BAB 9

6.9K 181 10
                                        

"TAK yang sekarang ni you cakap merepek ni kenapa? I suruh you buatkan i breakfast kan bukan nak dengar you merepek ni semua"kata Zariq dengan nada serabut.

Mya menjeling ke arah Zariq apabila Zariq berkata begitu. Susah sangat ke nak terus terang?

"jadi betul lah saya ni cuma perempuan simpanan awak? Saya ni hina dimata awak?"

"why are you talking nonsense Mya? I tak ada mood nak jawab semua soalan merapu you tu. Masuk sekarang masak dekat i. I lapar i nak makan tak ada masa i nak menjawab soalan you tu"

Zariq meneliti kesan lebam di leher, lengan dan pipi Mya. Nampaknya pipi Mya seperti ditampar tapi oleh siapa? Sumpah Zariq tak ingat apa-apa langsung tentang semalam. Selama ini Zariq belum pernah mengasari Mya sampai begini. Mustahil dia yang buat semua ini dalam keadaan mabuk.

"sebenarnya saya bukan kena dera tapi saya kena rogol"

Hampir jatuh rahang Zariq apabila Mya memberitahu hal yang sebenar? Siapa yang rogol Mya? Mustahil dia sendiri yang merogol Mya.

"huh siapa yang rogol you Mya? Budak dalam kelab semalam ke? Siapa yang buat you macam ni Mya cakap dekat i sekarang"kata Zariq lalu lengan Mya dipegang.

"ish lepas lah sakit tahu tak"

Mya melangkah masuk ke dalam rumah meninggalkan Zariq diluar. Zariq juga turut masuk ke dalam rumah mengikut langkah Mya yang duduk di sofa itu. Tidak senang hati apabila Mya belum menjawab soalannya bukan susah pun nak beritahu siapa.

"cakap dekat i Mya mamat sial mana yang buat you sampai macam ni? Lebam sana sini sampai bibir pecah. Mustahil i yang buat you macam ni sekali Mya? Siapa buat you i ke orang lain?"kata Zariq sambil meraup rambutnya ke belakang.

Bagaikan mahu pecah dadanya apabila Mya memberitahu yang dirinya dirogol oleh siapa tidak diketahui. Mya hanya kepunyaan dia seorang sahaja bukan hak orang lain.

"kalau saya cakap pun mustahil awak akan percaya cakap saya"kata Mya perlahan sambil mata berkaca.

Mya seperti dapat menjangka jika Mya memberitahu Zariq siapa yang merogol dirinya. Zariq tidak akan percayakan dirinya tambahan pula orang yang merogol dirinya itu adalah rakan baik Zariq sendiri. Silap hari bulan dirinya yang dituduh mengoda Nazim.

"cakap dulu dekat i siapa jantan tu Mya cakap! Ke you memang suka kena rogol?"

"awak ingat saya ni apa? Saya pun ada maruah lah jangan nak tuduh saya bukan-bukan boleh tak!"marah Mya dengan dada sudah berombak.

Zariq kalau bercakap bukan fikir dah pasal perasaan orang hanya tahu marahnya sahaja. Hati yang disakiti ni macam mana pula.

"okay sorry tapi cakap dekat i Mya siapa orang tu. Tak senang duduk kalau i masih tak tahu siapa yang buat you macam ni sekali. You tu hak i sorang je Mya hak i"

"lupakan jelah"kata Mya lalu Mya bangun dari sofa mahu masuk berehat di dalam bilik.

Belum sempat Mya melangkah tangan Zariq lebih pantas merentap lengan Mya agar Mya berhenti daripada melangkah. Mya mengaduh kesakitan apabila Zariq memegang ditempat lebam.

"mana boleh macam tu Mya you tu baru kena rogol tahu tak kena rogol. Jom kita pergi report polis lepas tu i bawa you pergi klinik kita periksa apa patut"

"saya tak nak pergi klinik"

"jangan nak degil sangat boleh tak Mya? Ikut jelah cakap i permintaan i senang ja untuk you turuti ikut i pergi klinik"

"kalau awak nak pergi, awak pergi lah sorang saya nak masuk berehat kalau awak nak makan pandai-pandai lah awak beli ke order nanti"

Mya terus melangkah masuk ke dalam bilik meninggalkan Zariq termangu-mangu di ruang tamu.

Izinkan Aku Mencintaimu [EDITING]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang