19

15 13 0
                                    

"lebih baik kau cakap siapa yang hantar kau?"

Bentak Namjoon buat kali yang ke dua puluh. Sudah berapa kali memukul lelaki itu tapi masih lagi tersenyum sinis.

"eii,dia ni. Aku bunuh kang tak pasal-pasal mati sekarang juga."

Namjoon menyepak perut lelaki itu buatkan lelaki itu terdorong ke belakang sedikit. Lelaki itu terbatuk darah.

"kejap lagi, Jungkook sampai."

Sergah Seokjin dari belakang diikuti dengan Hoseok. Hoseok duduk mencangkung di hadapan lelaki itu.

"teruk juga kau pukul dia. Kau, lebih baik kau bagi tahu kalau kau tak nak tembak kat sini."

Hoseok menggeleng kepala melihat keadaan lelaki di hadapannya. Teruk.

"akh. Ak-aku tt-takkan bagitahu kk-kau la bodoh."

Katanya sambil meraung sakit. Sesekali dia batuk sampai darah keluar dari mulutnya. Hoseok mengeluh perlahan.

"sudah la kau. Buat bazir air liur je. Kau tak bagi tahu pun, kitorang dah tahu siapa yang arah kau."

Balas Seokjin meluru ke sofa. Sambil menunggu Jungkook, dia bermain dengan telefonnya.

Jungkook tiba dengan Jimin dari belakang. Kelihatan mukanya sangat tegang. Jimin berlari ke arah Hoseok dan Seokjin. Manakala Jungkook mendekati lelaki itu yang bersama dengan Namjoon.

"sedih aku tengok kau. Mesti bos kau tu tak latih cukup-cukup. Satu lagi, aku rasa bos kau tu mesti dah tertunggu-tunggu kat pelabuhan. Tapi sayang, senjata tu bukan datang hari ni tapi minggu depan."

Jungkook tergelak sinis. Perut lelaki itu menjadi sepakannya seperti menendang bola. Jimin mendekati Jungkook dengan wajah terkejut.

" woi, kau nak bunuh orang ke"

"Kau rasa?"

"Kalau kau nak bunuh dia, kau jangan libatkan aku. Aku masih suci lagi nak bunuh orang."

Jimin mahu mengheret Jungkook jauh dengan lelaki itu tapi pantas Hoseok mencelah.

"Jimin, kau kata nak lawan mobile legends. Jomlah. Aku dengan Seokjin dah tunggu ni."

"yelah, Jungkook, kau kena ingat. Walaupun aku pernah bunuh orang dalam game, tapi aku tak pernah bunuh orang kat dunia nyata. Kalau kau sayang Alice, lebih baik kau jangan bunuh."

Pesan Jimin sambil beredar dari situ. Matanya tidak berkelip memandang Jungkook dengan tajam.

" campak dia depan bos dia. Aku nak tengok macam mana reaksi dia. "

Arah Jungkook pada Namjoon yang setia bersamanya di situ. Tak macam Hoseok dan Seokjin, asyik nak main game je.

&&&

"anyeong, noona!"

Jerit Taehyung sebaik sahaja Alice membuka pintu. Terketawa Alice bila melihat gelagat Taehyung seperti budak-budak. Mereka masuk ke dalam rumah besar itu.

"ada apa korang datang?"

Ujar Alice lalu duduk di tepi Yunji.

"Kenapa? Kitorang tak boleh nak jumpa kau ke? Ni ha, ada orang rindu kau ni. Aku yang duduk sebumbung dengan dia, tak ada pula nak rindu."

Balas Yunji dengan nada merajuk. Taehyung dan Alice ketawa kecil.

"alah, noona ni. Tae kan duduk sebumbung dengan noona. Kalau tae berjauhan dengan noona barulah Tae rindu. Janganlah merajuk."

only uWhere stories live. Discover now