Alice menghidangkan makanan di meja. Dilihat Jaemin sudah berada di kerusi. Orang gaji di situ, Alice memberi cuti. Katanya biar dia yang menguruskan hal rumah itu dan Jaemin sementara dia berada di situ.
Jaemin sudah hampir habis makan. Sesekali dia memandang ke atas. Kosong. Merajuk ke? Tapi kenapa dia yang harus merajuk? Sepatutnya Alice sendiri yang harus merajuk?
"Jae, papa mana?"
Soal Alice pada Jaemin yang enak memakan masakannya. Lapar.
"tak tahu."
Mulutnya penuh dengan nasi. Mujur tidak tumpah.
"Jae, lain kali nak cakap biar habis dulu nasi dalam mulut."
Nasihatnya. Salah dia juga. Tanya waktu Jaemin tengah makan. Jaemin mengangguk perlahan dan menyambung makan semula.
Melihat Jaemin ralit makan, dia buat keputusan untuk naik ke atas. Dibuka pintu bilik Jungkook perlahan sebelum masuk.
" Apa masa- Jungkook , awak kenapa ni."
Baru saja dia hendak marah tapi terbantut bila melihat keadaan Jungkook sedang menangis di hujung katil. Habis basah lencun muka Jungkook akibat menangis. Dia tidak pernah melihat Jungkook sebegini.
"awak okey tak ni."
Alice memegang bahu Jungkook untuk menenangkannya. Jungkook berpaling ke arah Alice.
"jahat ke aku? Kejam sangat ke sampai kau pun dah tak suka aku."
Jungkook menangis lagi. Air matanya laju mengalir di pipi. Alice terdiam. Entah dia rasa sebak melihat Jungkook menangis.
"Jungkook, kalau awak rasa saya ni penyebab awak jadi kejam, saya minta maaf. Saya tahu saya salah."
Tubir matanya bersinar.
"Aku masih cintakan kau, Alice."
"berapa kali awak nak ulang semua tu. Jawapan saya tetap sama."
"Aku akan ulang sampai kau setuju untuk terima aku balik. Aku sayangkan kau."
Bibir milik Alice diciumnya sekilas memeluk Alice. Kepalanya disembamkan di bawah leher Alice. Alice kaku tidak terkata. Sudah tiga kali Jungkook berbuat begitu terhadapnya.
" Jj-jungkook, lepaslah. Saya lemas."
Dia cuba merenggangkan badannya dari dipeluk Jungkook tapi tidak boleh. Terasa Jungkook menggeleng tidak mahu. Alice mengeluh kecil.
"please,saya tak boleh bernafaslah kalau awak buat macam ni."
Rayunya lagi. Sudahlah Jungkook memeluknya erat. Sekarang ni Jungkook berperangai kebudakan pula.
"awak anak yang baik, kan?"
Alice tersenyum bila Jungkook mengangguk.
"Kalau macam tu, awak lepaskan saya."
Senyumannya pudar bila Jungkook menggeleng. Kenapa Jungkook berubah kebudakan pula ni? Alice sudah buntu mencari idea.
"awak lapar tak? Saya dah masak. Kesian Jae tunggu awak kat bawah. Jom kita pergi makan?"
Jungkook melepaskan pelukannya. Alice menarik nafas lega. Penat dia melayan Jungkook seorang. Lebih baik dia melayan perangai Jaemin, lebih elok dari Jungkook.
Jungkook bangun dan memimpin tangan Alice. Alice mengerutkan dahinya.
" nak pergi mana?
" kata nak pergi makan. "
Alice mengangguk pantas lalu berjalan beriringan dengan Jungkook.
&&&
YOU ARE READING
only u
Fanfiction> new fanfic about jungkook. < jeon jungkook , seorang duda anak 1 dan sudah 2 tahun dia bercerai dengan isteri yang paling dia sayang. Ya , dia juga mahu bersama dengan Alice semula tetapi kerana ego menguasai diri , sanggup dia hampir mempertaruhk...