BAB 36

5.2K 147 4
                                    

PAGI ini Zariq bangun agak lewat sedikit dia terlupa yang dia harus berjumpa dengan clientnya. Bukan Mya tidak mengejutnya malah berkali-kali tapi dia sendiri tidak mahu bangun bila Mya beritahu yang telefonnya dah berbunyi banyak kali terus dia bangun dan membaca mesej yang dihantar oleh Maya. Ada meeting dekat Putrajaya!

"awak tak nak makan dulu ke?"tanya Mya apabila Zariq berjalan laju dibelakangnya.

"i rasa tak sempat lah Mya i tengah rushing sekarang ni"kata Zariq sambil menyarung stoking dengan cepat.

Ini yang dia tidak suka bila bangun lewat sedikit mula lah dia kelam kabut. Cari tie tak jumpa lah stoking tak jumpa lah padahal semua ada depan matanya cuma dia yang kelam kabut sampai cari apa pun tak jumpa.

"nanti tengah hari awak balik makan tak dekat rumah?"

"hmm tak tahu lagi rasanya lepas lunch i ada meeting dengan lembaga pengarah rasanya i tak sempat nak balik kot i makan dekat sana je nanti"

"tak apalah kalau you cakap macam tu. Hati-hati bawa kereta tu"pesan Mya kepada Zariq yang sudah siap memakai kasut itu.

"you pun elok-elok dekat rumah kalau ada apa-apa telefon i. I pergi dulu"

"awak nak salam?"

Zariq terus menyerah tangannya kepada Mya untuk menyalam. Sempat dia menyium dahi Mya sewaktu Mya menunduk menyalam tangannya.

"i pergi dulu"

Mya memandang setiap langkah Zariq sehingga bayang Zariq tidak kelihatan lagi. Rasa sungguh bahagia pagi ini kerana dapat ciuman dari suaminya.

Tanpa Mya sedari ada mata yang sedang memerhati gerak geri Zariq dan Mya sebentar tadi disebalik dinding. Dalam hati Nazim menyumpah seranah Zariq kerana mencium dahi Mya. Sepatutnya dia yang duduk ditempat Zariq.

PINTU bilik Zariq diketuk oleh luar. Zariq yang masih tekun menaip di komputer langsung tidak beralih. Kalau bukan Maya siapa lagi hanya Maya sahaja yang keluar masuk biliknya.

"Tuan Amsyar ada orang nak jumpa"kata Maya perlahan.

"okay panggil dia masuk"

Maya terus mengangguk kepala dan keluar dari bilik Zariq untuk memanggil tetamu Zariq masuk ke dalam. Bukan Maya tak kenal siapa tetamu Zariq itu malah terlebih dari kenal.

"hey my man"sapa Nazim sambil tersenyum.

"lah kau ke? Eh masuk lah"ajak Zariq kepada Nazim.

"kau tengah busy ke?"soal Nazim kerana dia melihat Zariq seperti sedang sibuk.

"busy lah juga tapi tak apa disebabkan kau aku boleh ketepikan kerja aku dulu. Eh duduk lah"

Nazim tersenyum sambil melangkah melabuhkan punggung dikerusi hadapan Zariq. Kagum dia dengan pencapaian sahabatnya ini. Dalam diam bergerak menjadi bakal CEO Puncak Impian tak lama lagi.

"kau banyak projek ke tahun ni?"

"alhamdulilah banyak juga tak menang tangan staf aku nak handle. Rezeki syarikat aku ni menumpang je"

"eleh tak payah nak buat ayat sedih sangat geli aku dengar. Bagus lah tu aku bangga dengan kau umur segini kau akan jadi CEO tak lama lagi lain lah entah sampai bila nak jadi kuli cabuk"

"kau tu yang berlagak sangat kononnya nak berdikari padahal keluarga kau ada syarikat sendiri juga kalau kau kerja dekat syarikat keluarganya kau tak ada istilah kuli cabuk kau tu yang berlagak Zim"

Nazim ketawa. Keluarganya juga mempunyai sebuah syarikat logistic tapi entah kenapa dia lebih memilih untuk bekerja dengan orang lain berbanding dengan ayahnya sendiri. Berdikari 1 hal dan dia ingin mula dari bawah belajar dari zero.

Izinkan Aku Mencintaimu [EDITING]Where stories live. Discover now