"ABANG Amsyar rasa lah kuih onde-onde ni Mawar buat sendiri tau"kata Mawar sambil menghulurkan pinggan berisi kuih onde-onde itu.
"tak nak lah abang tak berapa suka"tolak Zariq masih berlembut.
"alah abang rasa lah ni lain dari yang lain tau tak sama macam abang beli kat kedai"
Zariq mengeluh perlahan. Nak marah tapi tak sampai hati tapi dia memang tak berapa suka dengan kuih onde-onde itu. Dulu pun kalau Puan Sri Suhaini beli dia tengok sahaja bukan makan pun takkan sekarang dia kena makan pula.
Mya yang baru turun dari tangga terpandang ke arah Zariq dan juga Mawar sedang duduk bersebelahan di sofa itu. Pada mulanya Mya buat-buat tak nampak je tapi bila tengok Mawar macam sengaja ingin memegang lengan Zariq hati Mya jadi panas. Apa pula ni ada scene pegang-pegang.
"Mya!"panggil Zariq sebaik sahaja melihat Mya turun dari tingkat atas.
Alhamdulilah. Tepat pada masanya Mya turun. Tak adalah dia kena paksa makan kuih onde-onde itu. Terseksa betul duduk dengan Mawar ni. Dari tadi tak habis-habis nak pegang dia. Kejap pegang tangan lah kejap pegang mukanya. Kalau ikutkan perangai barannya itu dah lama Mawar itu kena tengking dengannya suka hati pegang orang.
Mya mengangkat kening memandang ke arah Zariq. Baru sedar ke dia baru turun? Ingat nak bersweet lagi dekat depan tu. Tekaknya sudah lah haus lepas tengok aksi menggedik Mawar itu lagi lah dia seperti mahu muntah. Pegang orang merata sesuka hati. Tahu tak yang Mawar pegang tu siapa? Suami dia! Memang patut pun dia marah.
"ada apa?"tanya Mya lembut. Matanya dapat menangkap ke arah Mawar yang menjeling ke arahnya.
Dari hari pertama lagi dia tengok memang Mawar ni tak sukakannya. Bila dia bertegur dengan Mawar di dapur semalam Mawar hanya diam lalu terus pergi. Nanti bila dia tak tegur cakap dia sombong pula.
"you nak kemana?"
"saya nak pergi dapur haus"
"bagus lah jom i pun nak minum juga. Boleh buatkan i kopi?"
"eh abang nak kopi ke? Kenapa tak cakap dengan Mawar awal-awal kalau tak mesti abang tengah minum kopi dah sekarang. Kejap lah Mawar pergi buat"pintas Mawar.
Mya mengangkat bahu apabila Zariq memandang ke arahnya. Sekarang siapa isteri Zariq dia ke Mawar? Yang Mawar lebih-lebih sangat tu kenapa?
"aku suruh kau dengan isteri aku? Isteri aku kan yang kau sibuk nak buatkan aku kopi tu kenapa?"kata Zariq dengan nada tegas.
"memang lah tapi Mawar pandai bancuh kopi dulu abang selalu minta Mawar bancuhkan abang kopi. Abang lupa ke?"
"tapi sekarang aku nak isteri aku yang buatkan bukan kau. Jom sayang kita pergi dapur"
Zariq terus bangun sambil menarik tangan Mya untuk ke dapur. Lagi lama-lama disini mula lah Mawar nak mengungkit cerita berkurun lamanya itu. Itu dulu semasa dia belum ada isteri memang Mawar lah kena bancuhkan kopi untuknya kalau dia kemari sekarang dia dah ada isteri lagipun dia suka dengan air yang dibancuh oleh Mya itu.
Mawar memandang mereka dari belakang dengan wajah geram. Sia-sia je dia buat kuih onde-onde ni. Macam mana Zariq boleh tak suka sedangkan nenda sendiri yang cerita dengannya yang Zariq suka dengan kuih onde-onde ke nenda kenakan dia? Mungkin juga.
"siapa suruh dia percaya cakap aku"kata Puan Radiah sambil ketawa.
"nenda ni tak baik lah kenakan si Mawar tu. Amsyar pun pelik sejak bila pula aku suka makan kuih onde-onde"kata Zariq sambil menggeleng kepala.
Rupa-rupanya nendanya yang menipu Mawar kata dia suka akan kuih onde-onde padahal dia dari dulu tak suka. Bukan tidak mahu menjamah sedikit pun tapi dia tidak suka inti kepala mahupun kacang.
![](https://img.wattpad.com/cover/162074535-288-k530059.jpg)
YOU ARE READING
Izinkan Aku Mencintaimu [EDITING]
RomanceMYA ARLISA-seorang gadis yang lemah lembut dan sopan. Siapa yang melihat gadis itu pasti akan tertarik dengan sifat dan rupa gadis itu. Dia juga seorang anak yatim piatu yang kehilangan ibubapanya sejak kecil lagi dan menumpang kasih sayang dari ibu...