9

18 13 0
                                    

Sejurus menghantar Jaemin pulang ke rumah selepas kejadian yang baru saja terjadi, terus dia keluar untuk pergi jumpa Namjoon. Entah apa yang penting sangat sampai ajak berjumpa. Tak boleh tunggu esok ke?

Jungkook melangkah masuk ke dalam sebuah Cafe dan mencari di mana Namjoon duduk. Namjoon melambai tangan supaya Jungkook perasan akannya. Terus dia mendekatinya lalu duduk di sofa empuk itu.

"ada apa kau nak jumpa aku ni. Tak boleh esok ke?

Jungkook menyilangkan kakinya dan kepalanya di sandarkan di belakang. Terasa aman je.

" saja. Sebelum tu kau dah betul-betul sihat ke? "

Soal Namjoon tenang. Kepala yang di sandarkan, Jungkook angkat semula memandang Namjoon.

"Aku sihat je. Asal kau tanya macam tu."

"alice cakap yang kau demam semalam? Apa cerita?"

"Alice?"

Jungkook seolah terkejut. Bila dia jumpa Alice?

"yelah, semalamkan aku call kau tapi tak dapat. Jadi kebetulan aku nampak Alice, aku suruhlah dia hantarkan fail pada kau. Lepastu dia kata kau demam."

"tak dapat? Alice? Aku demam? Fail?"

Soal Jungkook pada diri sendiri. Dis cuba untuk mengingat kembali bila dia berjumpa dengan Alice? Jungkook berfikir, berfikir dan berfikir. Tetiba dia teringat dia bersama dengan Alice di dalam bilik. Berdua. Dan dia memeluk Alice.

" Kau dah baca belum fail yang aku bagi."

Jungkook yang termenung seorang diri memikirkan halnya terus memandang Namjoon.

"hah? Fail? Ak-aku belum baca lagi. Namjoon, aku pergi dulu. Aku ada hal."

Terus dia berlari keluar dari Cafe. Meninggalkan Namjoon yang belum habis bercakap.

"Macam nilah orang kalau dah kemaruk cinta."

Namjoon menggeleng pasrah.

&&&

Alice pulang dengan keletihan. Hari ini berlambak kerja yang harus dia buat. Tetiba customer ramai hari ni. Sampaikan dia yang menulis menu itu menjadi tukang bawa air. Penat.

Dia terus membuka lampu rumahnya yang tadi gelap. Baru ingin merebahkan diri di sofa, dia terkejut melihat Jungkook yang berada di situ. Macam mana dia boleh masuk pulak?

Keadaan Jungkook memang pelik. Dia macam---
mabuk tetapi masih sedarkan diri lagi. Perlahan-lahan dia mendekat dengan Alice.

"Jungkook, ma-macam mana awak boleh ada kat sini."

Tanya Alice sedikit gugup. Kakinya melangkah ke belakang.

"Alice, aku masih cintakan kau. Aku sayang kau."

"J-jungkook, awak sedar tak apa yang awak cakap ni. Kita dah tak ada apa-apa hubungan. Awak dah ceraikan saya. Dan awak sendiri yang cakap awak tak nak tengok muka saya lagi."

Mata Alice sudah berkaca. Kakinya masih setia mengundur ke belakang. Sehingga badannya tersekat dengan dinding. Jungkook merapatinya.

" Aku tahu aku yang mulakan dulu. Aku buat tu tanpa berfikir panjang. Aku masih cintakan kau. Hanya kau sorang. "

Lirih Jungkook berkata. Wajahnya hampir dekat dengan Alice.

"Jungkook, saya tak boleh nak terima--"

Jungkook terus melekapkan bibirnya dengan bibir Alice. Alice memandang Jungkook dengan mata yang bulat. Terus dia menolak Jungkook.

"AWAK DAH GILA KE!APA AWAK DAH BUAT NI!!"

Memang dia terlampau marah dengan perbuatan Jungkook tadi. Jungkook hanya menghiraukan perasaan marah Alice. Terus dia memeluk Alice bagi menenangkan. Dilentokkan mukanya di bahu Alice buatkan Alice makin meremang. Diam. Jungkook terdiam. Alice cuba memalingkan wajahnya untuk memandang Jungkook. Alice mengeluh berat. Tidur rupanya.

Dia terpaksa membawa Jungkook masuk ke kereta dalam keadaan yang sangat berat. Jungkook bukannya ringan macam anaknya. Terus keretanya meluncur laju ke rumah jungkook. Takkan dia nak benarkan Jungkook bermalam di rumahnya. Sudah la Jungkook baru saja menciumnya.

&&&

"bos, bila kita nak serang diorang?"

Ujat Kai tidak sabar. Tangannya dari tadi asyik menggosok. Bibir kanan Suga sedikit terangkat. Tanda dia tersenyum sinis dengan pertanyaan Kai, orang bawahannya.

"kau cuma perlu tunggu je. Permainan belum mula lagi. Lagipun sebelum permainan bermula kenalah warm up badan dulu. Baru seronok."

Tangannya mencapai pisau kecil yang agak tajam itu. Gambar-gambar di atas mejanya dia letak dengan teratur. Satu persatu gambar itu di toreh dengan pisau yang dipegangnya.

"kau dah hantar orang untuk menyamar?"

Soal Suga. Mana tahu belum hantar lagi. Boleh lah dia mengamuk sikit.

"dah, bos. Diorang tak perasan yang kita hantar orang untuk intip diorang."

"bagus. Aku nak orang tu call kita untuk bagi tahu perkembangan apa yang mereka selalu buat. Aku tak nak kumpulan ni hancur disebabkan Jungkook tak guna tu."

Arahnya tegas. Kai sudah mengangguk faham.

"lagi satu. Aku nak kau hantar orang untuk awasi bini Jungkook tu. Aku nak bunuh dia dulu supaya aku boleh tengok kesengsaraan Jungkook."

Senyuman sinis makin diperdalamkan lagi. Makinlama ia menjadi tawa yang penuh sinis. Tawa yang mengerikan.

&&&
.
.
.
.
.
.
.
.
TBC

only uWhere stories live. Discover now