"Jae, malam ni Jae tidur dengan Min boleh?"
Suruh Alice perlahan-lahan. Dia takut Jaemin tidak setuju.
"yeay, Jae tidur dengan Min."
Ujar Jaemin teruja. Ingatkan mahu marah, tapi dia lebih suka.
"Jae pergi bawa Min masuk bilik. Lepas tu mandi, ya."
Arah Alice pada mereka berdua. Jaemin mengangguk dan meminpin tangan Mingi ke arah biliknya. Alice mengeluh penat. Dia berjalan ingin menuju ke bilik. Tetapi dia terlanggar dada bidang Jungkook.
"Kau nak pergi mana?"
"bi-"
Kata-kata Alice tersekat bila dia mengingatkan sesuatu.
'bila masa aku ada bilik? Setahu aku, semalam aku tidur kat bilik Jungkook.'
Omelnya sendiri dalam hati sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Jungkook tersengih.
"jangan risau, malam ni kau tidur dalam bilik aku."
"tak payah. Tiga kali awak ambil kesempatan kat saya. Lagi sekali awak buat, saya keluar dari rumah ni."
Alice menuding jari ke arah Jungkook. Masih bengang dengan apa yang Jungkook sudah lakukan.
"perasan. Maksud aku, kau tidur dalam bilik aku. Bukannya kita tidur sekali."
Dia menolak dahi Alice dengan jarinya sebelum dia berlalu pergi. Alice mengetuk kepalanya dengan tangan. Terus dia masuk ke dalam bilik untuk tidur.
&&&
"anyeong. Macam mana? Korang dah sampai?"
Ujar Alice di talian.
"baru sampai. Budak-budak nampak gembira sangat. Tapi kalau kau ada sekali, makin bertambah gembiralah jawabnya."
Balas Yunji di hujung talian. Sebenarnya Alice menyuruh Yunji membawa Jaemin dan Mingi keluar. Dia tidak mahu melihat Mingi asyik bersedih.
Jaemin mahu Alice mengikut sekali tapi Alice menolak. Katanya dia mahu mengemas rumah dan macam-macam lagi la.
"okey lah macam tu. Aku letak dulu. Aku nak mengemas ni."
Talian dimatikan. Alice mengeluh kecil sebelum dia mengemas kesemua benda yang berasa di rumah itu. Sudah la rumah itu besar.
Dia mengemas perlahan-lahan ruang tamu. Mujurlah ruang tamu itu kecil tetapi boleh penat juga. Langkahnya menuju ke dapur untuk mengambil air. Baru sahaja dia membuka pintu peti ais, dia terdengar seseorang seperti masuk ke dalam rumah itu.
Alice mengintai di celah dinding untuk melihat. Ternyata betul. Terus dia mendail nama yunji dengan tangan terketar.
"kitorang tak siap shop-"
"Yy-yunji, kau dengan budak-budak jangan balik sini. Kalau aku tak call, kau jangan balik. Tunggu sampai aku suruh kau balik."
Terketar-ketar dia berkata sambil matanya memerhati keadaan. Matanya sudah berair.
"Kau kenapa ni. Kau jangan bagi aku risau."
"dalam 15 minit aku tak call kau, maknanya aku dah kena culik. Pandai kau lah nak buat apa."
Terus Alice menutup talian tanpa menunggu Yunji bercakap. Telefonnya disimpan ke dalam poket seluarnya. Dia mengambil penyapu itu untuk dijadikan pemukul.
Argh
Rambut Alice ditarik sebelum mulutnya ditekup kuat. Tidak lama selepas itu, Alice pengsan akibat ditekup dengan lama.
&&&
"Macam mana boleh berlaku?"
Sergah Jungkook dari mana entah. Rambutnya kelihatan kusut dan kerisauan.
"tak tahu. Dia suruh aku jangan datang situ sebelum dia suruh. Alice kata dalam 15 minit dia tak call, maknanya dia kena culik."
Jelas Yunji sayu sambil memeluk kedua kanak-kanak bersamanya.
"Jungkook, cuba kau kesan Alice guna GPS yang kau pasang tu."
Ujar Seokjin mengingatkan Jungkook. Dengan kalut Jungkook mengeluarkan telefonnya. Dia cuba untuk jejak Alice tetapi tidak dapat. Pelik.
"tak boleh. Tapi macam mana?"
Pintanya perlahan memandang semua orang di situ dengan ragu.
"Tae tahu noona Alice kat mana."
Taehyung muncul di pintu. Mukanya tampak serius.
"maksud Tae?"
Yunji mengerutkan dahinya lalu merapatkan diri dengan Taehyung.
"Aku tahu kau yang culik dia, kan?"
Jungkook mencengkam kolar baju Taehyung. Mukanya sangat bengang sekarang ini. Teahyung tersenyum sinis.
"sebelum kau nak tuduh aku, siasat dulu. Jangan nak main hentam je. Patutlah noona tu tak tahan."
Perkataan hormat terus menjadi perkataan 'aku kau'. Sudah lama Taehyung bersabar dengan Jungkook bila melihat Jungkook melayani Alice begitu.
Jungkook yang bengang dengan ayat Taehyung mahu menumbuknya, namun Jimin menghalangnya. Dengan kasar dia melepaskan kolar baju itu.
"Namjoon dengan aku akan ikut kau. Hoseok, Jimin dengan Seokjin, korang pergi jemput yang lain untuk bertindak. Aku tahu siapa punya kerja ni."
Jungkook mengarah seorang demi seorang. Nak tak nak dia terpaksa mengikut Taehyung. Hanya dia saja yang tahu dia mana Alice berada.
" papa, Jae nak mama. "
Lirih Jaemin berkata. Jungkook mendekatinya dan menyamai dirinya dengan Jaemin.
" papa akan bawa balik mama. Jae jangan risau, ya."
Dahi milik Jaemin dicium dan dipeluknya badan Jaemin seerat yang mungkin. Jungkook keluar dari rumah itu lalu menaiki kenderaannya.
"yeobo, hati-hati tau."
Pesan Yunji risau. Jimin mengangguk dan memeluknya. Matanya mula bergenang. Dia bukan ingin pergi melawan manusia yang seperti dalam permainan video, tapi manusia yang sebenarnya.
Alah, macam nak pergi berperang la pulak.
&&&
.
.
.
.
.
.
.
.TBC
YOU ARE READING
only u
Fanfiction> new fanfic about jungkook. < jeon jungkook , seorang duda anak 1 dan sudah 2 tahun dia bercerai dengan isteri yang paling dia sayang. Ya , dia juga mahu bersama dengan Alice semula tetapi kerana ego menguasai diri , sanggup dia hampir mempertaruhk...