BAB 21

5.5K 150 36
                                        

ZARIQ memandang ke arah Mya yang hanya menguis mee goreng itu dari tadi. Dari ambil makanan sampai dirinya sudah habis makan Mya masih tak menjamah langsung apa-apa makanan. Hanya mengelamun sambil memandang ke arah mee goreng itu macam nak tembus sahaja Zariq tengok.

Dari bilik lagi Mya tidak banyak bercakap bila disoal hanya jawab 2 patah perkataan sahaja macam 'okay je' apa yang tidak kena dengan Mya pun Zariq tak tahu lah. Semalam lepas mandi terus Mya terbongkang tidur atas katil tanpa mempedulikan dirinya.

"hoi mengelamun apa? Makan lah"

Mya mengangkat wajah memandang Zariq. Nak suruh dia makan? Zariq tengah buat lawak ke sekarang ni? Walaupun semua makanan terhidang di atas meja nampak menyelerakan tapi makanan itu tidak membuatkan Mya ingin menjamah walaupun sedikit.

"tak ada selera"

"asal mengandung?"

Membulat mata Mya mendengar. Zariq hanya menayang wajah selamba apabila Mya sedang memandang ke arahnya. Agak-agak lah nak kata Mya mengandung pun.

Mustahil Mya akan mengandung kalau selama ini Zariq sentiasa mengunakan pelindung dan Mya juga ada ambil pil perancang atas kehendak Zariq sendiri. Zariq juga belum bersedia mahu ke langkah seterusnya. Sampai bila hubungan mereka harus begini pun Zariq sendiri tidak pasti.

"haah kepala saya mengandungi pelbagai persoalan sekarang"

"apa yang you fikir? I suruh you makan je pun yang you melayang fikir benda tak tahu hala tu kenapa?"

"kan saya cakap saya tak suka Penang! Awak bawa juga saya datang ke sini"

"mana i tahu you tak pernah cakap pun you tak suka Penang"

Mya mengeluh perlahan. Bercakap dengan Zariq, Mya tidak akan menang sama sekali. Asyik Zariq sahaja yang menang tak gentleman langsung. Selalunya lelaki akan selalu mengalah dan memberi perempuan itu menang tapi tidak bagi Zariq yang sentiasa nak betul je.

Bukan Zariq tidak tahu yang Mya tidak suka Penang kerana Penang adalah tempat lahirnya dan Penang juga tempat dimana ibu dan bapa saudara Mya tinggal. Semua tentang Mya, Zariq sudah kaji awal-awal tak ada satu pun tertinggal di belakang.

"makan cepat sikit kita nak gerak dah"

"kita nak kemana sekarang? Kata nak balik KL harini"

"jalan-jalan Penang lah. Esok-esok pun boleh balik KL"

"awak tipu awak cakap harini nak balik KL kan kenapa pula esok-esok? Saya tak nak saya nak balik KL!"

Rahang Zariq bersudah bergerak. Dengan susah payah Zariq menarik senyuman buat Mya. Kalau ikutkan hati kena dah Mya itu tapi disebabkan Zariq tidak mahu mood Mya ke laut Zariq layankan sahaja perangai angin monsun Mya itu. Mereka tertukar perangai ke sekarang ini? Mya ambil perangai Zariq dan Zariq ambil perangai Mya?

"tak nak makan dah jom"kata Zariq lalu bangun dari duduk. Tangannya mencapai cermin mata hitam bersama iPhone di atas meja.

Mya duduk dan memandang ke arah luar tingkap. Sesungguhnya kesabaran Zariq amatlah tipis sekarang ini. Sekarang Mya sudah pandai memberontak kalau tidak suka sesuatu itu pasti Mya buat perangai macam sekarang ini.

"jangan sampai i guna cara kasar untuk angkat you Mya. I sejenis tak sabar orangnya. Kalau nak merasa malu tengah-tengah cafe ni buat lah perangai"

Mya terus bangun dan mencapai handbag di kerusi sebelah dengan kasar. Zariq tersenyum lalu cermin mata disua ke matanya. Haris dan Alif terus bangun apabila tuan mereka berlalu melintasi mereka berdua.

Mya memberikan senyuman kepada Haris dan Alif yang memandang ke arahnya yang sedang berjalan mengikut Zariq dari belakang. Nasib baik pekerja Zariq ni baik tak macam bos mereka yang kaki mengarah itu! Sabar jelah layan perangai lelaki dingin itu.

Izinkan Aku Mencintaimu [EDITING]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang