RAUDHAH melangkah masuk ke dalam rumah dengan kerusi roda yang ditolak oleh Evelyn. Encik Khalid dan Puan Marya tergamam melihat wajah seseorang yang lama mereka tidak ketemu. Kali terakhir mereka berjumpa pada 10 tahun yang lepas kini mereka bertemu lagi.
Mya Arlisa berasa tidak sedap hati apabila Raudhah dan Evelyn tiba di rumah. Terus dia memegang perutnya yang bulat itu. Dia berdiri di belakang Puan Marya. Dia masih trauma dengan Raudhah kerana Raudhah yang menolaknya sehingga jatuh dan nasibnya baik kerana kandungannya masih dalam keadaan baik.
"Marya, Khalid lama kan kita tak bertemu. Mungkin 10 tahun yang lepas"kata Raudhah dengan nada sinis.
"kau nak apa lagi Raudhah?"tanya Puan Marya mendatar. Dia dapat rasakan Raudhah membawa aura yang tidak baik. Dia merasakan Mya Arlisa memegang erat bajunya dibelakang.
"kak kenapa datang tak bagitahu dulu"kata Puan Sri Suhaini yang baru tiba di ruang tamu.
"takkan aku nak datang rumah adik aku sendiri kena minta kebenaran korang pula. Ikut suka aku lah nak datang sini ke tak adik aku pun tak cakap apa"kata Raudhah selamba. Matanya tertatap ke arah Mya Arlisa yang berselindung dengan Puan Marya.
"bukan macam tu kak, kan lagi elok sebelum datang bagitahu dulu sempat lah Sue nak masak"kata Puan Sri Suhaini lembut.
Puan Sri Suhaini faham benar dengan perangai kakak iparnya ini. Dia dapat rasakan kedatangan kakak iparnya dan Evelyn ini sengaja. Dia mula risau apabila suami dan anaknya tiada di rumah. Dia risau kalau Puan Raudhah bertindak luar jangkaan. Perlahan-lahan dia bergerak berlalu ke dapur untuk mengambil telefonnya.
Nombor anaknya dihubungi. Selang beberapa saat panggilannya diangkat. Puan Sri Suhaini berasa lega.
"Assalammualaikum mama ada apa mama call Riq? Mya okay tak?"
"Waalaikummusalam Riq! Balik cepat mama tak sedap hati ni"
"ada apa yang berlaku?"
"tadi maksu paksu Mya datang nak jumpa Mya sebelum diorang balik Johor semula. Sekarang ni Aunty Raudhah pula datang rumah dengan Evelyn"
"dah kenapa diorang datang rumah pula? Riq dah habis meeting ni Riq balik rumah terus. Mama tolong tengokkan Mya sementara Riq nak sampai"
Terus Zariq Amsyar meletakkan panggilan. Dia menghubungi Luqman iaitu bodyguardnya. Dia mahu segera pulang ke rumah. Dia turut berasa tidak sedap hati akan kehadiran Puan Raudhah dan Evelyn ke rumah keluarganya.
"Luq aku nak balik"kata Zariq Amsyar kepada Luqman yang berada dihadapan pintu belakang kereta. Luqman hanya mengangguk dan terus ke tempat penumpang.
"macam kita ni ditakdirkan untuk bertemu kan. Akhirnya dekat 10 tahun kita tak jumpa harini Tuhan makbulkan juga doa aku dan kita bertemu harini"kata Raudhah lalu dia menekan button dikerusi rodanya dan bergerak mendekati mereka.
"apa maksud kau Raudhah?"tanya Puan Marya tidak faham.
Puan Sri Suhaini memberi isyarat kepada Acap dan Alif untuk masuk ke dalam. Dia menarik tangan Mya Arlisa dan berselindung dibelakangnya yang dikawal oleh Acap dan Alif dihadapan. Dia mahu pastikan menantunya berada dalam keadaan yang selamat. Dia tidak mahu menantunya tercedera lagi gara-gara Puan Raudhah.
"takkan kau lupa kot Marya. Kau tak nampak ke kaki aku ni dah cacat kau lupa angkara siapa?"tanya Puan Raudhah mendatar.
"aku ingat Raudhah tapi apa yang kau nak sekarang? Diorang dah pun meninggal apa lagi kau nak?"tanya Puan Marya mendatar.
"aku masih tidak puas hati dengan mereka berdua walaupun diorang dah mati sekali pun. Sebab diorang aku cacat seumur hidup aku. Kaki aku dah tak berguna tak boleh nak gerak walaupun sedikit. Kau ingat senang ke aku nak lupakan semua itu?"
![](https://img.wattpad.com/cover/162074535-288-k530059.jpg)
YOU ARE READING
Izinkan Aku Mencintaimu [EDITING]
Storie d'amoreMYA ARLISA-seorang gadis yang lemah lembut dan sopan. Siapa yang melihat gadis itu pasti akan tertarik dengan sifat dan rupa gadis itu. Dia juga seorang anak yatim piatu yang kehilangan ibubapanya sejak kecil lagi dan menumpang kasih sayang dari ibu...