BAB 65

2.6K 96 0
                                    

TIDAK berhenti-henti Zariq ucapkan syukur kepada Allah. Tidak sangka Mya sudah mengandung 2 bulan . Nasib baiklah kandungan Mya tidak apa-apa selepas ditolak dengan mamanya. Kalau tidak menyesal dia kerana tidak dapat pulang ke rumah terlebih awal. Asalnya dia sudah dalam perjalanan mahu pulang ke rumah tetapi dia patah balik semula ke pejabat kerana dia tertinggal dompetnya. Mahu tak mahu terpaksalah patah balik. Bermacam-macam kad ada di dalam dompetnya.

Sebaik sahaja dia turun daripada lift Haris menghubunginya kata Haris. Puan Sri Suhaini dan Arissa sudah naik ke tingkat rumahnya. Dengan pantas Zariq memecut sehabis laju. Semua dia langgar kerana hatinya sibuk memikirkan isterinya di rumah. Bermacam-macam benda dia fikir dan apa yang dia fikir itu terjadi hari ini.

Sampai sahaja dirumah mamanya sudah menolak Mya hingga ke dinding dan Mya terjatuh terjelepok disitu. Apabila dia melihat isterinya ditolak terus dia masuk tanpa menghiraukan mamanya yang ada disitu.

Berderau darahnya apabila Aliff berkata darah. Dia tidak fikir apa dah waktu itu. Dia gelabah sangat sampai tidak tahu mahu buat apa. Nasib baik Haris menyuruhnya membawa Mya ke hospital. Kalaulah lambat tadi doktor kata kandungan Mya mungkin tak dapat diselamatkan.

Zariq mengucup kekura tangan Mya yang masih tidak sedarkan diri itu. Hampir 2 jam Mya terbaring di atas katil. Bajunya yang penuh dengan darah semasa mengangkat Mya ke hospital tidak dihiraukan lagi. Dia hanya meminta Haris untuk membawa baju salin untuknya. Dia mahu menunggu Mya hingga sedar. Dia mahu sebaik sahaja Mya buka mata wajahnya ada di hadapan Mya.

"Tuan ni baju yang Tuan minta saya bawa"hulur Haris kepada Zariq.

Zariq meraup wajahnya sebelum menyambut huluran beg ditangan Haris. Sempat dia mengelamun.

Haris melihat wajah serabut majikannya itu sambil tersenyum nipis. Jarang nak boleh nampak muka majikan begini ini semua gara-gara risaukan isterinya. Luar nampak tegas dalam hati tersangatlah lembut. Itu yang Haris dapat gambarkan selepas dia melihat majikannya.

"Tuan kalau Tuan nak balik bersihkan diri tu balik lah saya boleh jaga Puan"kata Haris kepada Zariq.

Tugas dia adalah menjaga Tuan dan Puannya. Kalau Zariq memerlukan khidmat Haris, Haris akan mengikut Zariq manakala Aliff pula akan menjaga Mya.

"it's okay aku taknak. Tolong belikan aku air"

"okay itu je ke?"

Zariq hanya mengangguk sebagai balasan. Dia tidak mahu kemana-mana selagi Mya tidak sedar. Siapa suruh pun dia tidak akan menganjak dari kerusi itu.

"kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu. Aliff ada dekat luar kalau Tuan perlukan dia"

Zariq mengangguk lagi. Haris terus keluar dari bilik vvip itu.

Zariq membuka butang baju kemejanya itu dan dilemparkan di atas kerusi. Dia mahu ke tandas sebentar cuci muka dan apa yang patut.

Perlahan-lahan Mya membuka mata dan memandang sekelilingnya. Ini bukan di bilik tidur mereka. Dengan tenaga yang ada Mya sedaya upaya untuk bangun dari pembaringan.

Baru sahaja mahu bergerak tangannya naik melekap diperut. Rasa sakit dan Mya mengerang kecil. Zariq yang berada di dalam bilik air mendengar seperti suara Mya langsung bergegas keluar dari bilik air.

"sayang!"panggil Zariq kuat. Dengan pantas Zariq menghampiri Mya yang mahu turun dari katil itu.

"abang"panggil Mya perlahan. Perutnya masih rasa sakit.

Izinkan Aku Mencintaimu [EDITING]Where stories live. Discover now