Bam!
Tembakan yang dilepaskan oleh suga terkena pada bahu Jungkook. Mata Alice terbuntang. Terkejut dia apabila melihat. Air mata laju menuruni pipi. Alice meronta-ronta mahu dilepaskan.
Jungkook jatuh longlai di lantai. Perit. Hanya itu sahaja dia dapat rasa sekarang. Sakit sangat. Matanya perlahan-lahan ingin menutup. Cecair merah sudah mulai turun dari bahunya yang terkena tembakan itu. Bajunya kian bertukar menjadi warna merah.
Suga hanya senyum dengan tembakannya. Bangga dengan sasaran yang mengena pada tempatnya. Pistol di tangannya disimpan kembali ke dalam poket bajunya. Langkahnya laju menuju ke pintu. Dia harus menguruskan sesuatu.
Jungkook dengan Alice? Takkan terlepas punya. Dia sudah menembak Jungkook dan mengikat Alice dengan erat. Tak mungkin boleh terlepas.
"Jj-jungkook, please, bangun. Jungkook!"
Jerit Alice menyuruh Jungkook bangun. Dia tidak mahu Jungkook menutup matanya. Dia cuba mengensot mendekati Jungkook.
"Jungkook!"
Jungkook menggerakkan badannya pelan. Matanya dibuka semula. Dia bangun dengan perlahan mendekati Alice. Tali ikatan Alice dibuka satu persatu.
"Jungkook, awak okey kan?"
Dia memegang kedua-dua bahu Jungkook. Jungkook berpaut pada Alice bila teras dirinya ingin rebah.
"Aku okey. Jom, aku bawa kau pergi dari sini."
Jungkook memegang erat tangan Alice. Baru sahaja satu langkah, pintu ruang itu dibuka semula. Tersembul wajah datar Suga.
Jungkook menyuruh Alice menyorok. Dia tidak mahu apa-apa terjadi pada Alice. Muka Suga menjadi sasaran pukulannya. Baginya tembakan di bahu tidak merasa apa-apapun.
Suga terdorong ke belakang sedikit. Hujung bibirnya dipegang. Suga ketawa kecil dengan pukulan Jungkook. Kayu yang berada di lantai dia ambil sebelum menghayunkan kayu tersebut di belakang Jungkook. Jungkook jatuh di lantai. Mulutnya mengeluarkan banyak darah akibat pukulan itu.
Baru sahaja Suga mahu memukul lagi Jungkook, Kai tiba.
"bos, saya rasa kita patut keluar dari sini. Orang mereka sangat ramai."
"Aku takkan pergi selagi dendam aku tak terbalas."
Suga memandang Jungkook dengan wajah tanpa perasaan. Sudah hampir mati dibuatnya.
"hello guys!"
Celah Jimin dengan gembiranya. Di tangannya terdapat kayu sambil dilentokkan di bahunya. Wajahnya menunjuk bahawa dia enjoy memukul orang. 'benda' yang dipegang sebelum ke mari, dia memberi semula pada Hoseok. Katanya dia tidak mahu membunuh orang. Baguslah.
Suga dan Kai tersentak. Dilihatnya Seokjin, Hoseok, Namjoon dan Jimin yang sudah bersiap sedia ingin memukul. Beberapa orang suruhan Suga tiba tepat pada waktunya.
"uruskan diorang."
Suga melangkah ke arah Alice yang sedang menyorok. Tarik Alice di cengkam denga kuat dan ditariknya.
Argh
Alice mengaduh sakit. Dia juga cuba menumbuk Suga, tapi Suga menarik rambutnya dengan kuat buatkan dia makin lemah.
Namjoon, Hoseok, Seokjin dan Jimin berjaya menumpaskan orang suruhan Suga termasuk Kai. Jimin memukul Kai dengan kuat. Sampai lelaki itu berbaring di lantai. Baru sahaja lelaki itu ingin mengangkat badannya, Jimin mengetuk dengan kayunya.
"Kau nak bangun buat apa lagi. Tak serik kena pukul dengan aku?"
Marah Jimin pada Kai.
"seronok nampak?"
Tegur Namjoon yang selesai membelasah tiga orang.
"tak sangka aku dapat pukul orang kat dunia realiti."
Dengan bangganya dia berkata sambil wink ke arah Namjoon.
"Suga!"
Jungkook bangun dari pembaringannya. Mukanya nampak sangat marah sangat. Suga tersenyum memandang Jungkook yang masih larat. Tangannya masih mencengkam rambut Alice.
Vivovivo (aku tak tahu macam mana bunyi siren polis)
Bunyi siren kereta membuatkan Suga kalut. Dipandang semua anggotanya yang sudah lemah longlai. Tangannya menolak Alice dengan kuat. Pistol di dalam poketnya diambil.
Bam!
Kini tembakannya dilepaskan pada Jungkook. Sasarannya terkena pada perut Jungkook. Dengan cepat cecair merah menuruni dengan laju. Jungkook tergamam sebelum dia rebah ke lantai dan tidak sedarkan diri.
&&&
"malam ni Jaemin dengan Mingi tidur rumah aunty, ya."
Suruh Yunji sambil kedua tangannya mengusap rambut Jaemin dan Mingi.
"tapi, Jae nak mama dan papa. Jae takut."
Lirih sahaja Jaemin berkata. Sudahlah makan tadi hanya sedikit. Begitu juga dengan Mingi. Masih lagi bersedih dengan kematian eommanya.
"kita pergi jumpa mama dengan papa esok, ya. Sekarang ni tak boleh. Waktu melawat dah habis."
Pujuknya lagi. Sungguh dia rasa kasihan pada budak dua itu. Jimin pulang bersama Taehyung. Terus dibaringnya badan di sofa bersama mengeluh penat.
"Macam mana keadaan diaorang? Baik-baik saja, kan?"
Terus Yunji meyoal mereka.
"diaorang sempat dibawa ke hospital. Jungkook dimasukkan ke dalam icu. Alice pula dah masuk wad biasa."
Terang Jimin. Tangannya naik mengusap rambut Jaemin dan Mingi.
"Jae, Min, korang berdua pergi masuk bilik dulu. Tidur. Esok kita pergi melawat mama dengan papa."
Suruhnya dengan nada pujuk. Jaemin dan Mingi hanya mengangguk. Jaemin dan Mingi berpegangan tangan naik tangga.
"Macam mana dengan penculikan Alice tu."
Soal Yunji mahu tahu. Dia merapatkan dirinya pada Jimin. Taehyung hanya senyap saja. Hari ini sangat penat.
"okey. Bos kepada penculikan itu dah kena tangkap. Tapi yang peliknya, Jungkook tak suruh pun panggil polis. Siapa yang panggil polis?"
Jimin tertanya-tanya. Tangannya menggaru kepala yang tidak gatal. Taehyung membuka matanya. Dia bangun dari menyandar badannya di sofa.
" Tae yang panggil. "
Spontan saja dia berkata. Jimin dan Alice memandangnya.
" patutlah masa berlawan tu, aku tak nampak kau. Rupanya kau panggil polis. Kenapa?"
"sebab aku tahu akan ada yang tercedera. Sebab tu aku awal-awal lagi panggil polis."
Balas Taehyung. Jimin hnaya mengangguk setuju. Bagus juga tindakan adik iparnya itu.
"sudah la cakap pasal benda ni. Semua dah selesai. Tae, bila Tae nak pergi?"
Tanya Yunji mengubah topik. Kes sudah selesai, buat apa masih lagi nak fikir. Taehyung terdiam seketika sebelum dia memandang wajah Yunji.
"mungkin lepas Tae melawat Jungkook dengan noona Alice kut. Tae pun tak pasti lagi."
Yunji hanya meng'oh'kan saja.
&&&
.
.
.
.
.
.
.TBC
YOU ARE READING
only u
Fanfiction> new fanfic about jungkook. < jeon jungkook , seorang duda anak 1 dan sudah 2 tahun dia bercerai dengan isteri yang paling dia sayang. Ya , dia juga mahu bersama dengan Alice semula tetapi kerana ego menguasai diri , sanggup dia hampir mempertaruhk...