MEMBULAT mata Zariq mendengar. Fariz nak berkahwin? Haih biar betul? Dia tak mimpi disiang hari kan? Playboy berjaya seperti Fariz akan menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi. Sumpah ini mimpi.
"kau biar betul Riz dengan siapa?"
Fariz tersenyum malu-malu.
"dengan Nina lah siapa lagi dah aku bercinta dengan dia mesti lah aku kahwin dengan dia"
"huh kau biar betul Riz? Dengan Nina? Eh bukan ke korang baru je bercinta tak sampai berapa bulan apa benda yang kau buat sampai nak kena kahwin cepat ni?"
"ayat kau tu elok-elok sikit eh. Macam aku ni buat benda jahat pula. Dah dua-dua pihak setuju kahwin jelah tak nak buat maksiat orang kata"
"geli aku dengar. Padahal lebih pada tu kau buat sekarang ni acah suci pula kau"
"biar lah aku cuba untuk jadi yang terbaik"
"malas aku. Bilanya nak berlangsung?"
"bulan depan?"
Terus tersembur air yang diminum oleh Zariq. Terkena muka Fariz. Siapa suruh buat orang terkejut kan dah kena sembur.
"kau main-main ke apa Riz? Bulan depan? Harini dah 29 tahun bulan esok dah masuk 1 hari bulan tahu tak"
"betul lah 23.3.2023 apa yang main-mainnya?"
"kalau ye pun tak sabar jangan lah nampak sangat gelojoh namanya tu"
Fariz tersengih. Nak buat macam dia sudah tidak sabar mahu bersama dengan Nina sehingga nak kahwin pun cepat-cepat nasib baik kedua belah pihak setuju dengan cadangannya. Alhmadulillah.
"ha kau jangan lupa bawa Mya sekali kalau tak murung bakal isteri aku hari kitorang nikah nanti"
Bawa Mya ke kenduri kahwin Fariz dan Nina? Dia tak rasa cadangan itu bagus baginya. Mesti lah Mya akan terjumpa dengan orang orang. Dia lebih suka mengurung Mya di dalam rumah sahaja dari biar Mya berjumpa dengan ramai orang. Peduli lah orang cakap dia ni kawal Mya ke apa janji dia tahu apa dia buat ini untuk kebaikan mereka berdua juga.
"kau jangan nak bagi alasan tak nak bawa Mya pula. Bawa jelah jumpa dengan Nina makan lepastu balik lah datang sekejap pun tak apa dah janji korang datang majlis kami nanti"
"tengok lah macam mana nanti"
"lagi 1 kalau kau sukakan Mya lebih baik kau luahkan dekat Mya. Jangan kau terlepas sudah lah. Perempuan cantik macam Mya tu ramai orang nak kahwin ke tak kahwin mana orang hairan dah zaman sekarang semua kaki rembat hak orang. Turunkan lah ego melangit kau tu. Tak salah pun kau mengaku kau suka bini kau tak ada orang nak saman"
Zariq hanya diam mendengar. Memang lah tak ada orang saman tapi dia malu. Dia beria pesan dekat Mya dulu jangan ada perasaan suka sama lain tapi sekarang dia pula nak luahkan isi hatinya yang dia sukakan Mya? Haish malu lah dia.
"fikir lah baik-baik Riq. Biar lah kahwin sekali je seumur hidup kau. Kalau kau sayang Mya buat cara sayang jangan sampai Mya tawar hati dengan kau sudah. Kau dengar ke tak ni? Penat mulut aku bercakap ni jangan kata kau tak dengar pula aku cekik kau!"
"aku dengar lah. Jom aku nak balik dah ni nak kena singgah rumah family aku dulu nak ambil barang"
"ha yelah aku pun nak jumpa dengan bakal isteri aku juga ni rindunya tak jumpa 2 jam"
"geli lah aku dengar dah berambus sana"
Tiba sahaja di rumah keluarga Zariq dikejutkan dengan deretan kereta di rumah keluarganya. Siapa pula yang datang ni? Puan Sri Suhaini tak ada pula beritahunya ada tetamu bertandang ke rumah. Dia suruh ke sini pun sebab ada perkara mahu bincang tetapi tidak tahu tentang apa.
YOU ARE READING
Izinkan Aku Mencintaimu [EDITING]
RomanceMYA ARLISA-seorang gadis yang lemah lembut dan sopan. Siapa yang melihat gadis itu pasti akan tertarik dengan sifat dan rupa gadis itu. Dia juga seorang anak yatim piatu yang kehilangan ibubapanya sejak kecil lagi dan menumpang kasih sayang dari ibu...