BAB 40

5.7K 155 12
                                    

HARINI Zariq buat kerja gila boleh pula heret dia ke pusat membeli belah. Nak beli apa pun tak tahu. Sepatutnya harini Zariq dah mula masuk bekerja setelah beberapa hari di rumah kerana adanya Puan Sri Suhaini entah apa yang merasuki Zariq mengajaknya ke mall.

Kata Zariq mereka mahu menghirup udara luar maklum lah sepanjang adanya Puan Sri Suhaini di rumah mana pernah dia keluar rumah walaupun sekali. Cari nahas!

"i beli ticket cerita Annabelle comes home"kata Zariq kepada Mya yang bersandar tiang itu.

"kenapa pilih cerita hantu? Cerita yang lain tak ada ke?"

Mya mula tidak sedap hati. Kenapa lah dalam banyak-banyak cerita yang keluar wayang kenapa Zariq lebih memilih mahu menonton cerita hantu begitu? Tak tahu ke dia ni penakut tersangat-sangat. Sengaja nak kenakan dia ke apa Zariq ni.

"cerita ni je yang best pun lagipun baru je keluar semalam. Selain tu ada je cerita lain macam cerita Boboiboy you nak tengok ke?"

"boleh je asalkan bukan cerita hantu! Saya takut tahu tak tengok cerita hantu ni meremang satu badan"

Meremang habis satu badannya sekarang ini. Tahu benda itu yang dia takut Zariq tetap nak juga buat. Kalau begitu baik tak payah ajak dia tengok wayang ingat nak ajak tengok cerita action ke apa pejam celik pejam celik cerita hantu juga menjadi pilihan Zariq. Cis!

"nak takut apa tu kan berlakon je bukan ada apa pun yang you nak takutkan sangat tu. I kan duduk sebelah you je nak takut apa kalau you takut ni ha lengan i sentiasa ada untuk you berlindung"

"banyak lah awak. Nanti kalau saya terjerit dalam panggung awak jangan kata apa eh sebab awal-awal lagi saya dah beritahu awak saya tak minat dengan cerita hantu ni semua"

"yelah sekarang ni jom masuk wayang kita akan start lagi 10 minit pintu pun dah buka tu"ajak Zariq lalu dia melangkah terlebih dahulu meninggalkan Mya dibelakang yang membawa 2 bekas berisi popcorn.

Buat sakit gigi je makan popcorn ni. Dah nama pun Zariq mana dengar cakap orang. Orang cakap tak nak dia tetap beli juga. Memang akan dia sumbat semua dalam mulut Zariq popcorn ni gatal sangat beli sampai 2 siapa suruh. Cari pasal!

"awak saya takut! Hantu tu muncul"kata Mya perlahan tapi masih menarik baju Zariq sehingga bahu Zariq begitu rapat dengan wajah Mya.

"you nak takut apa lawak lah dia duduk dalam reban ayam"

"saya nak keluar saya takut"

"hei hei jangan lah lagi 30 minit habis kita keluar lah. You takut you menyorok je bawah ketiak i"

Dalam takut-takut Mya masih mengintai. Ni cerita hantu ke cerita lawak? Kenapa sesetengah penonton ketawa dengan aksi cerita itu? Dia mula keliru. Dia langsung tidak tengok dan tidak faham biji buah pada awalnya sahaja dia fokus bila dah tengah mula lah hantu Annabelle tu muncul gara-gara seorang wanita gatal tangan membuka kunci almari kaca itu. Geram sungguh Mya dibuatnya!

"you tengok lah tu kelakar gila"kata Zariq masih ketawa.

"takmau saya takut lah"

"you tengok lah sekejap depan"

"takmau"

"please tengok kejap je"

Izinkan Aku Mencintaimu [EDITING]Where stories live. Discover now