KEESOKKAN paginya. Mya mengeliat di atas katil lalu tersenyum apabila mengingati dimana mereka berada sekarang ini. Lega dapat tidur dengan lama. Selepas sahaja sampai di hotel mereka berdua terus menghumban diri di atas katil sehingga sekarang.
Sekarang ini di Paris jam menunjukkan sudah pukul 11.45 pagi. Mya melihat ditepi ada Zariq yang masih tidur nyenyak tanpa sedar yang Mya sudah pun bangun. Sudahlah Paris ni sejuk boleh pula Zariq bedal tidur tak pakai baju macam dekat Malaysia.
Kata dulu selalu juga dia menjelajah dunia bersama kawan-kawannya. Semua negara dia pernah pergi. Kali terakhir Zariq datang Paris adalah 3 tahun lepas.
"baru bangun ke?"tanya Zariq yang menggosok matanya itu.
"haah baru bangun"jawab Mya lalu dia bangun menarik langsir.
Terpampang jelas Eiffel Tower dari tingkap hotel ShangRi-La Paris. Mya menutup mulutnya sambil menggeleng kepala. Sungguh dia tidak percaya dia dapat ke Paris selama dia hidup. Lagi-lagi dapat melihat Eiffel Tower di depan mata lagilah dia rasa tidak percaya rasa macam mimpi pun ada.
Zariq menyelak selimut yang menutupi badannya lalu melangkah ke arah Mya yang berada di hadapan tingkap itu. Dagubta berlabuh di bahu Mya sambil memandang juga ke arah Eiffel Tower itu.
"cantikkan Eiffel Tower tu? Orang panggil Eiffel Tower tu kota cinta"kata Zariq kepada Mya.
"oh yeke sebab ramai pasangan bercinta datang sini sebab itu orang panggil Eiffel Tower kota cinta?"tanya Mya sambil senyum.
"maybe macam kita sekarang. I nak Eiffel Tower ni jadi saksi cinta antara kita"
Mya sudah tersenyum mendengar. Zariq ni tiba-tiba bersweet pula sampai sini. Dekat Malaysia sweet juga tapi dekat sini kenapa bertambah sweetnya? Mungkin effect mereka berada di Paris kot. Terlebih sweet.
"can i make request to you?"
"apa?"
"mulai harini boleh tak kita jangan panggil awak-saya, i-you tapi abang-sayang?"
"perlu ke?"tanya Mya dengan wajah sudah membahang. Memang ini panggilan yang dia mahu panggil Zariq dan Zariq memanggilnya.
"kenapa pula? Memang itulah panggilan suami isteri sepatutnya panggilkan?"
"sebenarnya memang dah lama saya nak panggil awak abang tapi saya takut awak tak suka bila saya panggil awak abang"
"really? Glad to hear that sayang. Please call me abang again"
Wajah Mya kembali membahang. Suruh panggil abang je tapi kenapa dia pula yang membahang ni? Memang ini yang dia mahukan selama ini. Bila dah diberi peluang dia pula malu. Mya mengetap bibirnya kuat.
"please call me abang"rayu Zariq sambil membuat wajah comel.
Meletus tawa Mya melihat wajah comel Zariq itu. Apa perasan bila tengok lelaki kacak buat muka comel? Rasa nak ketawa kan lepastu terpegun inilah yang dia rasakan sekarang ni.
"abang sayang"panggil Mya dengan nada meleret.
Makin lebar senyuman Zariq apabila Mya memanggilnya abang lagi-lagi dengan suara begitu. Cair hatinya ini. Walaupun orang selalu cakap hati dia keras macam batu tapi bila dengan isterinya dia tak mampu nak buat dingin macam dia buat dekat orang lain.
"you make me fall in love with you today and the next day"
"love me until i'm old"
"of course you are my life that i will take care of you until old age"
Tubuh Mya dikalih supaya menghadapnya. Rambut Mya yang berjuntai di dahi diselitkan dibelakang telinga Mya. Mya tersangatlah cantik tanpa sebarang make up di wajah. Wajah Mya nampak bersih sahaja. Dia lebih suka Mya tanpa make up dari bermake up. Biarlah dia seorang sahaja yang dapat tengok bertapa cantik Mya dimatanya sekarang ini.
![](https://img.wattpad.com/cover/162074535-288-k530059.jpg)
YOU ARE READING
Izinkan Aku Mencintaimu [EDITING]
Storie d'amoreMYA ARLISA-seorang gadis yang lemah lembut dan sopan. Siapa yang melihat gadis itu pasti akan tertarik dengan sifat dan rupa gadis itu. Dia juga seorang anak yatim piatu yang kehilangan ibubapanya sejak kecil lagi dan menumpang kasih sayang dari ibu...