Sudah larut malam tetapi Alice masih lagi tidak dapat melelapkan matanya. Dia memandang ke tepi di mana terletaknya katil milik Jungkook. Dipandang semula pintu utama. Tidak ada sesiapa masuk. Dia bangun dari katil dan menuju ke tempat Jungkook.
"Jungkook, maafkan saya."
Ucapnya perlahan. Dipandang Jungkook dengan mata yang berair. Dia duduk termenung melihat Jungkook. Dipejam rapat matanya sebelum dia naik ke katil Jungkook dan baring di sebelah Jungkook. Tangannya memeluk Jungkook. Kepalanya dilentokkan pada dada bidang Jungkook. Akhirnya dia tertidur di situ.
.
.
.
Jungkook tersedar dari lenanya yang agak lama juga. Badannya tidak boleh bergerak. Dia melihat Alice yang asyik tidur di dadanya. Dia tersenyum. Dibetulkan kedudukannya dengan perlahan. Supaya Alice tidak sedar."Jungkook."
Ujar Alice dalam keadaan mamai. Dia bangun dari menindih badan Jungkook.
"awak dah sedar."
Alice menggosok matanya. Kakinya ingin melangkah keluar dari katil itu. Mahu tidur di katilnya pula. Dia pun tak sedar yang dia tidur di katil Jungkook. Pantas Jungkook memegang tangannya.
"nak pergi mana?"
"katil."
"tidur sini. Teman aku."
Suruhnya sambil menepuk katil di tepinya. Alice memandang Jungkook dengan wajah blur.
"tapi awak masih sakit lagi kan. Kalau awak tersedar sebab saya, saya minta maaf. Sekejap, saya panggil nurse."
Kakinya ingin melangkah di atas lantai tapi ditarik tangan oleh Jungkook.
"awak kenapa ni."
"saranghae."
Bisik Jungkook di cuping telinga Alice. Alice terkedu. Pantas dia bangun membuatkan Jungkook mengaduh sakit. Terkena pada lukanya lah pula.
"awak okey tak?"
Soal Alice kalut. Kuat sangat ke dia buat?
"Aku okey, cuma kalau kau tak ada makin sakit luka aku."
Alice mengerutkan dahi. Cuba proses apa yang dikatakan oleh Jungkook.
"tak payah fikir. Kau tidur je sini. Jangan risau, katil muat untuk kau seorang."
"Jungkook, saya minta maaf."
Alice menunduk. Bibirnya dicebik seperti mahu menangis. Jungkook ketawa kecil. Membuatkan Alice mendongak hairan.
"bukan salah kau pun. Aku yang salah."
"tak, saya yang salah. Kalau saya tak dengar kata awak, takkan jadi macam ni."
Alice menafikan. Dia tetap mahu menyalahkan dirinya. Jungkook mengeluh lalu mengangguk. Tangannya menepuk katilnya tanda menyuruh Alice tidur di situ. Alice menggeleng.
"awak tak nak maafkan saya."
Pintanya sayu.
"Kalau kau nak aku maafkan kau, kau kena tidur sini."
Suruhnya. Alice menggigit bibir bawahnya. Terpaksa juga dia ikut arahan Jungkook. Dia tidur di samping Jungkook dengan perlahan-lahan. Mukanya berpaling ke arah lain.
"Kau masih cintakan aku lagi?"
Soal Jungkook. Dagu Alice dipegangnya dan mata mereka bertentangan.
"bagi tahu aku dengan jujur."
Alice mengeluh dan memejam matanya. Bila dia buka semula, air matanya turun di pipi.
"tipu lah kalau saya kata saya dah tak cintakan awak. Dah 5 tahun saya bersama dengan awak."
YOU ARE READING
only u
Fanfiction> new fanfic about jungkook. < jeon jungkook , seorang duda anak 1 dan sudah 2 tahun dia bercerai dengan isteri yang paling dia sayang. Ya , dia juga mahu bersama dengan Alice semula tetapi kerana ego menguasai diri , sanggup dia hampir mempertaruhk...