BAB 32

5.2K 150 26
                                    

HARI ini cukup seminggu Mya dengan Zariq saling tidak bertegur sapa. Mya juga tidak langsung tegur Zariq sama sekali. Sediakan makan pakai untuk Zariq selepas itu dia masuk semula ke dalam bilik walaupun dia tidak tahu mahu buat apa di dalam bilik. Kalau Zariq keluar pergi kerja boleh lah dia melepak depan televisyen kalau Zariq tak pergi kerja dia rela terkurung di dalam bilik 24 jam tak payah tengok muka Zariq pun tak apa.

Zariq pula selalu pulang kerja lewat. Kadang pukul 12 malam baru lah pulang sewaktu itu dia sudah tidur kadang dia terjaga bila terdengar bunyi pintu tapi malas mahu mengambil tahu. Dia masih terasa sakit hati atas perbuatan Zariq hari itu. Walaupun tidak salah di sisi agama tapi Zariq salah kerana melayannya seperti perempuan simpanan.

Nak buat macam mana ini jalan yang Zariq tentukan untuknya. Mya langsung tidak pernah terfikir akan hidup dengan cara ini. Cara yang amat menyeksakan dirinya sendiri! Hidup serba mewah tapi hatinya kosong.

Tok...tok

Mya terpandang ke arah pintu. Zariq sudah pulang kerja ke? Tapi baru pukul 6 petang selalunya Zariq pulang lewat malam. Jarang nak ada di rumah awal-awal begini.

Pintu dibuka oleh Mya. Mya membetulkan rambutnya yang serabai itu. Sudah lama tidak berhadapan dengan Zariq rasa lain pula. Rasa berdebar pun ada. Selalunya tak macam ni pun rasa okay je harini pula rasa berdebar lain macam. Jantung pun bukan main laju berdegup macam baru lepas lumba lari.

"ada apa ni?"soal Mya apabila Zariq hanya berdiam.

Cepat-cepat Zariq mendehem. Lama tidak berhadapan dengan Mya rasa berdebar lain macam pula. Wajah Mya tanpa sebarang solekan dipandang. Sentiasa cantik walaupun tiada solekan. Wajah ini yang sentiasa menganggu tidur malamnya jadi tidak lena kerana tidak dapat menjamah wajah Mya. Ini semua gila!

"Nina dengan Fariz akan berkahwin Jumaat ni jadi diorang ajak kita pergi majlis diorang you nak ikut i pergi tak?"

Huh Nina nak kahwin dengan Fariz? Sumpah tak sangka. Tak sangka Nina akan menamatkan zaman bujangnya pada Jumaat ini.

"nak nak! Saya nak ikut"kata Mya dengan nada gembira.

Hilang terus wajah masam itu berganti dengan wajah gembira. Sejuk mata Zariq memandang Mya. Setiap perbuatan Mya sentiasa bermain difikirannya.

"okay Jumaat ni kita pergi. Esok i bawa you pergi beli baju"

"nak pergi majlis kahwin je pun buat apa nak kena beli baju baru? Baju kan dah berlambak dalam almari yang awak beli itu tak pakai lagi pun ada"

"nak pergi majlis kahwin kena pakai baju ikut tema. Tema diorang biru muda you tak ada baju biru muda. Esok i bawa you pergi beli baju kurung"

"ikut awak lah"

Asalkan Zariq mahu membawa dia ke majlis Nina nanti. Tak sabarnya mahu peluk Nina. Tak sangka Nina akan berkahwin lagi-lagi orang itu Fariz. Dari dulu lagi Nina anti dengan Fariz tak sangka diorang akan berkahwin dua.

"boleh buatkan i kopi susu?"

Rasanya sudah lama Zariq tidak meminta dia buat kopi susu. Maklum lah kedua-dua mereka melancarkan perang dingin antara satu sama lain. Permintaan Zariq yang ini tidak lah melampau kalau setakat minta buat kopi apalah sangat.

"boleh je kejap lagi saya hantar dekat awak"

"hantar dekat balkoni macam selalu"

Zariq terus berlalu pergi melangkah ke balkoni. Mya menutup pintu bilik dan bergerak ke dapur untuk membancuh kopi susu yang diminta oleh Zariq. Seminggu tak bancuh kopi susu agak-agak masih sedap macam dulu tak? Jangan ada yang komplen sudah suruh buat sendiri baru tahu.

Izinkan Aku Mencintaimu [EDITING]Where stories live. Discover now