LAHIR lah seorang bayi lelaki bernama Zhafran Afeef yang berat 3:8kg dan dilahirkan pada pukul 10:29 pagi dengan kaedah bedah. Sewaktu mereka tiba di hospital jalan untuk bayi keluar adalah 3cm tapi air ketuban bayi sudah pecah jadi terpaksa melakukan kaedah bedah.
Zariq Amsyar menitis air mata sewaktu melihat Mya Arlisa bertarung nyawa demi anak mereka. Zariq Amsyar disamping Mya Arlisa sambil memberi kata-kata semangat buat Mya Arlisa dengan keadaan Mya Arlisa sungguh lemah lagi meluluhkan hati seorang lelakinya.
Keluar sahaja anak mereka dan melihat wajah polos bayi itu terus Mya Arlisa menangis sambil jururawat meletakkan bayi di atas dada Mya Arlisa. Zariq Amsyar mencium dahi Mya Arlisa. Kerana Mya Arlisa dia menjadi suami dan bapa. Dia tidak akan lupakan peristiwa ini sampai bila-bila dimana Mya Arlisa bertarung nyawa melahirkan bayi mereka dengan baik.
Selesai sahaja bayi mereka dibersihkan jururawat memberi bayi kepada Zariq Amsyar untuk diazankan. Menitis air mata Zariq Amsyar lagi kerana ini kali pertama dia mengendong bayi iaitu anaknya sendiri. Perasaan sebak menyelubungi diri. Tidak percaya dia sudah menjadi seorang bapa.
Selepas itu Zariq Amsyar meletakkan bayi mereka di dalam baby coat dan memandang ke arah Mya Arlisa yang masih tidur keletihan. Mya Arlisa sudah dipindah masuk ke dalam bilik persendirian atas kehendak Zariq Amsyar, senang lah sikit kalau ahli keluarga mereka mahu melawat Mya Arlisa bilik pun besar dan selesa. Zariq Amsyar melangkah mendekati Mya Arlisa dan memberi ciuman penuh kasih sayang buat Mya Arlisa di dahi. Ahli keluarga mereka sedang menunggu diluar. Puan Marni dan Encik Khalid akan tiba di Kuala Lumpur pada tengah hari nanti dan Acap yang akan mengambil mereka di airport sebaik sahaja mereka tiba. Fariz dengan Nina turut tiba di hospital. Mereka tidak sempat pulang ke rumah kerana Zariq Amsyar menghubungi Fariz bahawa Mya Arlisa akan bersalin terus Nina menyuruh Fariz terus memandu ke hospital. Hal nasi lemak letak ketepi.
Tidak mahu mengejutkan Mya Arlisa yang sedang tidur, perlahan-lahan Zariq Amsyar membuka pintu dan keluar. Biar lah Mya Arlisa berehat dahulu nanti Mya Arlisa bangun baru mereka semua akan dibenarkan masuk untuk melawat.
"macam mana dengan Mya?"soalan pertama yang keluar dari mulut Puan Sri Suhaini sebaik sahaja anaknya keluar dari bilik.
"Mya tengah berehat lepas Mya bangun baru boleh masuk melawat"kata Zariq Amsyar kepada ahli keluarganya.
"tahniah anak abah dah jadi seorang ayah. Macam tak percaya kamu dah jadi ayah Zariq"kata Tan Sri Razip kepada Zariq Amsyar. Bangga sungguh dia apabila anaknya sudah besar panjang dan sudah mempunyai keluarga kecil.
Zariq Amsyar terus memeluk tubuh Tan Sri Razip erat. Sebak dadanya mendengar kata-kata dari bibir Tan Sri Razip. Dia turut tidak percaya bahawa dia sudah menjadi bapa kepada anaknya.
"kamu balik lah rehat dulu mandi, tukar baju dan makan. Biar mama duduk sini temankan Mya. Mya faham lah kamu tak ada"kata Puan Sri Suhaini kepada Zariq Amsyar. Tentu anaknya penat dari malam sampai ke pagi di hospital sahaja.
"betul kata mama kamu tu. Jom kita balik dulu nanti kita datang semula"kata Tan Sri Razip. Zahra tidak ikut merek dia berada di rumah. Mereka pun tidak mengejutkan Zahra untuk ke hospital memandangkan semalam Zahra belajar hingga pukul 2 pagi.
Zariq Amsyar mengangguk. Penatnya automatik hilang sebaik sahaja melihat isteri dan anaknya dalam keadaan baik sahaja. Tambahan pula Zharfan Afeef sungguh comel dengan wajah polos. Zhafran Afeef sungguh copypaste muka Zariq Amsyar sewaktu kecil dahulu hanya kening nipis dan bulu mata lentik sahaja mengikut Mya Arlisa. Tak adalah nanti Mya Arlisa tak puas hati kalau tengok anak mereka muka copypaste Zariq Amsyar sahaja. Ada juga bahagian buat Mya Arlisa walaupun hanya dapat bahagian kening dan bulu mata.
PUAN Sri Suhaini menyuap Mya Arlisa makan walaupun dihalang oleh Mya Arlisa tetapi Puan Sri Suhaini tetap mahu menyuap kerana Mya Arlisa tidak boleh banyak bergerak kerana baru sahaja bersalin.

ANDA SEDANG MEMBACA
Izinkan Aku Mencintaimu [EDITING]
RomanceMYA ARLISA-seorang gadis yang lemah lembut dan sopan. Siapa yang melihat gadis itu pasti akan tertarik dengan sifat dan rupa gadis itu. Dia juga seorang anak yatim piatu yang kehilangan ibubapanya sejak kecil lagi dan menumpang kasih sayang dari ibu...