PULANG sahaja dari pejabat mata dan hidung Zariq disajikan dengan bau makanan yang sungguh enak sehingga membuatkan perutnya keriuk minta diisi. Mya kalau masak tak pernah tak sedap semua sedap belaka. Kalau dia tak pandai gaya badan memang gemuk lah dia. Nasib baik lah dia seorang yang kuat bergym kalau tidak gemuk dah dia sekarang ini.
"awak baru balik"
Mya berlari anak menghampiri Zariq lalu kot serta beg kerja Zariq diambil dan diletakkan di atas sofa.
Zariq menyinting lengan kemeja hingga paras siku. Tak sabar dia mahu makan. Maklum lah perutnya belum diisi lagi. Kali terakhir makan tengah hari tadi dengan abahnya di restoran berdekatan pejabat.
"sedapnya bau"
"saya masak lauk biasa je tak tahu nak masak apa"
"biasa apa macam ni"
Ayam masak merah, telur dadar, kangkung goreng belacan serta sotong goreng tepung. Kesemua itu adalah lauk kegemarannya. Sejak berkahwin dengan Mya memang lauk kampung adalah lauk kegemarannya. Tak sangka pula lauk kampung ini boleh buat dia tambah sampai 2 pinggan. Enak tak terkata. Sampai menjilat jari.
"mana tahu awak tak makan"
Zariq menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya disitu. Mya memulakan tugas menyedok nasi ke dalam pinggan Zariq. Lauk pandai-pandai lah Zariq nak ambil yang mana. Nanti dia pakai main letak je mahu pula Zariq mengamuk.
"apa je you masak adalah masakan kegemaran i percayalah"
"yelah tu dulu kalau saya masak lauk kampung telinga saya ni tak berhenti dengar awak membebel itu ini"
"itu dulu jangan lah nak mengungkit. Cepat duduk kita makan sama-sama"
Mya melabuhkan punggung di hadapan Zariq. Zariq membaca doa sebelum memulakan makan. Mya tersenyum melihat Zariq sungguh berselera menjamah masakannya.
Sebenarnya dia tiada selera sangat nak makan tapi gagahkan diri juga. Nanti Zariq marah pula maklum
lah semua benda yang ada di dalam rumah ini milik Zariq termasuk lah lauk dihadapannya ini."kenapa you macam tak berselera je?"soal Zariq sambil mengangkat kening kepada Mya.
"entah lah saya pun tak tahu"
"makan lah alas perut tu nanti masuk angin. You tu kalau gastrik teruk sangat"
Perlahan-lahan Mya menyuap nasi serta lauk kangkung ke dalam mulut. Ini semua lauk kegemarannya entah kenapa dia tengok pun tak ada selera tapi dia tetap gembira apa Zariq makan sampai tidak mengangkat muka. Sedap lah tu.
"i dah tanya pembantu i dia cakap bulan depan jadual i banyak kosong. Bermakna tinggal lagi seminggu nak masuk bulan depan. Awal bulan kita bertolak ke Paris"
"huh awak ni biar betul?"tanya Mya tidak percaya. Baru je rancang tak sampai seminggu tuptup bulan depan dah nak pergi Paris.
"betul lah takkan nak main-main"kata Zariq sambil menyuap nasi ke dalam mulut. Berselera sungguh dia makan lagi-lagi masakan dari Mya.
"tapi sebelum tu boleh tak saya nak berjumpa dengan Nina?"
Terhenti suapan Zariq mendengar permintaan Mya itu. Zariq memandang ke arah Mya dan Mya mengangkat kening pelik apabila Zariq memandangnya begitu. Berat sangat ke permintaan dia?
![](https://img.wattpad.com/cover/162074535-288-k530059.jpg)
YOU ARE READING
Izinkan Aku Mencintaimu [EDITING]
RomanceMYA ARLISA-seorang gadis yang lemah lembut dan sopan. Siapa yang melihat gadis itu pasti akan tertarik dengan sifat dan rupa gadis itu. Dia juga seorang anak yatim piatu yang kehilangan ibubapanya sejak kecil lagi dan menumpang kasih sayang dari ibu...