BAB 55

3.9K 113 10
                                    

"JEMPUTLAH masuk rumah Mak Ndak yang tak seberapa ni"kata Mak Ndak kepada Zariq dan Mya.

Mya dan Zariq melangkah masuk ke dalam rumah. Sunyi sepi rumah Mak Ndak. Kata Mak Ndak hanya Daniel sahaja tinggal di rumah ini dia tiada di rumah kerana dia kerja malam baru pulang manakala anak kedua Mak Ndak pula sambung belajar dekat belah pulau kadang-kadang je balik ke rumah kalau ada masa terluang.

Haris dan Aliff pula Zariq menyuruh mereka check in mana-mana hotel dekat dengan rumah Mak Ndak. Senang nanti bila dia perlukan mereka berdua dengan pantas mereka boleh datang. Sempat Zariq menukar kereta Porsche kepada Alphard maklum lah esok Pak Ndak sudah dibenarkan pulang. Itu sebab penting bawa kereta besar.

"hampa masuk lah berehat dulu mesti hampa letih tunggu sampai waktu melawat kedua pula"

"tak letih pun Mak Ndak sekurang-kurangnya Mya tau keadaan Pak Ndak kalau tak hati ni tak senang duduk"

"untung Pak Ndak kamu ada anak saudara macam kamu Mya. Masuk lah bilik berehat buat lah macam rumah sendiri nohh kalau rasa nak minum ka buat air ka pi ja dapur"

"baik Mak Ndak"kata Mya sambil senyum.

"ni hampa masuk bilik depan bilik Dani ni. Ni bilik tetamu tapi bilik tu kecil jalah katil bujang satgi Mak Ndak hantar mai toto kat hampa"

"susahkan Mak Ndak je"

"tak ada susah aih Mak Ndak lagi suka orang mai menginap kat rumah. Masuk lah berehat Mak Ndak nak mandi solat sat"kata Mak Ndak lalu meminta diri masuk ke dalam bilik.

Mya dan Zariq melangkah masuk ke dalam bilik yang ditunjukkan oleh Mak Ndak sebentar tadi. Tak adalah kecil okay je kecil dan kemas. Mya sukakan benda yang nampak kemas kalau tidak serabut mata dia melihat rasa nak mengemas.

"awak betul ke nak bermalam dekat sini?"tanya Mya kepada Zariq.

"betul lah kenapa?"tanya Zariq pelik.

Tubuhnya dibaringkan di atas katil. Leganya dapat baring setelah beberapa jam hanya duduk sahaja. Selepas waktu melawat pada pukul 1 hingga 2 mereka tidak terus pulang malah terus menunggu pula waktu melawat pukul 5 hingga 7.

"kat sini tak macam dekat rumah dan hotel tau. Sini tidur pakai kipas je lepastu dah nama pun rumah kampung nyamuk tu wajib ada awak sanggup ke?"

Zariq terus bangun dari bangun memandang ke arah Mya yang juga sedang memandang ke arahnya itu.

"Mya i okay je i tak kisah lah. Bila lagi i nak rasa suasana kampung kan. You tak payah risaulah pandai-pandai lah i biasakan diri i"

Mya hanya mengangguk kepala. Kalau dah itu Zariq kata tak mengapa janganlah nanti malam lain pula dikatakan nanti. Awal-awal lagi dia dah bertanya sama ada Zariq okay ke tak dah kata okay tak apalah.

"i keluar kejap nak smoke"kata Zariq lalu terus bangun.

Sebaik sahaja Zariq keluar Mya pula mengambil alih baring di atas katil. Seronoknya dapat baring! Rasa taknak bangun dah tapi dia belum qada solat lagi tambahan pula maghrib pun dia belum solat lagi. Baring sekejap pun jadilah habuan letih.

Zariq menghembus asap rokok ke tepi. Matanya masih fokus memandang ke arah telefon. Sudah dimaklumkan kepada Tan Sri Razip yang dia pulang ke Penang ayah saudara Mya sakit. Nasib abahnya seorang yang memahami dan tidak kisah. Kata abah hari ini mama nak datang ke rumah tapi abah sempat menghalang katanya nak bawa mama makan dekat restoran kegemaran mama padahal mahu melindungi dirinya daripada kantoi.

Liyana yang baru sahaja mahu masuk ke dalam rumah tidak jadi untuk masuk apabila terpandang ke arah kereta mewah Toyota Alphard dihadapan rumah Mak Long

Izinkan Aku Mencintaimu [EDITING]Where stories live. Discover now