11

17 13 0
                                    

Seperti biasa Alice akan bekerja sehingga lewat malam. Nampaknya pelanggan di cafe itu makin berkurangan. Mungkin semua sudah pulang dari kerja dan masa untuk tidur. Alice merehatkan badannya di kerusi sambil mengeluh kecil. Bukan mengeluh sebab lelah dengan kerja. Tapi dia mengeluh sebab bersyukur dengan kerja yang dia ada sekarang.

Tangan ditongkatkan di bawah dagu. Mukanya mula termenung jauh. Dalam kepalanya ligat berfikir tentang anaknya. Agaknya bagaimanalah anaknya sekarang, ya? Seorang pekerja wanita yang sama dengannya datang menegur.

"Alice, ada orang nak jumpa awak."

Alice berpaling. Jumpa? Siapa? Tengah malam macam ni? Dahinya dikerutkan.

"saya? Siapa?"

Jari mulus Alice menunjuk ke arah dirinya. Pekerja itu hanya mengangguk.

"dia nak jumpa belakang cafe."

Ujarnya lagi sebelum beredar dari situ.

Belakang cafe ialah tempat lorong kecil yang tidak ramai orang lalu. Alice hanya akur saja untuk pergi ke belakang cafe. Mungkin orang itu ada hal penting yang ingin dibincangkan? Tapi siapa orang itu?

Langkah Alice terhenti. Kepalanya mencari seseorang. Tiada siapa pun. Atau ini hanya perangkap? Dia perasan ada sebuah kereta hitam yang amat dikenali tapi dia tidak pasti? Mungkin kebetulan. Alice memusing semula ke arah pintu yang dia keluar tadi. Hendak masuk semula ke dalam.

Alice terasa tangannya dipegang oleh seseorang. Terus dia menoleh sebelum dia merentap kasar tangan itu.

"awak nak apa lagi. Saya dah penat nak layan awak macam ni. Dah dua bulan tahu tak kita bercerai. Stop kacau saya boleh."

Langsung saja dia bercakap tanpa memandang Jungkook. Dia malas hendak melayan Jungkook. Yang dia mahu hanya anaknya, Jaemin. Itu saja sudah cukup.

" Alice, pasal malam tu--"

Alice terbuntang. Adakah Jungkook sedar waktu tu. Tak! Tak mungkin!

" tak, anggap je malam tu tak pernah wujud."

Alice terus menyekat ayat Jungkook.

"Jungkook, biar saya terus terang je. Saya datang ke rumah awak bukan sebab saya nak awak kembali. Tapi saya datang hanya untuk Jae. Bukan untuk kita. Dan saya tak nak tengok lagi muka awak. Awak sendiri yang cakap macam tu. Kalau kita bersua muka sekali pun, itu hanya kebetulan saja. "

Sambungnya lagi panjang. Jungkook sudah mengetap gigi. Alice mahu pergi tetapi tangannya dipegang oleh Jungkook dengan kuat.

" kau--"

Bam !

Belum sempat Jungkook ingin meneruskan kata-katanya, bunyi tembakan tepat ke arahnya. Jungkook terus menarik Alice berselindung di balik kereta yang berada di situ. Alice sudah menggigil ketakutan.

Jungkook memegang bahu Alice supaya badan Alice masuk di dalam pelukannya. Kepala Alice ditekan supaya dapat menyorokkan diri. Tujuannya untuk Alice dan dirinya selamat. Bunyi tembakan masih kedengaran. Seperti ianya makin dekat.

Jungkook memandang Alice yang menggigil takut di pelukannya. Dia terpaksa membawa Alice pergi ke arah keretanya. Mujur dia tidak letak kereta begitu jauh. Tangannya memegang erat tangan Alice. Bersedia untuk berlari. Sebaik sahaja bunyi tembakan berhenti seketika, terus Jungkook dan Alice berlari masuk kereta.

Dipecutnya kereta itu untuk keluar dari situ. Alice sudah menutup mata. Dia takut akan kereta yang dibawa laju. Selepas memastikan tiada siapa yang ekori, Jungkook memperlahankan keretanya. Dia memandang Alice yang perlahan-lahan membuka mata. Wajah Alice penuh dengan peluh.

"hantar saya balik."

Jungkook hanya meng'em'kan saja. Malas ingin menyerabutkan kepala otak isterinya. Bekas isterinya. Mereka hanya diam saja dalam perjalanan itu sehingga tiba di rumah Alice.

"Jungkook, saya nak awak settle kan hal awak dengan penjahat itu. Saya tahu itu mesti musuh awak. Saya nak awak berhenti buat kerja tu demi Jae."

Kakinya melangkah perlahan masuk ke dalam rumah. Jungkook hanya mampu diam.

"dan kalau apa-apa jadi pada Jae, saya takkan maafkan awak"

Terus dia masuk ke dalam rumahnya dan mengunci pintu. Jungkook menutup mata. Rahangnya asyik bergerak mengatakan sesuatu.

"Kau akan jadi milik aku semula."

&&&

"Macam mana?"

Soal Suga pada Kai yang baru saja pulang dari mencari 'habuan'. Suga memandang Kai yang pulang dengan tangan kosong.

"Kenapa kau tak bawa sekali."

Bentak Suga. Tangannya menghentam meja.

"maaf, bos. 'habuan' terlepas. Kami dah hampir tangkap dia. Tapi dia sempat terlepas dari tembakan itu."

Jelas Kai dengan wajah yang menunduk. Suga berdecit.

"tapi, bos. Ada berita baik punya."

Kai mengangkat wajah sambil tersenyum sinis.

"apa dia."

Jawab Suga acuh tak acuh.

"masa kitorang nak tangkap tu, dia tengah bercakap dengan bekas isterinya. Kalau bos nak buat jugak rancangan tu, saya boleh mintak orang-orang kita lakukannya sekarang juga."

Beritahu Kai membuatkan Suga makin tertarik. Senyuman sinis jelas terpancar di wajah Suga. Suga mengangguk tanda setuju.

" Aku nak kau buat malam ni jugak. "

&&&

Alice menyiapkan badannya untuk tidur. Telefonnya berdering. Nama tidak dikenal tertera di skrin telefonnya. Dahinya berkerut. Angkat ataupun tak? Dia memberanikan dirinya untuk mengangkat.

"hello."

"mama, Jae rindu sangat dengan mama."

Terjah pemanggil tersebut. Sekali lagi dahinya mengerut. Macam kenal saja pemanggil itu.

"Jae. Kamu Jae kan."

"mama, ni Jae lah."

"ya ampun. Jae pakai telefon siapa ni. Papa dah balik?"

Lega dia selepas mendengar suara manja anaknya itu. Kekehan keluar dari hujung talian.

"mama ni. Jae guna telefon bibik. Papa belum balik lagi. Mama, Jae rindu sangat dengan mama. Bila mama nak datang sini ambil Jae. Jae rindu nak pergi jalan-jalan dengan mama."

Ujarnya dengan suara memujuk. Makin comel suaranya.

"nanti mama ambil Jae. Sekarang ni mama sibuk. Sorry ya sayang. Dah tidur. Esok Jae masih sekolah."

Alice terus mematikan telefon. Kakinya melangkah untuk menutup langsir yang sedikit terbuka. Matanya tertancap pada seorang lelaki yang memakai serba hitam. Sepertinya lelaki tersebut memerhati ke arah rumahnya. Cuma dia tak nampak dengan jelas kerana terlindung dengan pokok.

Alice cuba untuk mengabaikannya. Terus dia menutup langsir itu dan lampu di dalam biliknya untuk masuk tidur.

&&&
.
.
.
.
.
.
.
.
TBC

only uWhere stories live. Discover now