BAB 2

7.6K 222 6
                                    

MYA baru saja keluar dari bilik dan Mya terdengar sesuatu seperti bunyi pintu. Dengan rasa tidak sedap hati Mya gagahkan jua kakinya melangkah mendekati penyapu yang sedia ada di situ. Langkah berjaga-jaga kalau bunyi pintu itu adalah orang jahat. Rasanya semua orang sudah ke alam mimpi mana ada orang berjaga lagi.

Terbeliak mata Mya apabila melihat sosok tubuh yang berjalan perlahan-lahan sambil memandang kiri kanan. Tanpa sebarang kata terus Mya memukul sosok tubuh itu dengan penyapu. Mya tidak pasti itu siapa yang dia pasti orang itu adalah pencuri mana ada pencuri masuk rumah orang macam masuk dalam rumah sendiri.

"aduh aduh sakit"kata seseorang yang bersuara lelaki dan lelaki itu terus menekan suis pada lampu.

"Amil!"

Lalu penyapu ditangan Mya lempar ke tepi sambil mengetap bibirnya. Amil rupanya Mya fikir siapa lah tadi masuk dalam rumah macam pencuri. Risau juga sebab itu lah Mya dengan spontan memukul Amil dengan penyapu.

"woi sakit lah gila ke apahal pukul aku? shh jangan lah menjerit kau nak satu rumah dengar ke?"marah Amil.

Amil memegang bahunya yang sakit di pukul oleh Mya itu agak kuat Mya mengayun penyapu di bahunya rasa seperti bahunya macam mahu jatuh sebelah. Ingat balik boleh masuk tidur rupanya balik kena makan penyapu.

"maaf Amil, Mya tak perasan tadi tu Amil Mya ingat tu pencuri"kata Mya Arlisa lembut sambil menunduk.

"banyak lah kau pencuri kalau pencuri diorang tak guna kunci nak masuk dalam diorang redah je masuk dengan pintu tolak dengan kaki pun boleh terbuka"perli Amil sambil menjeling ke arah Mya yang menunduk dari tadi.

"minta maaf eh Amil. Amil kemana kenapa baru sekarang balik?"

Mya bangun sebab mahu ke bilik air untuk mengambil wudhuk kerana sekarang sudah subuh buka je pintu nampak sosok tubuh tengah berjalan perlahan-lahan sudah lah masih gelap sebab itu Mya cakap Amil itu pencuri.

"kau sibuk apahal? aku pergi solat subuh dekat masjid lah apa kau fikir aku tak solat ke?"

Mya mengaru kepalanya yang tidak gatal solat subuh? Macam kelakar je padahal baru sebentar tadi masuk azan subuh sebab itu Mya keluar dari bilik kerana mahu ke bilik air untuk mengambil wuduk.

"ha solat subuh? tapi bukan ke baru tadi azan subuh"kata Mya Arlisa lurus.

Amil termati kata lalu Amil menepuk dahinya. Nak menipu pun agak-agak lah kan dah jerat diri sendiri dalam perangkap yang dicipta oleh dirinya. Memang sah-sah lah perempuan ni bangun untuk solat subuh. Pepatah pernah berkata kerana mulut badan binasa macam situasi sekarang.

"ish ikut suka aku lah nak kemana pun yang sibuk hal aku ni kenapa?"

Malu apa Amil kepada Mya. Dia solat pun jarang-jarang apantah lagi nak tahu waktu masuk azan memang semua kelaut pasifik lah jawabnya.

"Amil baru balik lepak eh?"tanya Mya Arlisa seakan-akan tahu aktiviti Amil selama ini.

"jangan nak jaga tepi seluar aku boleh tak? Tepi sikit aku nak masuk tidur mengantuk tahu tak"

Amil terus menolak tubuh Mya ke tepi dan melangkah masuk ke dalam biliknya. Lagi lama duduk di situ lagi banyak soalan yang akan Mya tanya.

Mya menjeling ke arah Amil yang masuk ke dalam bilik. Suka hati je main tolak orang dah lah subuh baru nak balik apa nak jadi lah dengan Amil ni kalau baru pulang kerja tak apa juga ini baru pulang lepak.

Tanpa membuang masa Mya terus melangkah ke bilik air mahu mengambil wuduk, bak kata orang tak baik melambat-lambatkan solat subuh.

Selesai sahaja solat subuh Mya terus ke dapur untuk menyediakan sarapan. Mya sedar yang dirinya di sini hanya menumpang saja ini pun kira dah bersyukur kerana maksu dan paksunya bagi Mya menumpang di rumah mereka walaupun tidak tahu sampai bila.

Izinkan Aku Mencintaimu [EDITING]Where stories live. Discover now