SELEPAS 1 jam mereka merehatkan diri dan mandi Mya membawa diri untuk turun ke bawah. Mana lah tahu boleh tolong-tolong di dapur. Sejujurnya dia agak ketar sedikit maklum lah ini kali pertama dia ketemu dengan keluarga belah Tan Sri Razip. Walaupun nenda Zariq menerimanya tapi dia masih tetap rasa ketar.
Zariq pula bila disuruh mandi macam-macam alasan diberi. Lagi 5 minit lah 10 minit lah lepastu bila kejut tak bangun dah tertidur sampai berdengkur. Tak senonoh betul! Tahu lah letih memandu tapi letih Zariq tu macam baru balik berperang suruh mandi pun liat.
Melihat semua di dapur Mya melangkah perlahan ke dapur. Terdapat Puan Radiah, Suria dan seorang wanita bayanya sedang berperang di dapur.
"nenda"
Terangkat kepala Puan Radiah yang sedang menggulung kuih ketayap itu. Memandang ke arah cucu menantunya itu. Alahai cantik betul cucu menantunya ini iras-iras rupa pelakon Thailand Davikah!
"awal kamu turun tak rehat dulu ke?"soal Puan Radiah kepada Mya.
"saya dalam kereta tadi memang kerja tidur je takut terlebih tidur malam nanti tak boleh nak tidur pula. Sejuk eh air dekat sini"
Baru kena air terus melompat dia dalam bilik air. Sejuk gila. Rasa macam mandi dengan ais ketul pun ada sejuk dia tapi memang betul-betul lega. Suasana ini takkan dapat rasa di Kuala Lumpur.
"ha yelah kau kena biasakan diri dekat tempat sejuk ni. Siang malam sejuk tapi jangan sampai demam pula. Malam nanti kalau rasa sejuk jangan pasang kipas tak pasal-pasal dedua kejung"
Mya hanya mengangguk kepala tanda faham. Matanya memandang ke arah perempuan muda yang sedang mengerling dirinya dari tadi. Siapa ya perempuan ini? Tadi tak ada pun.
"orang bandar mana biasa duduk kampung macam ni"kata perempuan itu sambil fokus mengacau sesuatu di dalam kuali.
"lah biar lah kau tu kena Mawar? Kacau ayam masak merah aku tu elok-elok. Nak memasak ni hati kena bersih jangan nak jadi hitam sangat nanti masakkan tak menjadi kau makan"balas Puan Radiah kepada Mawar.
Terdiam terus Mawar mendengar. Biasalah Puan Radiah dengan mulut seperti machine gun. Dia cuma kata satu perkataan tapi dibalas beribu patah. Akhirnya dia juga yang koyak.
"saya pun orang kampung je bukan orang bandar. Saya lahir dekat Penang memang duduk dekat kampung jadi saya okay je dengan suasana dekat sini lebih tenang"
"ha dengar tu Mawar jangan nak menilai orang dari segi rupa. Aku tak ajar kau ada sifat suka perli orang sana sini"kata Puan Radiah lagi kepada Mawar.
Sebelum ni Mawar tak macam ni pun. Sopan je dengan semua orang. Selepas sahaja Suria memberitahu yang Zariq bawa isteri datang kemari terus riak wajah Mawar jadi lain lepastu ditanya itu ini dengan Mawar. Hatinya memang syakkan sesuatu. Mawar sukakan Zariq.
"yelah nenda mana lah Mawar tahu dia pun orang kampung. Ingat orang bandar tadi"
"dah jangan banyak cakap tengok ayam masak merah tu rasa dah okay ke belum kalau perlu tambah apa-apa tambah je tapi jangan masin sangat nanti aku darah tinggi siap kau"
"orang tahu lah nenda"
"bagus lah kalau kau tahu"
"hmm ada apa-apa yang saya boleh tolong?"tanya Mya kepada Puan Radiah.
"ada. Tolong lah kejutkan suami kau tu suruh dia pergi mandi nak dekat maghrib dah ni tak elok tidur waktu macam ni"
"dah kejut dah nenda tapi macam-macam alasan dia bagi"
"budak tu memang lah macam tu perangai macam budak-budak tak berubah-ubah. Kau kejut jelah kalau susah sangat bangun kau azan je dekat telinga dia insha allah dia bangun dengan secepatnya"
YOU ARE READING
Izinkan Aku Mencintaimu [EDITING]
RomanceMYA ARLISA-seorang gadis yang lemah lembut dan sopan. Siapa yang melihat gadis itu pasti akan tertarik dengan sifat dan rupa gadis itu. Dia juga seorang anak yatim piatu yang kehilangan ibubapanya sejak kecil lagi dan menumpang kasih sayang dari ibu...