BAB 46

4.5K 164 13
                                    

SUNGGUH Mya terasa orang ketiga kepada Zariq dan Mawar. Mana tidaknya dari mula sampai ladang strawberry ni tangan Mawar tak lekang memegang tangan Zariq. Ajak ke sini lah ke sana lah dia hanya mengikut sahaja dari belakang. Hatinya sedikit geram dengan Zariq. Kenapa tak tepis? Kenapa perlu ikut je cakap Mawar tu? Dah lupa isteri dekat belakang ke?

Mya terasa sedikit lelah dari tadi berjalan ke sana ke sini. Sikit pun Zariq tak memandang belakang ke arahnya bertanya adakah dia ok atau tidak. Malas mahu menganggu suasana romantik mereka berdua itu Mya mengambil keputusan untuk duduk disebuah kerusi yang tidak jauh dari tempat mengutip strawberry. Pandai-pandai lah carinya nanti bila sedar dia dah tak ikut belakang mereka.

"dulu abang Amsyar selalu ajak Mawar pergi ladang strawberry tapi Mawar taknak takut nenda mengamuk bila kita tak ada dekat rumah"

"cerita lama lah Mawar. Masatu kita budak lagi mana cerdik ikut suka hati je"

"memang pun lepastu abang cakap dekat Mawar kalau nenda tanya kita pergi mana kita cakap kita pergi kedai hujung jalan beli jajan. Abang tu penakut sangat dengan nenda sampai nak terkencing bila nenda soal"

Zariq dan Mawar ketawa mengingat cerita lama mereka. Dulu mereka berdua amat rapat setiap kali Zariq pula ke Cameron Highland dulu orang pertama yang dia cari adalah Mawar. Memang kemana-mana pun Zariq akan mengheret Mawar sekali. Pernah juga Zahra menyatakan dia cemburu apabila abangnya rapat dengan orang lain. Kalau tinggal di rumah nenda hanya Mawar sahaja kawan bermainnya manakala Zahra menunjukkan protes kerana cemburu. Maklum lah waktu itu Zahra baru berumur 3 tahun budak lagi manakala dia pula sudah 9 tahun dan Mawar waktu itu masih berumur 7 tahun.

Kenangan dulu memang tak dapat dibeli. Sungguh nostalgia sehingga dia teringin mahu cari kanak-kanak semula walaupun perit tapi sungguh seronok bila diingat semula.

"jom abang kita pergi petik buah strawberry dah lama Mawar tak makan"

Zariq mengangguk setuju. Dia langsung tidak sedar yang Mya sudah tiada dibelakang mereka. Dia terlupa tentang Mya. Dia hanya menurut kata Mawar yang mahu mengajak dia ke sana ke sini sedangkan Mya langsung dia terlupa.

Mya mengeluh berat. Berapa lama lagi diorang nak kutip strawberry ni? Hampir 20 minit dah dia duduk dekat sini. Habis secawan air dia minum akibat dahaga menunggu pasangan romantik itu. Sudah lah kepala pun rasa pening rasa nak pitam pun ada walaupun suasana sejuk tapi dia rasa panas. Rasa menyesal pun ada. Kalau lah dia tahu dengan ada Mawar tadi jadi macam ni awal-awal lagi dia kata tidak setuju. Kalau Mawar beria sangat nak ikut dia mahu tinggal di rumah dia lebih rela. Sekarang rasakan lah jadi orang ketiga.

"Mya you nak..."kata Zariq terhenti apabila dia memandang Mya tiada. Hampir terlepas bakul strawberry yang dipegang apabila Mya tiada dibelakangnya.

Seingat dia tadi Mya mengikut mereka dari belakang kemana pula Mya pergi? Kenapa Mya langsung tak beritahu dia apa-apa? Zariq sudah gelisah. Jangan kata dia merajuk dengannya pula sebab dia asyik berkepit berdua dengan Mawar.

"lah mana perginya isteri abang tu?"tanya Mawar dengan wajah menahan senyum.

Yes akhirnya! Ini yang dia mahukan. Mya mengalah dan memberi ruang kepadanya berdua dengan abang Amsyar.

"mana pula Mya ni pergi tak perasan pun"kata Zariq perlahan. Telefon dibelakang poket dikeluarkan baru sahaja mahu membuka contact baru dia perasan yang Mya tidak bawa telefon, telefon Mya dicas tinggal dirumah.

"call lah mana tahu isteri abang tu pergi tak jauh. Kalau jauh kang sesat pula. Kita juga yang susah"

Tanpa membalas kata-kata Mawar, Zariq terus berlari meninggalkan Mawar. Mya adalah keutamaannya sekarang ini. Macam mana Mya boleh hilang daripada radar pula ni sedangkan tadi Mya elok je ikut mereka dari belakang.

Izinkan Aku Mencintaimu [EDITING]Where stories live. Discover now