Jungkook melabuhkan punggungnya di sofa bersama keluhan berat. Matanya di pejam dengan rapat. Ingin melupakan segala masalah yang menimpa dirinya sejak kebelakangan ini.
"Kalau kau datang sini lepas keluhan macam tu, tak lain tak bukan mesti kau tengah ada masalah sekarang ni kan. Cuba kau cerita."
Hoseok duduk di samping Jungkook. Kaki kanannya disilangkan ke atas. Faham benar dengan perangai kawannya itu. Jungkook membuka mata.
"semalam aku pukul Jaemin. Mana taknya, aku dah larang dia dari jumpa perempuan tu."
Jelas Jungkook. Dia masih marah pasal hal semalam.
"Kau ni. Jaemin tu budak lagi. Kalau ya pun kau nak marah, tak payah lah lepaskan kemarahan kau tu kat Jaemin. Dia tak tahu apa-apa. Dan satu lagi, perempuan yang kau panggil tu bekas isteri kau. Alice ada hak nak jumpa Jaemin. "
Bebel Hoseok. Bukan dia tak tahu di Jungkook ni macam mana. Dia pun sudah cemuh dengan perangai si Jungkook seorang ni.
" Aku nak kau dengan yang lain uruskan kegiatan tu. Aku cuma nak urus hal pejabat. Apa-apa hal roger."
&&&
Seorang lelaki masuk ke dalam bilik itu. Wajahnya sangat tegang walaupun nampak tenang. Kayu panjang yang berada di tangannya di hayungkan dengan perlahan. Dia mendekati seorang lagi lelaki yang sudah terkulai di kerusi. Wajah lelaki itu penuh dengan darah.
"kesian aku tengok kau. Macam ni lah, kau bagi tahu aku kat mana dan aku lepaskan kau. Aku tengok kau dah nak mampus dah ni."
Suga meneliti satu persatu wajah lelaki itu tanpa rasa bersalah. Kayu yang berada di tangannya itu sudah tidak sabar ingin naik.
" ak-aku takkan bagi tahu kau lah bodoh. Pui. "
Sempat lelaki itu meludah ke arah Suga. Kayu yang berada di tangan Suga hinggap di muka lelaki itu sehingga mengeluarkan darah yang banyak. Lelaki itu jatuh terduduk.
"Kau nak bagi tahu ke tak."
Satu lagi pukulan hinggap pada badan.
"Aku rasa lebih baik kau mati saja lah. Kau hidup pun menyusahkan orang je."
Suga mengeluarkan pistol miliknya lalu diacukan pada dahi lelaki yang sudah tiada daya itu.
BAM
BAM
"Aku nak kau bersihkan tempat ni. Pastikan tempat tak ada setitik pun darah."
Pistol diletakkan semula di dalam poket. Dia keluar dari situ dituruti beberapa orang bawahannya dari belakang.
&&&
Jungkook keluar dari kereta. Dia tersenyum panjang. Nampaknya dia harus memujuk seseorang lah hari ni. Dia mendekati Jaemin yang sudah mengembungkan kedua belah pipinya. Tangan disilangkan di dada.
"maaf papa lambat. Papa banyak kerja kat pejabat tadi."
Jungkook duduk menyamai Jaemin. Tangannya ralit bermain dengan anak jati Jaemin.
"setiap kali papa datang ambil Jae, selalu lewat. Tak pernah pun awal. Penat tau Jae tunggu papa."
Protesnya lagi. Matanya memandang ke arah lain.
YOU ARE READING
only u
Fanfiction> new fanfic about jungkook. < jeon jungkook , seorang duda anak 1 dan sudah 2 tahun dia bercerai dengan isteri yang paling dia sayang. Ya , dia juga mahu bersama dengan Alice semula tetapi kerana ego menguasai diri , sanggup dia hampir mempertaruhk...