"JAGA office baik-baik sepanjang aku tak ada ni. Kalau ada apa-apa berlaku diluar jangkaan aku kau orang pertama yang aku cari walaupun Tan Sri cakap dia akan tolong tengokkan pejabat sepanjang aku bercuti"pesan Zariq kepada Haris.
Haris hanya mengangguk kepala tanda faham. Tangannya naik menggosok matanya yang kabur itu. Mana taknya sekarang baru pukul 4:30 lagi dah kena pergi ke KLIA untuk menghantar Tuan dan Puan mereka untuk berangkat ke Paris. Aliff pun sudah berapa kali menguap.
"aku benarkan korang pakai kereta aku atas sebab nak kereta aku hidup jangan aku balik kereta aku semua mati tapi naik kereta aku untuk ke tempat yang baik-baik sahaja faham?"
"yes!"kata Haris dan Aliff perlahan.
Ini yang mereka seronok dapat naik kereta mewah bos mereka. Memang selalu pun mereka bawa kereta bos mereka jika bos mereka outstation kadang sampai 2 minggu memang mereka berdua lah naik ke sana sini. Boleh lah berlagak jadi orang kaya sekejap dalam masa 5 hari.
"lagi satu tolong pantau mama aku sama aku takut kalau aku tak ada dekat rumah dia datang rumah aku lagipun dia tahu password pintu rumah"
"baik bos menurut perintah!"kata Haris dan Aliff serentak.
"pergi belikan aku dengan bini aku chocolate cream cold brew kat Starbucks"kata Zariq lalu menghulurkan kad hitam miliknya kepada Haris.
"untuk kitorang sama tak?"tanya Aliff sambil mengelip mata.
Zariq mengeluh perlahan. Semua nak dia yang belanja. Nasib dua orang tu pekerja kesayangan serta orang kepercayaan.
"kalau rasa nak kena potong gaji bulan ni beli lah aku okay je"
"eh siapa kata nak guna kad bos? Saya maksudkan kad Haris kan"kata Aliff lalu menyiku lengan Haris.
Haris pula menayang wajah bingung. Bila masa pula dia nak belanja Aliff ni? Sudah lah air Starbucks secawan pun main belasan ringgit. Buat rugi duit je belanja Aliff ni.
"guna jelah aku tak potong gaji korang. Pergi cepat aku haus ni"
"baik bos!"dengan pantas Haris dan Aliff melangkah pergi.
Zariq menggeleng kepala dengan perangai pekerjanya itu. Kakinya melangkah semula ke kerusi yang diduduki oleh Mya. Mya terpejam mata sambil tersengguk-sengguk menahan kantuk.
Kesian melihat Mya tersengguk-sengguk hingga mahu terjatuh dari kerusi kepala Mya ditarik dan disandarkan ke dadanya. Zariq menyelesakan badannya agar Mya rasa selesa untuk bersandar.
"eh tak apa saya okay je"kata Mya dengan nada serak basah.
Sempat dia menyapu tepi bibirnya risau kalau terkeluar air liur basi. Malu lah dekat suaminya nanti.
"tak apa tidur je flight kita pukul 5:15 nanti pengumuman masuk i kejut you"kata Zariq kepada Mya.
"awak selesa ke? Saya ni berat"
"i okay je sayang sandar lah dekat dada i"
Mya hanya menurut. Tak kuasa nak berlawan sebab dia masih dalam mood mengantuk. Mata dia tak dapat tahan dari celik lagi dah. Sedikit lagi dia nak jatuh terduduk tadi nasib baik lah Zariq cekap menyambutnya kalau tidak sakit dapat malu pun dapat.
Mendengar dengkuran halus dari Mya, Zariq mengeluarkan telefonnya dari poket seluar. Terlupa pula dia mahu memberitahu abahnya yang mereka mahu berangkat sekejap lagi. Tan Sri Razip hanya tahu yang mereka akan berangkat hari ini tapi tidak tahu pada pukul berapa.
"Assalammualaikum abah ni Riq nak bagitahu yang kejap lagi kitorang akan berlepas dah sekarang ni dah ada dekat airport"
"Waalaikummusalam lah yeke? Abah ingat flight kamu siang"
![](https://img.wattpad.com/cover/162074535-288-k530059.jpg)
YOU ARE READING
Izinkan Aku Mencintaimu [EDITING]
RomanceMYA ARLISA-seorang gadis yang lemah lembut dan sopan. Siapa yang melihat gadis itu pasti akan tertarik dengan sifat dan rupa gadis itu. Dia juga seorang anak yatim piatu yang kehilangan ibubapanya sejak kecil lagi dan menumpang kasih sayang dari ibu...