pula. Dia berhenti bermain dengan tangannya. Wajahnya kini menatap budak lelaki yang bernama Mingi itu.
"erm, Min...tak nak balik lagi."
Balas Mingi sedikit gugup. Jaemin mengerti dahi.
"Kenapa?"
"sebab...saja."
Balas Mingi dengan senyuman palsu. Wajahnya berubah muram tetapi sedikit mengawalnya. Jaemin perasan yang wajah Mingi berubah.
"Min ada sorok sesuatu ke?"
Dia memandang Mingi dengan mata yang membulat. Langsung tidak dikedipkan.
"Sebenarnya...Min tak nak pulang sebab...Min tak nak kena pukul. "
Jawabnya tersekat-sekat. Mujur Jaemin dapat menangkap ayat Mingi itu. Matanya mula bergenang. Sedih mengenangkan nasibnya.
"siapa yang pukul Min?"
"appa...Min."
Mulanya Jaemin terkejut dengan apa yang diberitahu Mingi. Mingi itu masih budak lagi. Sudah kena pukul dengan ayah kandungnya sendiri. Tapi apa kurangnya dia? Dia pun kena macam tu juga cuma berbeza sedikit. Jungkook hanya memarahinya dan mencengkam tangannya sedikit kasar. Itu saja.
Berbeza dengan budak si Mingi ini. Dia dipukul teruk oleh ayah kandungnya sendiri tanpa belas kasihan. Hanya bergantung hidup dengan ibu kandungnya sahaja. Setiap malam, siang, pagi atau tak kira bila, dia akan dipukul oleh ayahnya. Bukan dia sahaja, malah ibunya juga turut dipukul.
Jaemin mengusap perlahan belakang Mingi. Dia ingin bantu kawannya tetapi adakah Jungkook akan memberi keizinan? Lagipun dia masih budak kecil. Mungkin orang sekeliling akan kata 'budak kecil tak tahu apa-apa, jadi jangan nak menyibuk'. Lain dengan Jaemin. Dia adalah budak pintar yang pandai mencampuri urusan hal orang dewasa.
Jungkook akhirnya tiba di kawasan sekolah Jaemin. Dia sedikit lewat untuk datang. Sudah terbiasa buat diri Jaemin untuk menunggunya. Bukannya sehari dua tapi berhari-hari. Dalam seminggu, mungkin dua kali sahaja Jungkook datang awal.
Cepat dia keluar dari kereta mendekati dua orang budak yang duduk di bangku sedang melayan emo masing-masing.
"Kenapa ni?"
Soal Jungkook hairan. Dia duduk mencangkung memandang anaknya.
"ah, Jae papa awak dah datang. Saya pergi dulu."
Mingi terus meminta izin untuk pergi. Tapi di halang oleh Jaemin.
"papa, boleh tak kita pergi makan aiskrim dengan kawan Jae ni. Please papa kesian dia."
Jaemin membulatkan matanya memandang Jungkook. Tetiba matanya bersinar bak permata. CUTE. Jungkook mengeluh kecil dengan kecomelan anaknya. Dia mengangguk perlahan dengan segaris senyuman.
"lepas ni Jae dengan Min nak pergi mana lagi?"
Tanya Jungkook memandang dua budak yang sedang makan aiskrim.
"erm. Uncle. Boleh tak kalau lepas ni kita balik. Min takut appa Min marah."
Ujar Mingi dengan wajah menunduk. Tangannya yang licah memegang sudu kecil itu terus letak. Rasa tiada selera nak makan aiskrim.
Jungkook mengerut dahi. Tetiba je muram ni. Tadi bukan main gembira dia bersama dengan Jae. Jungkook memandang Jaemin yang hanya terdiam saja. Jungkook hanya mengangguk saja. Tak mahu dia bertanya.
"uncle, Min nak pergi tandas kejap."
Setelah lama berdiam diri, Mingi bersuara untuk pergi ke tandas.
"nak Jae temankan ke."
Soal Jaemin. Mingi menggeleng dan terus pergi ke tandas yang berhampiran dengan meja yang dia duduk. Bila bayangan Mingi menghilang, Jungkook terus mendekatkan wajahnya dengan jaemin yang ralit makan aiskrim.
"Min ada masalah kat sekolah ke?"
Jaemin menggeleng. Dia menyambung makan aiskrimnya yang tergendala dengan soalan Jungkook.
"habis tu dia ada masalah apa sampai muram macam tu?"
Soal Jungkook. Sekali lagi Jaemin berhenti makan aiskrim. Dia memandang Jungkook tidak puas hati.
"dia takut appa dia belasah dia. Sebab tu dia masam je. Appa dia selalu marah, pukul dia dengan eomma dia. Ada satu hari tu dia tak datang sekolah sebab sakit. Jae pun kesian tengok Min tu."
Terang Jaemin perlahan-lahan. Jungkook terkejut juga apa yang Jaemin cerita. Dia pun tak percaya yang budak kecil itu kena dera.
" Papa, apa kata kita tolong dia. Jae tak boleh lah tengok dia asyik kena pukul je. Datang sekolah pun buat-buat gembira. "
Ujar Jaemin sendu. Dia pun turut bersedih dengan apa yang terjadi pada Min. Jungkook terdiam seketika sebelum dia mengangguk perlahan.
&&&
Jungkook berhenti agak jauh sedikit dari rumah Mingi. Mereka bertiga keluar dari kereta sambil tangan Jaemin dan Mingi dipimpin oleh Jungkook. Di tangan kiri Mingi pula terdapat beberapa plastik yang dibeli oleh Jungkook. Mingi menolak daripada ambilnya namun Jaemin memaksa untuk menerimanya.
"terima kasih uncle, Jae sebab bawa Min pergi jalan - jalan hari ni. Min bersyukur sangat."
Ujar Mingi dengan gembira bila sampai saja di depan rumah. Jae memeluk Mingi lalu meminta diri.
Dum
Jungkook dan Jaemin yang hendak balik berpaling semula ke arah Mingi yang terkejut juga. Bunyinya agak kuat. Mingi memandang ke arah rumahnya sebelum dia berlari masuk ke dalam. Jungkook dan Jaemin turut masuk untuk melihat apa yang jadi.
"EOMMA!"
Mingi terus mendapatkan eommanya yang sudah terkulai jatuh akibat dari tolakan. Ditambah juga dengan kayu yang berada di atas badannya. Air mata Mingi laju keluar membasahi pipinya. Jungkook juga terkejut.
"sekarang ni baru kau nak balik? Kau tak ingat ke apa aku pesan. LEPAS SEKOLAH TERUS BALIK, JANGAN NAK MELENCONG SANA SINI! KAU DENGAN EOMMA KAU SAMA JE!!"
Lelaki yang mengamuk itu terus ingin menaikkan tangannya pada wajah Mingi yang sedang memeluk eommanya. Tapi dihalang oleh Jungkook. Ditumbuknya lelaki itu di perut, muka dan di tempat lain lagi dengan kuat sehingga lelaki itu pengsan.
Terus Jungkook mengeluarkan telefonnya untuk menghubungi polis. Sempat dia memandang wajah lelaki itu dengan sinis.
"tempat paling sesuai untuk kau adalah penjara.".
&&&
.
.
.
.
.
.
.
.
TBC
YOU ARE READING
only u
Fanfiction> new fanfic about jungkook. < jeon jungkook , seorang duda anak 1 dan sudah 2 tahun dia bercerai dengan isteri yang paling dia sayang. Ya , dia juga mahu bersama dengan Alice semula tetapi kerana ego menguasai diri , sanggup dia hampir mempertaruhk...