" korang dah balik. "
Soal Alice yang terserempak dengan Jungkook, Namjoon, Hoseok, Seokjin dan Jimin. Jungkook merapatkan dirinya dengan Alice. Pipi Alice dikucupnya beberapa saat. Alice menggeleng dengan tindakan Jungkook. Nasib sahaja makanan di tangannya tidak jauh. Terus sahaja dia meletakkan makanan itu di meja.
"wah! Korang masak apa ni. Ada party ke apa ni?"
Tanya Seokjin kagum melihat makanan banyak di hadapannya. Pantas sahaja dia duduk di kerusi. Hanya menunggu beberapa makanan yang lain.
"kitorang buat sempena korang semua dapat pangkat baru. Macam mana? Okey tak?"
Soal Alice ingin tahu. Dia sendiri pun tidak pandai menguruskan syarikat. Mana tahu lepas dengar, mungkin terselit sikit minat terhadap syarikat? Mana tahu?
"okey sangat. Aku baru first day masuk terus dapat pangkat tinggi."
Badannya bergerak ke arah meja makan lalu di duduknya di tepi Yunji yang ralit menyuapkan makanan pada anaknya. Diikuti dengan yang lain.
"Mingi, Jaemin, jom makan."
Laung Alice memanggil anaknya. Namun hanya Mingi seorang saja yang keluar.
"mana Jae?"
"dia pergi ambil bola kat luar."
Alice sekadar mengangguk sahaja. Mingi diangkat dan diletakkan di tepinya.
"anyeong."
Sapa Taehyung dari belakang. Semua berpaling ke arah Taehyung dengan mata berkelip-kelip.
"Tae, bila sampai?"
"dalam 3 jam lebih. Mian sebab tak bagi tahu awal-awal. Tae datang sini nak minta korang semua jumpa dengan seseorang."
Ucapnya dengan nada mendatar. Tetapi wajahnya nampak gembira. Semua yang berada di situ berkerut.
"seseorang? Siapa?"
Tanya Alice ragu-ragu. Taehyung baru sahaja ingin membuka mulut, Jaemin mencelah.
"mama, tengok Jae bawa siapa."
Jerit Jaemin lantang. Tangannya dipimpin oleh Suga dengan wajah tanpa perasaan. Semua yang berada di situ saling berpandangan dengan muka terkejut kecuali Taehyung.
"Jae, mari sini."
Panggil Jungkook tegas. Jaemin hanya akur. Dia mendekati Jungkook dengan muka dicebikkan.
"buat apa kau kat sini! Bukan kau sepatutnya duduk dalam penjara ke?"
Bentak Jungkook dengan nada marah. Disuruh Jaemin menyorok di belakangnya.
"Apa papa ni. Jangan la marahkan pakcik gula tu. Kesian dia. Dia datang sini nak jumpa dengan papa tau."
Balas Jaemin sedikit marah dengan Jungkook.
"Jae jangan menyampuk boleh."
"betul apa Jae kata. Jungkook, boleh tak kau lupakan hal dulu."
YOU ARE READING
only u
Fanfiction> new fanfic about jungkook. < jeon jungkook , seorang duda anak 1 dan sudah 2 tahun dia bercerai dengan isteri yang paling dia sayang. Ya , dia juga mahu bersama dengan Alice semula tetapi kerana ego menguasai diri , sanggup dia hampir mempertaruhk...