BAB 50

5.1K 121 13
                                    

MYA sibuk membelek segala jenis sayuran yang patut dia beli. Kena pilih dengan teliti kerana dia tidak mahu nanti bila balik baru perasan sayu itu dah buruk atau dah layu. Kan tak pasal-pasal jadi makanan tong sampah rugi je nanti.

Sekejap-sekejap Mya membelek telefon ditangan. Senarai barang dia mahu beli ada di dalam notes. Zaman sekarang mana tulis guna kertas dah. Kata Zariq belilah barang banyak sikit nanti tak payah keluar nak pergi beli barang lagi. Itu semua alasan sebab malas temankan dia.

Santan. Daun kari. Tomato. Sawi. Ayam. Daging. Udang. Minyak. Rempah. Check semua dah ada! Tinggal nak pilih barang-barang yang lain sahaja lagi. Kan senang keluar beli sendiri tak payah suruh Haris atau Alif.

Lagi puas hati bila pilih sendiri. Kadang apa yang dia mahu Haris dan Alif salah beli. Nak marah tapi kena faham mereka lelaki mesti diorang tak tahu. Padahal dia sudah berpesan dekat mereka berdua kalau tidak tahu guna lah khidmat google tapi mereka tak dengar beli ikut pandai mereka sahaja akhirnya barang dia nak tak ada dapat barang yang lain.

Dia taklah beritahu Zariq mahu nanti lelaki itu marah dua pekerjanya itu. Biar jelah apa yang ada tu masak jelah mujurlah Zariq pun bukan lelaki yang cerewet bab makanan. Apa dia masak semua Zariq bedal makan tanpa banyak bunyi. Kadang-kadang je Zariq akan minta dia masak makanan yang diingini oleh lelaki itu macam biasa western food. Wajib seminggu sekali.

Mana lah Zariq pernah makan sambal belacan semua selama ni. Hampir dia ketawa tidak percaya tapi tengok muka Zariq serious je tak jadi ketawa mungkin betul. Maklum lah belajar luar negara nak cari mana sambal belacan dengan asam pedas semua makan western food je.

Sejak mereka berkahwin ni memang Mya masak ikut tekaknya sahaja. Kalau rasa nak makan ayam masak merah dia masak tak tanya Zariq pun. Zariq pun makan je tak cakap banyak. Cumanya dulu Zariq selalu membebel kepadanya nasi goreng cina. Nasi goreng cina lah yang selalu dia masak setiap pagi kepada Zariq. Sampai kena perli tak ada menu lain ke?

Sekarang bila dah dah ubah menu sarapan Zariq pula kata rindu nak makan nasi goreng cina. Eleh sebenarnya rindu lah tu dengan nasi goreng cina diatu cuma ego. Kalau dulu memang Zariq cerewet bab makanan sarapan pagi pun nak makan benda ringan je macam roti bakar kaya, sandwich tuna ataupun pancake. Sekarang ni tak lagi dia masak je nasi goreng cina makan jangan banyak bunyi.

"lama lagi ke Mya?"soal Zariq dari belakang.

Tersentak Mya yang sedang pegang sekotak anggur. Apa yang dia berangan ni? Ni kes mengungkit perangai Zariq yang dulu. Sempat dia ketawa perlahan sambil menggeleng kepala. Apa nak jadilah dengan dia ni dalam tengah pilih barang boleh pula berangan tak habis-habis.

"eh kejap saya belum beli spaghetti"

Cepat-cepat Mya bergerak ke rak bahagian maggi pula. Selalunya dia ada dekat tempat ini dan sosnya dirak sebelah kalau tidak silapnya lah.

Lama juga Mya berdiri disitu sehingga Zariq mengeluh. Ini sebab dia malas teman Mya beli barang. Tenung macam nak tembus tapi tak ambil-ambil lagi. Kalau susah sangat nak pilih ambil je satu kedai dia tak ada masalah nak membayar tapi yang jadi masalahnya adalah kakinya sudah penat berdiri.

Mya kalau boleh ke suatu tempat ambil masa 15 minit. Nak pilih buah-buahan pun lama nak belek-belek dulu buah. Padahal dia nampak semua buah masa je apa yang bezanya? Semua epal. Tak faham betullah dengan perangai orang perempuan ni.

"ambil jelah mana you suka Mya"

"kejap lah saya fikir nak beli. Awak nak yang mana fettuccine, rotini, fussilli?"

Zariq datang mendekati Mya dan meninggalkan troli dibelakang. Mya seperti mak-mak yang mencekak pinggang memarahi anak padahal tengah pilih jenis pasta itu pun ambil masa yang lama. Kan dia dah kata perempuan...

Izinkan Aku Mencintaimu [EDITING]Where stories live. Discover now