"AWAK"
"awak"
"awak"
3 kali Mya menyahut nama Zariq dengan kuat yang sedang berlari itu tidak sekali pun Zariq mengalih ke belakang memandang ke arah belakang. Memang tak dengar lah kalau kedua belah telinga disumbat dengan earphone memang pekak lah ceritanya takkan dengar orang panggil. Mya mengesat peluh di dahi. Sungguh memenatkan!
Zariq sungguh bertenaga berlari tanpa mempedulikan dirinya dibelakang. Kata Zariq 1 pusingan sahaja. Pada mulanya Mya masih okay boleh berlari seiring dengan Zariq tapi apabila Zariq memusing lagi Mya sudah lelah. Tak mampu lagi nak sambung berlari penat sebab besar betul kawasan mereka berjogging ini.
Mya memandang ke arah kerusi batu ditepi pokok itu. Tanpa mempedulikan Zariq yang sedang berlari itu Mya mengambil keputusan untuk duduk sahaja di kerusi itu sambil menunggu Zariq. Nanti Zariq akan pusing dekat sini balik jadi tak adalah risau sangat.
"panasnya"kata Mya sambil mengesat peluh di dahi. Wajahnya sudah membahang akibat panas.
Terlupa pula mahu membawa sebotol air dari rumah kalau tidak dapat lah dia basahkan tekaknya yang sedang dahagakan air sekarang ini. Sudah lama tidak berjogging habis 1 badan sakit sana sini. Kakinya pula usah cakap lah rasa macam nak patah. Tengah melari boleh pula kakinya terpelecot. Nasib baik tak teruk sangat dan tak ada rasa sakit.
Akibat tercabar dengan kata Zariq yang kata dia sudah sedikit berisi terus Mya setuju tanpa memikirkan akibat kemudian hari. Betul ke dia dah gemuk? Duduk rumah makan tidur je boleh jadi juga itu penyebab utamanya. Kalau lah dia tahu terseksanya dia ikut Zariq berjogging lebih baik dia duduk rumah menonton drama Korea tak adalah memenatkan sangat seperti ini.
Hampir 15 minit Zariq berlari Zariq berhenti seketika. Penat juga sudah lama tidak keluar berjogging sekali berjogging peluh 1 badan. Selalunya dia tidak ada masa untuk berjogging balik kerja pun lewat sangat bila celik mata terkejar ke pejabat pula. Sabtu dan Ahad je waktu cutinya tapi itu pun dia ada aktiviti sendiri jadi tiada masa lah untuk dia berjogging.
Pada mulanya tadi Mya agak keberatan untuk mengikut bermacam-macam alasan Mya beri. Tak larat lari lah, takut pengsan tengah berlari lah tapi dia tidak peduli Mya harus juga mengeluarkan peluh. Cakap pasal Mya terus matanya memandang ke belakang. Kosong.
Earphone kedua belah telinga dicabut keluar. Aik mana Mya pergi? Tadi bukan berlari belakangnya ke? Bila Mya tak ada belakangnya? Rasanya 1 pusingan tadi Mya berlari dibelakangnya lagi siap boleh tersengih-sengih walaupun nafas sudah tercungap-cungap.
"aduh mana perempuan ni pergi pula!"kata Zariq sambil mencekak pinggang.
Matanya memandang ke sekeliling kawasan. Tiada! Aduh serabutnya. Hilang kemana pula Mya ni. Sudah lah penat berlari pun tak habis lagi. Dadanya sudah naik turun.
Baru nak keluarkan telefon dia terlupa pula yang telefonnya berada di dalam kereta tadi. Masa susah macam ni lah semua benda nak tinggal kan dah susah! Yang Mya ni pun satu nak berhenti mana-mana ke dah tak pandai nak panggil dia? Suka hati je berhenti mana-mana tak panggil dia.
"mana nak cari perempuan ni. Alahai perempuan ni kan suka cari pasal lah"bebel Zariq lalu Zariq berlari semula mana tahu kot-kot terserempak dengan Mya ke.
Kalau jumpa dengan Mya kejap lagi tunggu lah akan dia ceramah dekat Mya cukup-cukup. Berani tinggal dia lari sorang-sorang dibelakang. Tak tahu ke dia tengah susah hati sekarang ini. Macam mana kalau Mya betul-betul hilang? Duit pun rugi dirinya juga pun rugi.
"hai Mya kan?"
Mya terus mengalih memandang ke arah si penegur itu. Matanya terus membulat. Dadanya sudah berdebar hebat. Kenapa dia boleh ada dekat sini? Kenapa banyak-banyak tempat dalam dunia ni kenapa di sini juga mereka ketemu? Dah kecil sangat ke dunia?

YOU ARE READING
Izinkan Aku Mencintaimu [EDITING]
RomantiekMYA ARLISA-seorang gadis yang lemah lembut dan sopan. Siapa yang melihat gadis itu pasti akan tertarik dengan sifat dan rupa gadis itu. Dia juga seorang anak yatim piatu yang kehilangan ibubapanya sejak kecil lagi dan menumpang kasih sayang dari ibu...