SUDAH 2 malam hujan membasahi bumi. Kalau setakat hujan lebat sahaja tak apa ini dengan guruh kilat sungguh menakutkan Mya yang tidur sendirian itu. Kilat berdentum-dentam di luar. Dia langsung tidak boleh pejamkan mata tapi dia terpaksa memejam mata kerana takut dengan kilat dan guruh. Sungguh dia fobia apabila hujan nanti datang lah guruh dan kilat.
Selalunya kalau guruh dan kilat ini mesti dia dah himpit Zariq sehingga Zariq tidak boleh beralih badan tapi apakan daya dia dan Zariq tidur berasingan. Kenapa lah malam ni juga baru nak guruh dan kilat? Takkan lah dia mahu menganggu Zariq pula yang sedang tidur itu.
Tidak tahan lagi dengan bunyi kilat dan guruh yang menyambar itu Mya dengan pantas bangun dari katil memulas tombol pintu dan berlari ke bilik Zariq dihadapan biliknya. Tidak peduli lah kalau lelaki itu mahu marah dia ke apa janji dia rasa sedikit selamat.
Terlihat Zariq sedang tidur tidak sedar diri itu. Yang ini kalau bom duduk sebelah pun belum tentu akan terjaga maklum lah tidur mati. Tengok lah sekarang kilat berdentum-dentan Zariq masih tidur lena seperti tiada apa-apa sedangkan dia nak pejam mata pun susah.
Sejuk betul aircond dalam bilik Zariq. Tak sejukkah lelaki itu tidur sambil membuka aircond pada waktu hujan lebat begini sudah lah tidur tak suka memakai baju selamba je tidur.
Selimut diselak oleh Mya dan Mya menginjak tubuhnya dekat dengan tubuh Zariq. Apabila kilat menyambar dengan pantas Mya menyorok di bawah ketiak Zariq. Sungguh dia sangat takut ini bukan takut dibuat-buat tapi dia benar-benar takut.
Perlahan-lahan Zariq membuka mata apabila terasa tubuhnya dihimpit sesuatu. Melihat Mya sedang menyorok di bawah ketiaknya. Dia pandang ke arah luar tingkap. Kilat rupanya patut lah Mya boleh ada dalam biliknya sebab Mya takutkan kilat dan guruh.
"Mya kenapa ni?"tanya Zariq dengan nada serak basah.
"kilat dan guruh dekat luar saya takut. Maaf ganggu awak tidur"jawab Mya sambil menarik selimut naik ke pangkal leher. Terlampau takut.
"tak lah tak ganggu i pun"
Zariq terus mengiringkan tubuhnya dan jarinya membelai lembut rambut Mya yang dekat di mukanya. Wanginya rambut. Hujan-hujan begini ada pula Mya menjadi penghangat tubuhnya di malam hujan sedang membasahi bumi.
"saya nak tumpang tidur malam ni dekat sini boleh? Saya takut nak tidur sorang-sorang"
"boleh je Mya kalau hari-hari you tidur dengan i pun tak ada masalah"
Tangan Zariq masih membelai rambut Mya. Dengan Mya iman dia menjadi senipis kulit bawang. Dalam keadaan begini pun dia masih bernafsu terhadap Mya walaupun niat Mya hanya mahu tumpang tidur di dalam biliknya kerana takut dengan kilat dan guruh tapi baginya Mya menaikkan nafsu lelakinya.
"tidurlah i temankan you tidur"
Mya hanya menurut lalu memejam matanya. Harap-harap lah dia boleh tidur dah ada teman tidur jangan mata tak mengantuk pula. Hujan ni pun kenapa tak berhenti-henti lagi. Rasanya dekat 2 jam dah hujan turun tapi tiada tanda-tanda pun nak berhenti. Kalau di rumah Puan Marni di Johor kalau hujan tak berhenti-henti begini sah dah banjir teruk maklum lah rumah kampung je air senang masuk. Sekarang ini alhamdulilah rumah maksunya tidak lagi masuk air kerana sudah dinaikkan taraf.
"i janji Mya akan jaga you sampai bila-bila"kata Zariq perlahan sambil membelai rambut Mya.
"tolong jangan tinggalkan i walauapapun jadi nanti"
Zariq terus menarik tubuh Mya memeluk tubuhnya. Bibirnya naik mengucup rambut Mya sebelum menepuk belakang Mya seperti mendodoikan. Semoga esok menjadi hari yang lebih baik dari sebelum ini.
"Morning"sapa Mya sebaik sahaja Zariq tiba di meja makan.
"morning Mya"
Blazernya diberi kepada Mya sebelum menyangkutkan blazer Zariq dikepala kerusinya yang akan di duduk. Teko berisi teh panas diambil dan dituang dengan berhati-hati di cawan Zariq.
YOU ARE READING
Izinkan Aku Mencintaimu [EDITING]
Storie d'amoreMYA ARLISA-seorang gadis yang lemah lembut dan sopan. Siapa yang melihat gadis itu pasti akan tertarik dengan sifat dan rupa gadis itu. Dia juga seorang anak yatim piatu yang kehilangan ibubapanya sejak kecil lagi dan menumpang kasih sayang dari ibu...